Thursday, March 28, 2013

aptb


Motip???
hahaha...takde motip sebenarnya
dah tajuk #aptb - apa pon tak boley
so kita letak la gambar2 tak bermotip
aptb tu buleh dimaksudkan dengan dengan - AKU PANAS TAU...
errr.. 'b' tu nak wakilkan perkataan ape ek?? *garu dagu
hah...'b' tu untuk bongoks...
AKU PANAS TAU TAK BONGOKS
hihihihi
ekon opis rosak
tanya kontraktor depa dok habaq kontrak belum renew so ape2 kerosakan depa tak leh nak buat
nanti sapa nak bayaq??
hohoho.. #aptb
tak pasal2 dapat sauna free
pagi2 kena tenyeh deodorant lama2 sebab takut keti berbabau
spray perfume banyak2 sebab takut bau peluh terbit bila tengahari menjengah
oohhh pelisssss....
macamana saya nak bekerja dengan penuh efisen dedikasi dan berintegriti??
tell me...tell me bebeh....


harap kipas meja depan ni macam nak taknak je berpusing
boikot ke haper?
abes la muka i ni
baru nak sembuh jerawat2 tu
ayakkk tulun..helpppppp


motip tunjuk lipstik??
#aptb
saja nak bagitau walau bilik ni panas membahang lipstik itu harus ku tenyeh
biar bibir nampak sheksi dan muke nampak shomel
ahak ahak...
rasanya inilah lipstik paling mahal yang pernah saya beli kot
hahaha...giler kentang la
terus terang itu bagus supaya tidak timbul kehipokritan
hehehe...korang paham ayat saya ni??
paham?? bagus
selama ni pakai lipstik2 yang harga dia lebih ekonomi
tu sebab bila dapat pakai lipstik mahal sikit dari biasa kena nunjuk2 kat sini
sekali sekala pakai yang hok mahal..takpe kan
mahal untuk diri saya la..orang lain mesti anggap benda ni murah
#aptb

ok..saya nak sambung keje
walaupun panas keje tetap keje
barulah jadi bangsa yang berjaya dimata dunia
takbir.....
dushhhh....hahahaha
#aptb

Thursday, March 21, 2013

cabaran

mood saya sekarang ni adalah kelaut
so, saya malas nak upload gambar
jom kita borak2 kosong ....

nak citer ni..semalam kan saya ikut rombongan PERKEP IPD Seremban gi Astro
pegi tengok rakaman karoot komedia X
best sebab saya dapat lupakan hal keje
nanti bila saya dapat gambar2 tu dari Ain saya update yer
saya janji *angkat tangan


bila semalam dah seronok2,gelak terbahak2 so arini adalah bermuram durja
tula kan..orang kate jangan terlalu gembira sangat nanti menangis
saya tak nangis tapi saya geram sangat2
geram bila orang kata saya pegi ikut rombongan tu dan tak buat keje
geram bila orang kata saya yang lebih2 padahal saya dapat arahan dari pihak atasan
geram sampai tahap nak gigit telinga orang tu
takkan la tiap kali saya buat keje kena update kat FB atau heboh satu IPD yang saya tengah buat keje
ohhh pelissss...

tu la kan cabaran bila keje makan gaji ni
kalau keje sendiri pulak ada jugak cabaran dia
mana dengan penipu, kaki songlap duit orang, songlap keje orang
cabaran keadaan ekonomi semasa
macam2 la cabaran dia
nak taknak kena harung jugak
hmmmm...

saya pernah terbaca satu artikel yang mengatakan kaum wanita lagi ramai yang mengalami stress
terutama sekali wanita yang berkejaya
tak kira apa jugak pangkat wanita tu stress tu mesti ada
sebagai contoh la...

macam saya...kat opis saya kena siapkan keje2 mengikut waktu yang ditetapkan
setiap bulan kena siapkan laporan
keje harian pun macam tu sebab kita taktau esok2 kot2 mc atau EL (emergency leave)
kalau tak buat esok lusa keje jadi banyak
nak tak nak kena jugak buat
tu belum lagi stress2 sampingan dengan perangai kawan2 pejabat, orang atasan, dan keadaan keliling
contoh macam dapat kawan pejabat pemalas,berkira,sengal dan kaki ngelat
orang atasan tau mengarah tapi taktau ape yang dia nak
keadaan keliling tu maksud saya...aircond rosak, printer rosak, pc hang,internet slow
itu contoh je..tapi kalau betol ape salahnya kan...hihihihi

