Tuesday, May 8, 2018

makcik bawang


maksud makcik bawang : suka mengecam dan melahar serta mengeluarkan kata-kata tidak senang

kenali 5 tanda makcik bawang :

1.  Suka mencari salah orang

2.  Suka bercakap kelemahan orang

3.  Gembira melihat kegagalan orang lain

4.  Suka menokok tambah cerita - PALING BAHAYA

5.  Pantas menyebarkan khabar angin

Cik Na paling takut yang no. 4 tu..sangat bahaya..boleh merosakkan institusi kekeluargaan..erkk..minta jauh dari semua tu


Kenapa Cik Na share pasal definasi makcik bawang? sebab ramai orang yang dok perli-perli dalam FB atau sesuka hati gelarkan orang dengan istilah makcik bawang hakikat tak seperti senarai kat atas pon...hmmm

Sekali dua untuk gurau tu mungkin boleh terima tapi sampai kan nama tu lekat pulak kat empunya diri dah macam melampau.  Orang tu cerita pasal lain atau just share ilmu kat kawan-kawan tapi disalah ertikan dengan menuduh orang tu membawang. Come on.. awak tu yang membawang sebab awak antara golongan kat no. 1 atau mungkin no. 4....woww !!!! tepuk tangan kuat-kuat sebab berjaya kecikkan hati orang.


Harap pencerahan Cik Na ni dapat jelaskan apa maksud MAKCIK BAWANG ye.. Cik Na pon Google sebab Cik Na takut tersalah info kat korang : )

Terima Kasih sebab sudi membaca walau blog sendu ni cuba untuk aktif balik..mmuuaahhh

Tuesday, August 8, 2017

** no title**

Haiii u..Assalamualaikum..

Lamanya tak membebel kat sini. Rindu weh nak taip laju-laju sambil luah apa yang kita rasa. Entah kenapa hari ni rasa ringan pulak jari ni nak menaip..saja nak exercisekan jari ni..lama sangat rehat, makin naik lemak : )

Kalau dulu gunakan ganti nama kepada SAYA, arini nak guna ganti nama CIK NA.Boleh kan?? (kelip-kelip mata). Nama tu dapat sejak aktif bisnes online. Saja guna nama tu biar senang customer nak sebut. Customer?? kencang sangat  bisnes ko ek (mata ke atas). Alhamudlillah dapat menabung dengan duit bisnes online tanpa susahkan sesiapa. Prinsip Cik Na berdiri di atas kaki sendiri. Susah senang hadap sendiri. Sekarang Cik Na jual JSD dengan lebih aktif lagi dan jadi dropship Seqy Beauty. kalau terlebih rajin lalu lalang la iklan tu bersilih ganti. Kalau mood sendu plus malas nak mam..memang sikit je iklan. Camne nak kaya kalau iklan sendu?? hihihi..so far Cik Na enjoy dengan apa yang Cik Na buat sekarang. Merasa pegi pos laju merasa pegi COD. Tapi... tu beberapa bulan yang lepas la sebab sekarang ni simptom malas tu berganda sebab i is berbadan dua...huwaaaaaaa kenapa?? tak percaya?? ahahahhaha...umur gini termengandung kan...TER la...

So, sekarang dah 24 weeks...cepat sangat masa berlalu..mabuk?? perkara wajib bila mengandung. That's why la anak Cik Na tak ramai mana..jeran sebab mabuk. Mengandung kali ni banyak sangat dugaan dia. Mana dengan orang sekeliling tak paham keadaan kita siap bandingkan dengan orang lain. Deyyyyy... lain orang lain ragam dia, kan. Sekarang ni mabuk-mabuk manja tu ada la. Tak tau la pregnancy kali ni lain macam pulak.

Cik Na tau ramai yang doakan Cik Na dapat baby girl..terima kasih sangat.. Sapa taknak kan sebab sebelum ni dah dapat 2 boy. Tak kisah la sebab yang penting sihat Cik Na sihat baby nya.

