Pages

Thursday, February 28, 2013

penghargaan

Ekcelikan..saya tengah tunggu En.Papa ni..
tadi called dia baru keluar umah
huhhhh

nak taip panjang lebar rasa malas
korang tengok la gambar2 ni
kejadian kat City Park Oriental Restaurant
sebab majlis makan2 ni adalah untuk meraikan atau penghargaan petugas2 BR1M
tima kasih kat Pejabat Daerah Seremban sebab sudi jemput kami
tocei...toceiii



kami berlima..sorang jadi camerawoman tinggal 4 orang
yang untung nyer kami berlima je conquer meja ni
jadinya..takde la segan nak makan banyak
heeeee



saya,Aishah dan Zura
bila dah 5 orang untuk satu meja, makanya nak taknak kami kena habiskan makanan tu
tak baik membazir
lagipun lain kali orang taknak belanja lagi
eceh..kata la memang kuat makan
tak baik membazir kononnnnn... ; p

siakap celup tepung masak sweet sour



tom yam campur

perlu ke bagitau minum air fresh oren??
poyo...



sotong masak pedas kot
kot la...



rasa dan rupa macam ayam lemon
yer la tu
kalau tak silap

butter prawn yang shedapppp



macam biasa..kena seimbang..sayur campur



kami dengan Ketua penyelaras..Pn.Azlin
merangkap ketua kumpulan saya

bukan nak tunjuk jenama handbeg tapi itu adalah kewajipan selepas melantak
kaver perut
heee...



so..orang Seremban...meh ler kita ke City Park Oriental Restaurant ni
masakan di sini adalah berkonsepkan masakan cina dan ditanggung Halal
harga saya kurang pasti sebab semua ditanggung oleh Pejabat Daerah Seremban
rasa macam nak cuba lagi la
ehem...buleh ajak En.Papa ni
buat2 mengidam kompom pakcik tu layan
eheh....

Wednesday, February 27, 2013

thank you friend


Terima kasih kak Emy
baru semalam mintak arini dah dapat
hajat hati nak beli tapi Kak Emy bagi free
mmuuaaahhhh mmmuuaaahh kat Kak Emy...

Ekcelikan saya ngidam nak makan blueberry cheese tart ni dari semalam lagi
terliur tengok kat Fb Chomel Bakery
terus sms Kak Emy nak beli 3-4 bijik
tengok2 tadi Kak Emy bagi 5 bijik
FOC katanya
aduh..duh..duh...thank you friend
luv u...

~ wordless wednesday ~



bajet hot

Saturday, February 23, 2013

selamat pengantin baru Lia

Macamana nak mula ek??
hmmm ok..
semalam sampai la arini memang hari penat sedunia untuk saya
mana nak bagi BR1M lagi
nak berkejar gi wedding opismate lagi
kalu kawan gitu2 aje takpe
ni kawan rapat la jugak
nak pulak berjiran dengan MIL saya
macam tak siok pulak tak menyibukkan diri

antara ramai2 kawan saya yang kawen, kali ni saya betol2 excited
sebab ape??
sebab Lia cantik sangat2 sampai saya tak perasan kat dia
yer la, kalau gi keje Lia memang tak mekap langsung
kiranya memang muke ori la
sekali kena ejas ngan mak andam..terus terkagum saya kat dia
tak sia2 dia pilih mak andam ni
kadang2 tu kan ada mak andam yang mekap tebal macam tepung gomak
orang cantik jadi x cantik
yang tak cantik terus tak cantik




alahai Lia...cantiknya awak
ni masa hari sanding
sayangnya saya tak sempat nak tengok Lia bersanding sebab pukul 1.30 saya kena ada kat tempat bagi BR1M...berkhidmat untuk negara katanya...


masa nikah...baju kaler kuning cair
sesuai dengan kulit Lia yang putih tu
petang tu berdesup desup dari BR1M ke umah Lia
nasib baik ada umah MIL
buleh la saya tumpang mandi
nasib baik sempat tengok Lia nikah
sekali lafaz Lia jadi bini orang


bandingkan gambar ni dengan yang atas
mungkin ada yang kata sama je
tapi bagi kami yang sama2 keje dengan dia rasa perubahan tu
kira naik seri la Lia


ni la husband Lia


Lia dan Faizal
jodoh Lia dengan orang Melaka


suka dengan jubah nikah Lia ni
comel sangat2
makcik Lia yang jahitkan
kalau la saya belom kawen lagi, memang saya nak pakai macam ni
tapi apakan daya..jangan nak berangan la

lauk dia pon sedap2 jugak
fuhhh..saya dah blur...
korang layan la gambar2 kat bawah ni
nak tengok yang lain gi kat FB
koser la taip panjang2 sebab saya capik sangat2


me..wif Indah..