balik keje lain pulak cabaran dia
penat kat pejabat tak hilang lagi bila balik rumah dah ada keje yang menunggu
masak,membasuh,jaga anak,lipat kain,sapu sampah dan termasuk la melayan suami
ini bukan rungutan tapi ini realiti
semua wanita perlu hadapi
tak buleh kata tak
kalau kita tak masak dan pegi makan kat luar, tapi kita kena jugak basuh kain baju
kalau tak basuh memang melimpah la bakul tu
dan kalau tak masak dan tak basuh baju sebab antar ke dobi tapi kita kena jaga anak
dan jugak layan suami
taktau la kalau korang sampai hati tengok anak2 kurang kasih sayang dari Ibu dia
dan jangan marah bila suami 'makan luar' bila kita tak layan suami kita
dua perkara tu memang takde kat kedai makan atau kedai dobi
suami dan anak2 adalah orang yang rapat dengan kita selain family member kita yang lain
walau penat macamana pon mereka2 ni perlu kita beri perhatian
tapi...orang lelaki pon kena jugak bagi kerjasama
jangan harap isteri je
dari bab jaga anak sampai la hal2 remeh temeh semua orang pompuan kena buat
nak minum air pon harap isteri
nasib baik En.Papa ada menolong
kalau tak kurus melidi la saya ni
tu sebab badan saya sekarang macam dipam2
hehehe...
eh..yang kurus langsing tu jangan pulak terasa
saya tak kata semua yang kurus tu makan hati
untung ler korang sebab makan banyak pon badan tak naik2


uiiissshhhh panjang lebarnya saya membebel
geram dengan orang punya pasal
blog jadi mangsa
maaf la yer

Tuesday, March 19, 2013

berkubang

phewww...amik masa betol nak buat entri ni
hahaha...macam hebat sangat blog ni kan

Tajuk 'berkubang' tu memang tepat la dengan aktiviti kami sefamily sabtu lepas
dah lama tak berkubang cari ikan sepat atau puyu kat bendang
dulu, masa kecik2 rajin jugak berkubang dalam bendang atau parit
sape yang tak pernah memang rugi la
best giler tau
cuma sejak2 remaja bawak ke beranak dua ni je saya jadi geli nak berkubang sebab takut pacat
kalau masa sekolah rendah dulu, sampai kena hambat sebab berkubang
pernah sekali saya kena kejar dengan Mama sebab Maklang report kat Mama yang saya berkubang dalam parit cuma bersependa aje
ok...sila jangan bayangkan macamana rupa saya bersependa
; p
walaupun saya suka berkubang, tapi saya tetap tak reti berenang
taktau tang mana yang silap
lagipun dulu saya suka berkubang atau main kat bendang sambil nyanyi...

"lihatlah...keindahan...sawahku..." lalalalla *sila sambung sendiri sebab saya lupa lirik dia
konon2 masa tu bajet retis buat video klip kat bendang
kihkihkih....

ok meh saya stori pasal aktiviti sabtu baru2 ni bersamaan 16 Mac
lepas kenduri kat umah Pakcu (takde entri pasal kenduri)
kami anak beranak terus ke Terachi
memang dah plan nak ke umah Induk sebab Jumaat tu Induk dah sms En.Papa bagitau ikan puyu tengah banyak
hmmm bagai orang mengantuk disorongkan puyu la..erkkk??? kihkihkih
dari duduk umah pandang dinding baik kita buat aktiviti berkubang


sebelum berkubang kita jala talapia dulu
gambar pegang pancing tu saje2 nak test kot2 sangkut pulak kan
dapat tu memang dapat tapi hak kecik aje
ok la tu kan

gaya En.Papa sebagai pemancing yang tegar


dapat yang kecik je


pompuan temban


kolam ikan Induk
ikan talapia segar sekilo RM8 je
*promot*



anak ikan talapia..kecik lagi so kita lepaskan balik
kesian sebab beliau masih perlukan belaian dari keluarga beliau


agak2 cuaca dah redup sikit baru kami gi bendang
bendang ni jauh sikit dari umah Induk
kalau berjalan lencun la ketiak korang
berbeza dengan bendang kat kampung saya, belakang umah aje


padi yang dah kekuningan...


kami amik yang besar je yang kecik kami lepaskan balik
jenuh tu nak menyiang ikan2 kecik


 

korang tau, saya jadi tak tentu arah bila tengok ikan2 puyu tu
geram sampai rasa nak tangkap semua
masa tu tak ingat geli dengan pacat dah
kalau la duit banyak macam ikan puyu tu, arini jugak saya hantar surat resign
hehehe

korang layan la gambar2 kat bawah ni
saya taktau nak create ayat2 power
petang2 ni jadi blur
sori ek





gambar hero2 kesayangan saya
suka dengan gambar ni
nampak hidup



nota : bendang - sawah

Monday, March 11, 2013

sementara nak besar


Kesian manja...arini demam dia dah kebah
dapat la saya datang keje
tadi called kak Saba (pengasuh), dia kata Ammar ok cuma dia makan sikit je
dari membulat jadi kurus budak sorang ni
dan menjaga Ammar masa dia demam adalah menguji kesabaran
kali ni bukan demam biasa2 tapi demam plus sakit kaki tangan dan mulut sekali
pakej yang lengkap
oh ada lagi...dapat asma jugak
kesian..merengek aje
start Khamis tu lagi saya dah amik emergency
pastu sambung pulak Jumaat tu
direct sampai Ahad
bunyik macam nikmat aje bila cuti panjang
tapi cuti hanya untuk jaga anak