Ok.. nanti kita jumpa lagi eh... nanti Cik Na bebel panjang2 sampai korang penat nak baca ~_<


Love... Cik Na

Tuesday, November 29, 2016

saling beringat



Assalamualaikum...

Pernah dengar nasyid dari kumpulan Raihan,?? yang .." ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.."
tiba-tiba pulak menaip sambil menyanyi..ehehehe
saja untuk peringatan diri sendiri dan korang semua
dunia sekarang ni dah macam-macam terjadi
jadi takut pulak
kalau dulu, andai ape2 terjadi biarlah saya dengan mama, suami dan anak2
tapi sekarang ni.... arwah Mama dah takde so saya harap sangat ape2 terjadi biarlah dengan suami dan anak2..hmmmm


kadang-kadang tu bila tengok FB kawan2 yang berjaya dalam bisnes..pegi sana sini...shopping berbeg- beg sambil possing dalam FB atau IG
ada jugak terlintas sambil cakap dalam hati..bestnya jadi ko (si polan si polan)..lepas tu like status dia
tapi kalau dah kerap sangat show off...saya jadi mencebik jadi meluat..nak kata jeles idok le tapi makin over pulak menunjuk..seolah-olah macam lupa yang 5 perkara tu
so, saya amik keputusan, unfollow si polan..untuk elak saya mengata, merungut dan tidak bersyukur
saya bersyukur sangat dengan kehidupan saya sekarang ni, cuma biasa la manusiakan
mana pernah puas, nak jadi macam orang lain
padahal makan minum pakai semua cukup tapi kalau boleh nak lebih .. lebih dan lebih lagi


Pagi tadi, sebelum pegi keje saya singgah kubur arwah Mama
nak singgah tengok kot tanah kubur arwah mendap
kan sekarang ni musim hujan nak pulak kat FB dorang dok up sambil merayu waris2 pegi jengah kubur sebab banyak kubur yang berlubang dan mendap
Alhamdulillah.. kubur arwah cantik...pokok hiasan atas kubur pon segar
bunga kaler pepel (purple) lagi : )
haiiii rindu kat arwah..semoga dia tenang di sana : (


hmmm saya stop dulu..nak pegi bank jap..tukar kad bank
tak silap saya sampai hujung tahun ni kan tempoh tukar kad bank
korang yang belum tukar tu cepat2 pegi tukar ye
tata..thanks for reading

Wednesday, October 26, 2016

psssttt

uiiikkkk...hehehe
saje ngintai ada lagi ke kawan-kawan blog saya ni
lama gila tak update..sampai lupa ape nama blog
bukan taknak update..banyak benda nak cerita kat korang
dan paling terkini saya nak bagitau..Mama saya dah takde T_T
dah tinggalkan saya dan adik2
dah 4 bulan Arwah Mama pergi
Arwah Mama meninggal masa 2 minggu kita semua berpuasa
hmmmm..rindu sangat kat arwah
macam tak percaya yang arwah tinggalkan kami

nanti-nantilah saya cerita pasal penyakit Arwah ye
belum kuat lagi sebab orang yang kita sayang pergi tanpa kita duga
sebabnya saya masih memerlukan Mama..dialah yang besarkan saya dan adik beradik
dari dulu dia segala-galanya : (

Wednesday, June 8, 2016

Salam Ramadhan 1437H

Salam Ramadhan..hai semua

hari ni dah 3 Ramadhan..kejap je ek. Tahun ni Ramadhan saya serba sederhana je. Lagipon Mama masih kurang sihat. tahun ni pon saya kurang amik tempahan popiah sebab partner saya pregnant.
kiranya tahun ni biasa-biasa je. Dan walau biasa-biasa, saya tetap bersyukur sebab masih mampu berpuasa. Setakat ni saya belum jengah ke PARAM lagi. Semua masak sendiri. Cuma beli roti bom je sebab roti bom ka PARAM Tmn Desa Dahlia memang sedap. Dua kali tau saya repeat beli : )