kek dari kak Emy a.k.a chomel bakery


bergambar pas nikah
pelamin yang cantik dan simple


selamat malam semua
saya dah ngantuk
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Friday, February 22, 2013

dia sekarang dah 3 tahun



Salam Jumaat...arini saya tak masuk opis sebab petang sat ni saya jadi petugas BR1M
kali untuk kawasan Lobak
alang2 tinggal sorang ni saya update la blog
nak lelap tak buleh sebab dah terbiasa bangun awal
nak buat keje umah semua nya saya dah buat malam tadi
tiba2 angin rajin menjelma tu sebab semua dah saya settlekan malam tadi

Arini..22 Februari besday manja saya...Ammar Hazif
dah 3 tahun pun beliau
sekejap je
rasa baru je lagi saya lahirkan dia
hehehe..ayat biasa yang selalu para Ibu ungkapkan
memang...serius cakap sekejap sangat dia membesar
tahun depan dah nak sekolah
Ammar....Ammar

petang semalam masa dalam keta
saya dan En.Papa nanyi lagu 'hepi besday' untuk dia
kemain tersipu-sipu lagi
setakat pagi ni tak ada apa2 permintaan dari dia
cuma Iman je yang over

"bu,takde kek ke?"

amboiii dia pulak yang nanya
hihihi...

Ammar sekarang ni makin petah kadang2 geram je tengok mulut comel dia berkata-kata
kadang2 geli hati bila dengar setiap butir ayat dari mulut dia

"Amat nak tenok (tengok) je..tak ucik pon"

tu ayat dia masa dia kacau En.Papa buat keje
kadang2 dia yang mengajar kita balik
satu je yang Amat tak buleh buat
masih lagi gagal wee wee atau poo poo kat toilet
jenuh la tunggu..last2 takde
bila pakaikan diaper baru terkeluar semuanya
kena ada kesabaran kat situ



setiap petang je mesti Ammar nanges
nanges bukan sebab dia kena rotan atau dia gaduh dengan Iman
tapi nanges taknak balik umah
selalunya lepas En.Papa jemput saya dan Ammar, kami akan ke umah MIL nak jemput Iman pulak
bila kat umah MIL, ramai la sepupu2 dia - Adam, Una dan Yie
bila dorang dah jumpa macam biasa la, budak2
main kejar2 la, main masak2 la, main cikgu2 la
tengok syok2 main dah kena balik umah
macam biasa la...dah drama king kan...bersungguh-sungguh la dia nanges
tahap menanges dia tu bergantung kepada tahap kepuasan dia bermain
kalau kurang puas dia nanges sampai simpang highway LEKAS
dan bila kita pandai amik hati dia sekejap je
selang 2 bijik umah dari umah MIL dia dah senyap
yang  tak menahan tu pas nanges mintak susu
asal nanges susu..asal susu nanges
apa2 la Ammar..awak memang drama king tau
kihkihkih....

untuk Ammar Hazif..
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 3 tahun
besar dah manja Ibu ni
jadi anak yang soleh, bijak dan baik dengan semua orang
Ibu, Papa, Abang dan semua orang saya kat Amat
semoga dirahmati Allah S.W.T dan dilindungi selalu
sayang dia....mmmuuuahhh




dan tarikh 22 Februari adalah tarikh kembalinya Allahyarham Sudirman Hj. Arshad ke Rahmatullah
Al-Fatihah untuk arwah.....


nota : Amat adalah nama gelaran untuk Ammar..bukan kami yang bagi tapi dia yang iktiraf nama tu untuk diri sendiri : )

Wednesday, February 20, 2013

untuk kali kedua

Halooo.. tengahari ni saya belom makan lagi sebab kantin tutup
motip nak bagitau belom makan??
puasa la kejap
kang agak2 lapar makna biskut cicah air kopi je

tajuk kat atas macam tajuk lagu je kan
bajet hot je..
padahal blog pon tak pemes mane
tak pemes pon takpe janji ada kenang kenangan
ada bahan untuk dibaca bila pencen nanti
persoalan nya...sempat ke pencen??
hihihi...

Dah sebulan pun berlalu
tapi demi kenang kenangan ku redah jugak
kata orang sayang anak tangan2kan
itu memang la kalau tak dengar cakap
memang laju aje tangan ni bergerak
demi kasih dan sayang terhadap anak tu, ape saja dirikues pasti diusahakan
kecuali mintak nak gi Disneyland balik ari
memang tak le
so, untuk kali ni je Iman dah sambut besday dia sebanyak dua kali
sebelum ni buat kat umah hanya untuk adik beradik je
klik sini untuk entri besday kali pertama dia
selama ni memang tak pernah celebrate besday Iman kat sekolah
sebab selalunya besday dia mesti jatuh waktu cuti sekolah
dan selalu sangat dia citer betapa bestnya sambut besday ngan kawan2
so kami laki bini bincang punya bincang makanya setuju la
demi mu anak katanya....
lagipun tahun ni tahun terakhir dia kat tadika tu
tahun depan dah darjah satu
kiranya moment terindah dia kat tadika tu la
ada gak kenangan dia dengan kawan2
sok dah besar buleh jadi bahan nak berborak