Jumaat pagi dalam pukul 1 lebih gitu bergegas kami anak beranak bawak Ammar amik neb
masa sampai kat klinik tu hanya kami je so idak ler nak tungu giliran
tapi bila masuk je bilik doktor kena pulak ngadap doktor yang blur
blur sebab dia pisat2 baru bangun tido
sabar aje la...
cek ala kadar dia suh amik ubat je
saya dan En.Papa terpinga-pinga tengok muka doktor tu
kami tetap tak berganjak sebab nak tunggu doktor tu buat keputusan
bila tengok kami tak berganjak barulah doktor tu buat keputusan nak bagi neb kat Ammar
kalau setakat bagi ubat je kat umah pon ada, kannnnn
agaknya serba salah doktor tu
satu lagi mungkin dia masih mamai tu susah nak buat keputusan
hihihi...nasib ko la doktor

siang tu keadaan dia masih macam tu jugak
taknak makan, taknak minum dan taknak menyusu
risau pulak saya
asik merengek je
yang Iman pulak bila geng regu dia tak sihat masa tu dia amik kesempatan menyakat adik
kejap2 dia tiup telinga kawan tu
bila kena marah dia buat hal dia
pastu sambung balik tiup muka kawan tu
Ammar pulak jadi sensitif
tak buleh diusik langsung


bila tengok keadaan Ammar tak elok jugak kami bawak jumpa doktor Liu
doktor pakar kanak2
memang doktor ni bagus dan anak2 saya serasi dengan doktor ni
dalam dok serasi tu ratusan jugak melayang
takpe...demimu anak..ku relakan aje
eceh
petang tu saya tengok Ammar dah gigil2
mungkin sebab satu ape pon tak masuk dalam perut dia
gigil lapar mungkin
called Su tanya pendapat dia
sms Cik Puan dan Mek mintak pendapat
semua suruh bawak pi hospital
petang tu jugak gi Hospital Mawar
kebetulan Su laki bini keje situ
so tak payah la amik nombor

masa doktor cek Ammar saya tunggu kat luar
dalam pada dok tunggu tu ketaq lutut gak la
antara nak nanges dengan tidak
tak sampai hati bila tengok anak kena cucuk sana sini
dan alhamdulillah Ammar tak masuk wad sebab badan dia cukup air
syukur sangat2....

tu la kan sementara nak tunggu anak2 besar macam2 dugaan
duit tu untuk kecemasan bila anak sakit
kalau mampu amik insurans
samada insurans tuk perlindungan ataupun pendidikan
dan semua tu saya dah siapkan untuk anak2 saya
saya nak yang terbaik untuk anak2 saya
berhabis untuk anak tak salah, kan

kadang2 perlu berlakon



Korang...korang..pssttt
hehehe
pernah berlakon untuk diri sendiri tak??
korang la director
korang la pelakon utama,pelakon tambahan dan korang jugak producer dia??
tipu la kalu kata tak pernah

kalau nak tau saya tengah berlakon la ni
pura2 sibuk
keletuk keletak bunyik key board saya ni
seolah2 kena taip surat 400 muka surat
pastu cop pulak saja kuat2 macam kat pejabat pos
hihihi
padahal semua tu auta je
muahahahaha *gelak setan
janji keje siap tak susahkan sape2..yer idak

Wednesday, March 6, 2013

gedik tau

 
sangat gedik tau beliau ni
dan jugak sangat poyo
scooter tu hadiah sempena besday dia yang ke 3
sampaikan menyusu pun atas scooter tu


menyusu atas scooter sambil silang kaki
nikmatnyaaaa....

