Friday, January 22, 2010

happy birthday en.papa

Semalam 21st January adalah birthday Papa Iman (selepas ini akan dipanggil en. papa) - aiceh macam taip afidavit jawapan lak....hiks
korang tau ke afidavit tu???
tak payah explain la...bukan bidang saya ; )


tak sempat nak snap gambar hadiah saya untuk dia
tak payah la kot kan..macam poyo je
yang ala-ala je...buleh dipakai dan dikenang


malam tadi pi celebrate 3 beranak je
penuh meja..jenuh nak perabis
ponnnnnn...takde gambar
entry kali ni hanya cerita sahaja tanpa barang bukti yang ditanda sebagai SP1
ewahhhh...... mentang-mentang keje kat bahagian perundangan....eksen la pulak


lepas ni saya akan gelar beliau en.papa sebab nanti bukan papa Iman je sebab Iman nak dapat adik
macam blog Puan Zulie tu...En.Abah...wahhhh

Tuesday, January 19, 2010

kisah family day

Entry penuh dengan gambar yer kawan-kawan
malas nak buat part 1, part 2 dan segala part lah....buat sekali harung
nanti untuk gambar-gambar kandid saya buat entry khas


family day bahagian saya ni on 17th Jan 2010 lepas
kami pilih Desa water Park sebab ini family day pertama dan percubaan pertama kami
best la big boss baru ni, sporting giler, tak kedekut pon
dan big boss ada umum end of this year may be nak buat family day jauh sikit
hoooreeeeyyyyyy...besttttt...




kalau korang nak tau.... AJK yang kendali family day ni terdiri dari geng-geng kakitangan
big boss bagi kepercayaan kat kami anjurkan
dan alhamdulillah SUKSES : ) walau tanpa sposor dari mana-mana pihak
cuma big boss ngan Datin dia je ada sponsor sikit dari duit poket dia
yang lain tu kami collect sorang sikit



ni la gambar family bahagian saya, Bahagian Perundangan : )
kat bahagian saya ni tak ramai.... ada la dalam 17 orang termasuk big boss
tapi ..... apa yang penting...KERJASAMA... : )
oho...laki i terselit antara KakPah dan Abg Mz la






saya bawak Mama, ada duit lebih dapatla payung Mama
kalau tak...... antara kami je la
nak bawak family member yang lain tak dapat la pulak sebab segala nya kena buat colletion
lain la TV3 nak sponsor
kalau ada yang sponsor, harus satu kampung acik angkut ; p

nak jadi cerita kan, kamera saya tertinggal kat opis
mula-mula keluar tol Senawang tu, mood dah lari, muka dah jammed
dalam otak ni puas la nak cari ayat untuk goda Papa Iman supaya singgah Putrajaya
janga tak tau, siap set kat mana nak cakap
dan bila sampai Nilai jer terus buat ayat secara gedik ala-ala merayu ajak Papa Iman singgah opis
dannnn............yesssssssssss... dia nak singgah
yer la kan, kebetulan ikut jalan yang sama
cuba kalau opis saya kat Melaka tu, harus la nganga tanpa snap sana sini
oh yer...ada jugak gambar-gambar kat sini dari kamera Cik Athirah
yer la kan kamera canggih, kamera acik lak yang ado je




berkumpul sebelum masuk ke Theme Park
ada masalah kecik sikit antara pihak pengurusan dengan pihak kami
tapi semua tu dah settle... : )


ni cik register dan puan register
dapat goodie bag tau
bertambah koleksi vantage i : )



family saya


family As



hari tu jugak adalah hari bertuah saya jugak
rezeki anak pon yer jugak
saya dapat hadiah cabutan bertuah
tu..... saya salam Datin untuk terima hadiah cabutan bertuah
dapat cadar untuk single bed
nanti boleh pakai untuk tilam Iman tapi kena tunggu kat umah baru la
jimat..jimat : )
kami jugak ada acara tukar-tukar hadiah yang dah ditetapkan paling murah RM30
saya dapat hadiah dari Cik Aimie
dan bertambah lagi koleksi vantage saya
hadiah saya pulak Cik Waney yang dapat



Monday, January 18, 2010

bukan sebarang buyung :)

Entry ni penuh dengan gambar
nak cerita pasal saya masuk sukaneka
gigih nak join walau tengah sarat
sekali sekala nak enjoy, tak salah kan
tak sangka pulak dalam nak cuba-cuba tu buleh lak menang
tengok la gambar bawah ni...... hikhik : p



saya ngan Papa Iman masuk acara 'catch my heart'
tu pihak theme park yang buat
bunyik macam gah je kan
mainan dia camni...pasangan tak kira jantina tapi lagi molek kalau husband and wife
pastu baling belon yang berisi air ke arah pasangan
saper yang belon dia jatuh atau pecah kira kalahla
yang tak jatuh pastu paling jauh kedudukan dia dikira pemenang
dan pemenang nyer ofcoz la i... : )

hehehehe.... Papa Iman pandai ooo..dia pilih belon kecik
tu pasal senang nak tangkap
dan senang-senang buleh menang
i catch your heart abang.......aicehhhhh

gaya juara : )

meh tengok gambar-gambar serta aksi seorang juara 4 musim berturut-turut
yang terkangkang tu abaikan yer
tu nama dia senaman untuk persediaan nak bersalin : p








ni masa cuba try test je ; p
jatuh tu saja eksen..aicehhhh





gambar tak ikut turutan sebab malas nak susun
tapi semalam memang best dan enjoy giler
tu yang arini datang keje lemau je
sakit tekak dan tak sedap badan
ketulahan kot sebab berguling gelakkan orang
nasib la tak terberanak, kan......