Untuk puasa pertama saya masak :- sambal udang dan sup sayur

Hari kedua pulak :- daging masak kicap dan bendi berlado


Gambar takde eh sebab entah kenapa tak boleh transfer dari phone saya ni. Maklumla..enpon murah je..hasil untung jual popiah ...hehehehhe


Hari ni saya plan nak masak tomyam putih, sotong goring kunyit dan ikan cencaru bakar. Gullppp telan ayaq liuq...sedap mehhh. Senang kan masak sendiri, sebab sahur tak payah nak keluntang keluntang masak semua....cuma panaskan je. kot nak tambah goreng telur je. Saya rasa seronok bila dapat masak juadah berbuka untuk family. Best sangat. Rasa macam mak-mak sangat...hihihi walau penat tapi seronok. Sapa yang seangkatan dengan saya mesti dapat rasa apa yang saya rasakan. Biar lah orang cakap kita ni mak-mak. Janji family kita kenyang dan puas hati.


ok lah..untuk semua..selamat berpuasa, berbuka puasa dan bersahur. Bersederhanalah dalam berbelanja ye. Sungguh skema ucapan penutup saya ; p

Friday, May 20, 2016

tanpa tajuk


Assalamualaikum..salam Jumaat

Dah Jumaat ...esok cuti..yeayyy
tak boleh nak yeayyy ... yeayyy sangat sebab banyak benda saya kena buat
sekarang ni mama kat HTJ lagi..keadaan dia dah ok dari minggu lepas
nanti-nanti la ye saya cerita apa sakit mama... sebab buat masa ni saya belum bersedia untuk cerita kat semua orang. Kat pejabat pon tak semua orang tahu Mama sakit cuma orang-orang penting je saya bagi tau. Paling utama my bos la sebab apa-apa saya mesti mintak izin dia. Dan saya bersyukur sangat dapat bos yang memahami. Kadang-kadang tu dia siap offer sambung cuti lagi..terima kasih bos.. (macam la bos baca : D ) saya ni tak suka nak cerita pasal hal atau masalah saya kat semua orang sebab saya tak suka nak cerita ulang-ulang lepas tu saya tak suka dengan "doktor jadian" atau "ustaz/ustazah jadian". Merimaskan..itu je ayat yang mampu saya describe untuk mereka-mereka yang acah-acah professional. Macam pelik ke perumpamaan tu?? tapi itu la hakikat nya. So dari saya sendiri sakit hati atau timbul perasaan nak gigit telinga orang baik saya tak payah cerita apa-apa. Just cerita yang basic je dengan harapan dorang faham. titik


Lately ni, saya perasan yang saya jadi cepat marah cepat melenting. Taktau la sebab apa? Faktor usiakah?? Faktor persekitarankah?? atau Faktor GST?? ; p hehehhee dan yang pasti bukan faktor nak menopause sebab I masih muda lagi tau... (muda ke) hahahaha...tapi saya nak menyalahkan faktor orang di sekeliling saya. Boleh??? korang bayangkan la dalam sehari tu kita banyak menghabiskan masa kat pejabat dan kalau kawan-kawan pejabat tu menyenangkan takpe ini... alahaiiii sabar lah wahai hati. tak semua ye..maksud saya ada individu-individu yang kadang saya rasa patut di terminate perkhidmatan dorang. Seriously... kalau la saya bos memang abes la dorang. kadang tu saya berangan nak jadi bos.. baru padan dengan muka dorang. Nampak tak kat situ.. ada ciri-ciri gila kuasa..hahahah...dalam sakit hati sempat lagi berangan. Kau mampu ; p
Tak semua dorang ni teruk sangat perangai..ada tu senasib saya jugak. Ibarat kata pepatah.."wakenabeb" atau pas aku.. akuuuuuuu jugak (baca dengan gaya mulut muncung ke depan)


