Pages

Friday, May 30, 2008

Fikirkan .... hmmmm

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaanyang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.



1. tidak sembahyang atau solat.

2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.

3. makan atas pinggan yang terbalik.

4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.

5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.

6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.

7. suka bersandar pada pintu rumah.

8. suka duduk di atas tangga.

9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.

10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.

11. tidak membersihkan rumah.

12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.

13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.

14. suka tidur di atas muka.

15. membakar kulit bawang.

16. menjahit baju yang sedang dipakai.

17. mengelap muka dengan baju.

18. berdiri sambil bercekak pinggang.

19. tidur tidak memakai baju.

20. makan sebelum mandi hadas.

21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.

22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.

23. lambat pulang dari masjid.

24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.

25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.

26. suka memadam pelita dengan nafas.

27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.

28. membasuh kaki dengan tangan kanan.

29. membuang air kecil pada air yang mengalir.

30. memakai seluar sambil berdiri.

31. memakai serban sambil duduk.3

2. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.

33. makan dengan menggunakan dua jari.

34. berjalan di antara kambing.

35. berjalan di antara dua perempuan.

36. suka mempermainkan janggut.

37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.

38. meletakkan tapak tangan pada hidung.

39. suka menggigit kuku dengan mulut.

40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.

41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.

42. menguap ketika solat.

43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Wednesday, May 28, 2008

Si BABA .... Teman tapi x baper nak mesra



Haa... ni la dia kawan si BOBO.Ghupernyer si BOBO ni betina nak tukar nama xleh sbb rase nyer nama tu dah serasi ngan BOBO.Xpe la.... dek kerana sian kat si BOBO saya pi minang kan tuk si BOBO.Nama teman tapi x baper mesra si BOBO ialah BABA.Hmmmm ..... REDAH JER.... (bak kate Nadia AF6) Tu nampak x dorang baru nak berkenalan.Si BOBO tgh meng'ayat' si BABA la tu.. Isshhh perigi cari timba la BOBO ni.Moge dorang SHERASHI (hak hak hak.. sori Ajai)

lunch time....

xtau nak makan aper. Xde planning pun.tapi kan... ada org blanje tuk lunch ni.Walaupun bihun je tapi sedapppp sehingga menjilat sudu.Bihun ni disponsor oleh opismate saya Abg Mizi.Arini betol2 save bajet pagi mkn free tghari pun mkn free.kalu slalu mcm ni ACIK KAYO. Tgk jam baru kul 12.30pm, hmmmm Si As ni ajak g rempit ke JAKIM.Dgr citernyer ada jualan Puspanita.Apa lg jom gi terjah.nak tau saya beli aper???Hmmmmm....

<<<>

Tadaa....


Ni la umah si BOBO.. Sori la U all dia nyorok kat blakang pokok tu...dia maluuuuuu la (mcm tuan dia) ha ha ha... yg jd bodyguard si BOBO ialah cik RABBIT dan encik KOKOK. Wat mase ni x manyak aksesori kal dlm umah si BOBO ni... saya ingat nak cari partner tuk si BOBO la.. kesian dia sesekor je dok dlm tu.Nak harap cik RABBIT ngan encik KOKOK xleh gak sbb dorang tu kan patung jek... hu hu hu... xpe nnt saya pinang kan tk si BOBO.. heh ^^

BOBO


Ni la my Bobo.Cute kan... baru je beli semlm.saya beli kat pasar Presint 8.Rege sekor Rm2.50.Puas la mintak kurang hmm..... hampeh budak tu x bagi.Bobo ni jadi kawan saya kat opis.Saje wat koleksi kat opis ni at least kalu bengang ker boring ker or whatever yg sewaktu dgn nyer leh tgk Bobo. Saya pun xtau naper saya leh letak nama BOBO. Jantina tu kureng pasti la.Mahap ek.. U all nak tgk tmpt tggl si BOBO ni???






hadussss


Ini muke org tgh bengang + boring.. bengang tahap gaban tau. menjak isnin dah xleh berchatting lagik.huwaaaa ...
Eh... lupe nak bagi salam ASSALAMUALAIKUM.. salam x bagi tetibe jek nak berEMO.saya ni budak baru blajar wat blog.Mahap la ek kalu ada terkurang ker.ni pun blajar ngan kawan sekapla saya Puan Zulie (PUAN.. tak tahan tu)
nak kate saya pakai baju yg kalernyer x ceria x jugak.arini pakai serba merah tau.. patutnyer lebey ceria ni x .....lagipun kat opis ni ramai yg xde.ada yg g kursus la,yg cuti la,yg mc la... tu lagi menjadi boring tahap gaban+ultraman (buleh ker...) hmmmmmm...