kandid family day

Nak cerita pasal family day semalam
tapi gambar belum transfer dari kamera Cik Athirah
kat kamera dia lagi best
dan sebagai acara warming up, saya tepek dulu gambar kandid Iman yang tak malu nak amik hadiah atas pentas walaupun dia tak main apa-apa acara
untuk acara kanak-kanak, sape yang kalah atau tak masuk acara pun kami bagi hadiah sebagai saguhati
yer la kan, kesian kat budak-budak
nanti telan ayaq liuq jer tengok orang lain dapat hadiah : )





yesssss!!!!!! Iman dapat botol air


ni la hadiah-hadiah yang Iman dapat
walaupun saguhati, dah cukup buat budak-budak tersenyum : )

Friday, January 15, 2010

kisah sos


Gambar sekadar hiasan
saya google je
saja nak pot pet kat sini sebab takde benda nak cerita kat sini
dalam seminggu ni saya sibuk dengan urusan family day untuk bahagian saya
balik dah penat.. kalau dalam bas tu belum keluar Putrajaya dah angguk-angguk, geleng-geleng (tido)
hah! meh saya nak cerita pasal sos cili
sebelum tu nak tanya la..korang pernah amik atau rembat sos kat KFC??
baik ngaku.... dosa tau..Allah nampak
saya bukan nak kata diri ni perfect atau sebaik-baik orang tapi bab rembat atau amik barang makanan tanpa izin memang tak berani
jadi darah daging tu....ish...ish...ish...
2 minggu lepas kan, saya pi makan KFC
sementara Papa Iman pi order, saya pi 'cop' tempat ngan Iman
tiba-tiba kan, ada sorang lelaki sambil tangan kiri pegang plastik KFC (tapau) dan tangan kanan pimpin anak lelaki yang umur lebih kurang 4-6 tahun
tau tak dia buat apa??
sebelum keluar dari restoran KFC tu, dia sempat singgah kat meja sebelah saya yang kebetulan tu kosong
ingat dia nak tunggu seseorang tapi dia amik sos cili kat meja tu
dia tak perasan yang saya dok perati kan dia
kesian saya tengok dia..... : (
kesian sebab tak mampu beli sos cili yang harga dia tak sampai RM10
kan dah tunjuk contoh tak elok kat depan anak dia
dah la terang-terang pimpin tangan anak untuk rembat sos tu
lepas tu ofcoz la balik nanti makan ayam tu cicah dengan sos cili tadi
takkan la dia nak jual atau buat hiasan kat rumah lak kan
hurmmm.... walau setitik pun dia bagi anak dia sos cili tadi.... dan tentu dia bagi makan benda yang tak elok
bukan dari punca yang halal
saya tak berani nak bagi hukum atau nak menilai perbuatan dia tu
tapi korang pikir-pikir la betul atau tidak perbuatan dia tu
mintak dijauhkan dari saya la semua tu.....

Thursday, January 14, 2010

iman 'n' yanie



Mula-mula jauh



dekat sikit


mula berborak



amboi Iman.....

selain Ajiq, Iman Yanie pun kawan Iman
Yanie anak Yati Minhad
tahun ni depa sama-sama dapat adik
due saya bulan 2 dan Yati pulak bulan 4 nanti

Friday, January 8, 2010

lunch dengan si dia




siapakah dia??
ceh..ceh...nak berteka-teki teka tekuk pulak...
Zulie la...
dia telah mengkidnap saya tanpa dirancang pada tengahari isnin lepas
baru hari ni dapat apdat sebab kebizian kerja dan menguruskan pasal family day

malas nak taip panjang-panjang, so saya hidangkan korang dengan gambar nasi goreng ayam ala thai
she...she..she...shedaappppppp
betol-betol ho liao : )



ni sup campur yer kawan-kawan
pun shedapppppp
kami kan ada 'chemical' eh bukan chemistry..... so order pun harus la sama
kenyang...sampai hari ni sendawa nasi goreng
hiiiii..tipu : )




"terima kasih Zulie..sebab belanja aku"

Thursday, January 7, 2010

pokok ku sudah berbunga



Sori gambar gelap
saya snap sebelum pergi keje subuh tadi
masa tengah masukkan barang-barang Iman dalam kereta tiba-tiba saya tengok pokok bunga ros dah berbunga
walau sekuntum...tapi betul-betul buat hati saya berbunga-bunga
sukeeeeeeee : )
macam nak lompat ke pagar rumah orang sebelah lepas tu lompat balik ke rumah saya
hihihi...tipu je : p
tenkiu to Papa Iman la sebab dia la yang tanam pokok tu...
meh kiss sikit meh...cup..cup..mmmuuuuahhhh : )
wah...sudah 18sx la....hik
ada pokok baru kat rumah saya tau...wiken nanti saya snap yer...