Tapi, takpelah saya sentiasa berpegang pada prinsip yang saya ubah sendiri.."arini aku susah..orang kenakan aku..esok2 aku senang dan kau tunggu la nasib kau". Bukan niat balas dendam tapi ia lebih kepada pujuk hati sendiri. Time kat opis je pujuk hati balik rumah kang pot pet pot pet meluah perasaan kat En.Papa..dia layankan aje. Lepas penat pot pet pot pet rasa lega dan teruskan kehidupan macam biasa. : D


Dah baper perenggan entry ni sampai sekarang still tak dapat tajuk yang sesuai. Sila jangan kecam ye sebab I ni blogger sendu je..eheh... Saya memang suka menulis dan saya jugak bukan penulis professional walau minat terhadap penulisan tu ada.  Dulu masa sekolah rendah saya dah ada diari sendiri. Saya akan cerita apa yang berlaku hari tu dan ianya kekal sampai saya menginjak dewasa..pergghhhh ayat..rasa nak tampar diri sendiri..hahhaha..so, bila saya tau pasal dunia blog saya beralih ke sini pulak tapi tu la...kejap ada kejap takde. Ha yang ni boleh salahkan faktor usia sebab makin tua makin malas nak mencoret. Dulu..masa tingkatan berapa saya pon tak ingat.. saya pernah tulis cerpen dan saya pernah tunjuk cerpen saya tu kat cikgu BM saya (nama lupa). Cikgu tu kata saya ada bakat menulis tapi kena asah lagi bakat tu sampai jadi pandai. Tulis merapu bahasa pasar boleh la cikgu oiii... nak bersastera memang kena amik masa la. Dan sekarang..my big bigger bos asyik dok tala saya  buat teks ucapan untuk perhimpunan atau apa-apa event pejabat. Ye kadang tu idea saya memang melimpah ruah dan ada masa tu otak saya jadi tepu..langsung tak boleh nak create ayat-ayat power. So..... penyelesaiannya adalaaaahhhh...kita tanya pakcik google. Nasib la kan. Ingat senang ke nak cipta ayat-ayat manis sampai orang terkesima dengan apa yang kita tulis.


Itu je untuk entry kali ini..sekian terima kasih : )


nota kaki :

> big bos - ketua bahagian

> big bigger bos - bos kepada ketua bahagian

Thursday, April 21, 2016

garang ke??


Bujang-bujang saya yang makin membesar dan dah pandai bergaya
oooohhh rindunya bau baby ; p

korang garang tak dengan anak-anak?
saya ni nak kata garang ...entah la
tapi kalau sekali saya mengamuk memang terdiam bujang-bujang tu
tapi kalau ikutkan dorang lagi takut dengan En.Papa
macam saya ni banyak simpan...sampaikan saya selalu warning dorang
"cukup mata ganjaran siap la" hahahha...macam boleh redeem dengan voucher je kan
kadang tu bila dorang mintak apa yang dok terhajat kat hati saya selalu cakap..
"bagi 10 sebab kenapa dan ape keperluan nak sekian benda"
hihihihi..Nampak macam kejam ke?
sebenarnya saya tak pernah hampakan permintaan dorang
cuma nak bagi pengajaran biar dorang tau bukan senang-senang macam tu je nak sesuatu
biar rasa susah sikit walau akhirnya dapat jugak

kadang tu saya saje suruh menabung untuk dapatkan ape dorang nak
nanti-nanti Ibu top up sikit duit tu
berdikari sikit..awak tu anak lelaki
kalau bukan sekarang bila lagi kan?

tapi tu la kadang tangan ni cepat je nak mencubit
cepat je tau..kadng dah puas sabra tu yang cepat je naik
bila dorang tido tu..kesian tengok muka masing2
macamana garang pon Ibu tetap sayang kat anak-anak Ibu
pernah jugak saya tanya..Ibu ni garang ke?
serentak jawab..Papa lagi garang..Ibu ok lagi
sebab ok la korang mengadakan.. : )
Ibu, Mama, Mummy, Bonda, Emak memang istimewa
garang macamana pon anak-anak tetap keutamaaan
betol tak???

makcik bawang