Tuesday, March 5, 2013

tahun ke 6


Aci tak kalau arini baru nak update
dok simpan dalam draf je
gambar kat atas pon gambar lama
saya malas nak godek2 cari gambar2 gojes saya
bagi saya, orang yang gojes tak perlu letak gambar terkini
dulu2 punya gambar pon dah memadai
sebab dia akan sentiasa gojes tak kira bila gambar itu dia ambil
ok layan la poms bajet hot ni yer
hahhaha.... #perasan

1.3.13 adalah tahun ke 6 perkhidmatan saya dalam gomen ni
kiranya cap jari baru nak kering kot
cantikkan tarikh tu
plan dengan Mek nak celebrate ngan kawan2 rapat aje
tapi apakan daya
tarikh tu jugak la saya kena gi taklimat PRU 13
kensel segala rancangan mak encik
kalau saya tahun ke 6, Mek pulak tahun ke 7 untuk dia dalam PDRM
kebetulan sama dan lepas ni takde la tarikh cantik macam tu
hmmmm...kita merancang Allah yang menentukan segalanya

tahun ni jugak adalah tahun ke 3 saya keje dengan PDRM
maksudnya 3 tahun sebelum ni saya kat Kastam
macam2 kenangan yang saya lalui sepanjang 6 tahun ni
itu baru 6 tahun belum 26 tahun atau 30 tahun
kot sempat kan....
apa2 pon saya tetap bersyukur sebab rezeki saya untuk berkhidmat dengan Kerajaan a.k.a gomen ni dipermudahkan
Syukur Ya Allah....

betol la setiap apa yang terjadi tu ada hikmah disebaliknya
dulu saya pernah gagal tapi saya cuba bangun semula untuk majukan diri ni
kalau bukan diri sendiri yang nak ubah nasib diri sendiri saper lagi kan
selain Doa dan Tawakal kita kena berusaha
saya pon nak pakai cantik2 macam orang lain
saya pon taknak ketinggalan dengan kawan2 yang jauh tinggalkan saya
saya perlu bangun untuk setanding dengan kawan2 yang ada kat depan saya
selain tu saya jugak kena YAKIN
yakin bukan bermaksud yakin dengan penipuan
saya heran bila ada orang yang nak "nampak sukses" tapi sanggup menipu
untuk apa???
biar kawan2 kata..."hebatnya ko.."
atau.... "kayanya ko"
ingat semua tu sementara
saya selalu ingatkan diri sendiri jangan sekali-kali menipu supaya masyarakat nampak kita hebat
tak perlu la canang kot study kat U hebat2
ape ingat orang belajar kat kolej ni tak hebat ke??
kot betol belajar kat U takpe jugak ni belajar takat SPM tapi nak hebat punya pasal sanggup menipu
hello... bawak bertaubat ok
wah emosi mak encik ni

tadi kemain perasan...hihihi


saya ingat lagi masa mula2 dapat surat tawaran keje dengan gomen ni
hepi gila.....rasa nak jerit kuat2 betapa hepinya saya masa tu
tak lama lepas lapor diri saya mengandungkan Iman
rezeki Iman masa tu..Alhamdulillah
dan dalam tempoh setahun je saya dah sah jawatan
walau time tu mabuk ngandungkan Iman saya tetap gigih gi kurus
tapikan...yang peliknya tu, dari ari pertama sampai selesai kursus mabuk saya hilang
kalau ada pon takat mabuk2 manja
ngada, kan


oh yer...jawatan yang yang saya sandang masa mula2 dalam gomen ni adalah jawatan Jurutaip N11
tahap kuli2 aje tapi tetap bersyukur
saya tak memilih apa jawatan yang saya pohon
asal dengan gomen ada pencen waktu tua itu dah memadai
tapi idak le mintak jawatan pemandu
paling rendah pon seingat saya jawatan PAR
kalau rasa nak upgrade pangkat kena usaha sendiri
macam amik peksa ke
gitu....kan
masa saya dalam gred N11 ni saya ada amik peksa kenaikan gaji
amik ujian kederasan menaip
dipermudahkan dan Alhamdulillah..saya lulus dan gaji saya dah dekat2 nak setaraf N17
walau jumlah kenaikan tak banyak tapi itu memadai untuk orang macam saya ni

tahun 2009 masa saya mengandungkan Ammar sekali lagi Allah murah kan rezeki anak saya
kerajaan setuju naikkan pangkat dari N11 ke N17
otomatik gaji pon naik
tapi dengan syarat BM harus kredit
hehehe...kalau BM tak kredit haruslah saya mintak transfer ke Zimbabwe
biar subjek lain ala2 aje tapi jangan malukan diri sendiri kalau BM tak kredit atau lulus


sekarang ni pon saya cuba nak naik setapak lagi
try amik KPSL untuk gred N27
mana tau kan....
saya harap Malaysia aman macam biasa sebab kalau keadaan kucar kacir macamana saya nak realisasikan impian saya?? impian anak2 saya??
bila dengar cerita2 kat Lahad Datu saya jadi sedih dan kesian dengan nasib2 penduduk kat sana
mesti dorang sentiasa dalam ketakutan
untuk wira2 negara...semoga Allah lindungi kalian dan selamat pegi selamat pulang
terima kasih sebab sanggup korbankan nyawa demi Negara,Bangsa dan Agama
Al-Fatihah

makcik bawang