pengkalan balak pulak

Dari Kuala Linggi ke Pengkalan Balak idak ler jauh mane
lebih kurang 20++ km je
siok tau perjalanan dari Kuala Linggi ke Pengkalan Balak
kalau korang hafal jalan, buleh ler ikut jalan kampung
dek sebab kami dah biasa, jadinya kami ikut jalan kampung
nampak la rumah-rumah tradisional Melaka yang comel-comel mengadap laut
aduhhhh...best nya kalau siapa yang rumah atau kampung dia kat area Kuala Sungai Baru
kenapa la Atok ngan Nenek saya tak buat rumah kat situ?????
hurmmmmm..... banyak cekadak pulak



nak ke Pengkalan Balak mesti lalu ALAM - Akademi Laut Malaysia
"Iman..nanti belajar rajin-rajin eh..maner tau dapat masuk sini. Iman kan pencinta laut".. : )
Ibu yang berangan lebih padahal anak takde apa-apa lagi


on the way ke Pengkalan Balak
ooo... Mama dan sedara-sedarat saya tak ikut
depa terus balik Seremban
cuma saya dan Maksu Iman je terus ke Pengkalan Balak
Sampai je Pengkalan Balak terus cari gerai makan
diulangi...GERAI....acik tak kisah makan kat gerai asal bersih,'shedap' dan murah berbaloi-baloi
nak makan ikan bakar pun buleh tapi kena tunggu malam la
nak tau tak...dek sebab masing-masing kehausan sampai tahap tekak nak terbakar, masing-masing order 2 gelas air
huhuhuhu...terserlah kehausan masing-masing
tapi tu la kawan-kawan...gambar kat gerai tu takde jadinya nya tak siok la nak cerita lebih-lebih
Iman tak reti dok diam...asik kena 'ketam' ngan saya je
yer la, gerai tu dah la mengadap laut nak pulak dia pencinta laut
jam-jam tu jugak ajak "andi aut' (mandi laut)
kebetulan jugak kampung kawan saya si Yati Minhad memang kat situ
sms dia mana tau dia ada kat kampung, buleh la dapat secawan dua teh 'o' ke
dannnn.......... yesssssssssssss.... dia pelawa lepak-lepak umah mak pak dia
untung dia sebab kampung kat Pengkalan Balak
tiap-tiap minggu balik kampung pun takpe
buleh ajak kawan-kawan ber'bbq' kat tepi laut
huhuhuhu...berangan jer : p
tu kalau kampung saya la.....


^
^
^
^
^
sementara tunggu Yati jemput kami bergambaran dulu
nak pandai-pandai serbu tak tau pulak mana arah rumah dia
sebab ni first time saya ke rumah dia

memang best la kampung Yati ni
betol-betol terasa sesuasana kampung
nak pulak dia jamu keropok lekor dengan pisang goreng
perrrghhhhh...terangkat... sambil borak tangan capai satu..ngap.... pastu borak lagi...ngap....
sedar-sedar piring dah licin
Yati pulak macam tau je kawan dia sorang ni ala-ala pirana, terus suruh adik lelaki dia pi beli pisang goreng lagi
hik..hik.... malu pun ada tapi tahap 'kemaluan' saya tu hilang sebab layanan mak pak dia memang best
macam taknak balik jer rasa
tu pun masa nak balik mak dia suruh tunggu dulu sebab masih awal
takpe lain kali buleh pergi lagi
lagipun kena balik jugak sebab Iman dan Iyoi dah buat kampung tu macam kampung dia
Yanie anak si Yati pulak jadi pemandu pelancong
habis dia pusing keliling halaman, muka pun dah comot macam anak orang asli gamaknya
lepas mandikan Iman, kami terus balik Seremban
oh yer...kalau korang nak tau..rumah mak pak Yati ni belakang chalet jer tau
nanti-nanti buleh la saya sewa chalet..pastu kalau nak makan pi je rumah Yati : p
hari pertama memang dapat layanan, hari kedua pulak dapat lempang sebab menyusahkan orang
hik...save budget apa.....

dan akhirnya ginilah keadaan Iman ......
dia kecapikan
note : kawan-kawanku...meh kita sewa chalet kat sini sambil ber'bbq'.....

kuala linggi part 2

Patut masuk kat entry bawah
tapi kelupaan nak masukkan gambar chalet
cerita je tapi takde gambar macam tak 'sheshuweiiii'



ni la chalet yang RM100 per night tu
betol-betol ngadap laut


ni yang murah sikit
yang bangunan kuning-oren tu pejabat urusan
jadi.... kalau berhajat nak menginap kat sini pastikan korang bawak bekalan makanan dan air yang cukup
jangan jadi macam saya...rasa macam nak terbakar anak tekak sebab kehausan...sabar je la


note : banyak lagi chalet tapi faktor kemalasan nak berjalan... senang cerita korang pergi sendiri la : )

makcik bawang