Pages

Tuesday, August 8, 2017

** no title**

Haiii u..Assalamualaikum..

Lamanya tak membebel kat sini. Rindu weh nak taip laju-laju sambil luah apa yang kita rasa. Entah kenapa hari ni rasa ringan pulak jari ni nak menaip..saja nak exercisekan jari ni..lama sangat rehat, makin naik lemak : )

Kalau dulu gunakan ganti nama kepada SAYA, arini nak guna ganti nama CIK NA.Boleh kan?? (kelip-kelip mata). Nama tu dapat sejak aktif bisnes online. Saja guna nama tu biar senang customer nak sebut. Customer?? kencang sangat  bisnes ko ek (mata ke atas). Alhamudlillah dapat menabung dengan duit bisnes online tanpa susahkan sesiapa. Prinsip Cik Na berdiri di atas kaki sendiri. Susah senang hadap sendiri. Sekarang Cik Na jual JSD dengan lebih aktif lagi dan jadi dropship Seqy Beauty. kalau terlebih rajin lalu lalang la iklan tu bersilih ganti. Kalau mood sendu plus malas nak mam..memang sikit je iklan. Camne nak kaya kalau iklan sendu?? hihihi..so far Cik Na enjoy dengan apa yang Cik Na buat sekarang. Merasa pegi pos laju merasa pegi COD. Tapi... tu beberapa bulan yang lepas la sebab sekarang ni simptom malas tu berganda sebab i is berbadan dua...huwaaaaaaa kenapa?? tak percaya?? ahahahhaha...umur gini termengandung kan...TER la...

So, sekarang dah 24 weeks...cepat sangat masa berlalu..mabuk?? perkara wajib bila mengandung. That's why la anak Cik Na tak ramai mana..jeran sebab mabuk. Mengandung kali ni banyak sangat dugaan dia. Mana dengan orang sekeliling tak paham keadaan kita siap bandingkan dengan orang lain. Deyyyyy... lain orang lain ragam dia, kan. Sekarang ni mabuk-mabuk manja tu ada la. Tak tau la pregnancy kali ni lain macam pulak.

Cik Na tau ramai yang doakan Cik Na dapat baby girl..terima kasih sangat.. Sapa taknak kan sebab sebelum ni dah dapat 2 boy. Tak kisah la sebab yang penting sihat Cik Na sihat baby nya.

Ok.. nanti kita jumpa lagi eh... nanti Cik Na bebel panjang2 sampai korang penat nak baca ~_<


Love... Cik Na

1 comment:

Julia Tarmidi said...

Salam singgah dan follow sini :)

Anda dijemput join segmen GA sy,

http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html