kebetulan tadika Iman tak amik cuti Maulud Nabi
kan ke cuti tu tersepit ari Khamis
nak bagi cantik perjalanan aktiviti sekolah tu makanya dorang jadikan Jumaat tu cuti terus sampai la Isnin tu sebab Ahad tu cuti Thaipusam
cuti panjang la depa tu
paling best jimat la cuti makcik
hehehehe
bila pihak tadika setuju dengan cadangan kami
makanya hari Khamis tu adalah kenangan terindah untuk Iman


kek atas permintaan Iman...ultraman mebius..katanya la
saya order dengan opismate saya macam kek2 yang sebelum ni
berminat?? klik sini
selain berniaga online Emy dah bukak kedai kek dia
nama kedai tu chomel Bakery
memang comel sangat kedai dia
rasa teruja bila tengok kawan2 dah ada kedai sendiri
kalau korang nak belajar buat kek, cupcake,pavlova,macaroon ape kebenda berkaitan denan bakery contact la beliau
aikk dah melalut buat iklan pulak
huhuhu..takpe..tolong kawan


guru kelas Iman..teacher Mangir
dari umur 4 tahun sampai la ni Iman dapat teacher india
pernah dia komplen kat saya kenapa tak pilihkan teacher yang melayu
saya kate la bukan Ibu memandai pilih
lagipun Papa yang yang gi booking, daftar dan bayar semua
pastu merengek tak puas hati
last2 saya kata india ke, melayu ke, cina ke,omputih ke janji nak belajar
terus sentap ...nanges...huh



ready nak tiup lilin
kawan2 Iman tanya kenapa Iman 5 tahun
padahal sekarang semua dah 6 tahun
nasib baik teacher dia dah explain kan
nak buat camne...lahir ujung tahun


budak lelaki yang do sebelah Iman tu nama Alvin
BFF Iman kat sekolah
balik umah pon dok promot nama Elvin


kena tiup lilin 3 kali sebab principal nak buat video
nanti ujung tahun time konsert leh tengok video ni
asik tak jadi je sebab Iman tak ikut ape principal nak


tugas Iman untuk bagi goodies kat kawan2 kelas dia
dalam goodies bag tu saya letak air kotak, sumi,lilipop dan kek pandan apollo
hehehe...taktau nak taip ape..kek pandan apollo je la untuk pahamkan korang



Iman dan Ammar
tahun depan turn Ammar lak sekolah kat sini
senang...lagipun sya puas hati dengan pengurusan tadika ni


like father like son
bukan anak tino ngan omak eh ko letak "LIKE MOTHER LIKE SONS"
anak tino - daughter
anak jate - son kalu sorang kalu ramai sons
hahaha..terasa ke?? bukan korang la..ada la sorang tu



last sekali Iman dan Ibu yang membulat bagai juara
tapi bulat lagi teacher dia
hihihihi....
hmmm Jumaat ni besday Ammar pulak
belum ada perancangan lagi
tengok keadaan dulu
kalau tak..UNTUK KITA AJE LA...

hot la sangat


Salam Rabu...selamat pagi : )

Sebenarnya dah lama saya peratikan Iman ni
tapi baru arini saya nak cerita kat sini
kadang2 buat saya senyum bila tengok gelagat dia

citernya gini....sekarang kan tiap2 pagi kami akan antar Iman dulu
lepas tu berdesup gi Seremban 2 ikut highway
kalau ikut jalan biasa memang merah la punch card saya
jadinya saya dapat la tengok gelagat dia masuk sekolah
selalunya saya dok dalam keta je dan En.Papa yang akan hantar dia sampai depan gate
untuk hantar dia tu, kena la lintas jalan sebab tak payah nak pusing2 u-turn2 bagai
korang paham ke idok ayat saya ni???
paham..ok...kita teruskan
sementara nak lintas tu, kawan2 dia yang sampai awal dari dia akan berkejar sampai pagar sambil jerit2

"hadif...hadif...hadif"

bukan Iman ok.....tetapi HADIF

Iman dengan muke bangga plus riak plus poyo plus bajet hot sengih2 sambil lintas jalan
hahaha...masuk je beliau kat kawasan sekolah terus kawan2 serbu dia
ada yang peluk bahu ada yang sekadar jadi pengiring aje
hah korang ingat VVIP je ada pengiring : D
bukan budak lelaki aje yang pompuan pun turut serta
dan bila En.Papa masuk je keta terus soalan bertubi2 untuk dia
so pak encik tu layankan aje
hehehe
hot sungguh la anak Ibu ni
Ibu pun tak sehot tu
jangan jadi romeo udah ler yer

Tuesday, February 19, 2013

orang kuning DIGI




sama tak??
hahaha...
sayang anak ibu...

tahniah Lala

sambil menyelam minum ari..gitu la perumpamaan sekarang ni
sambil taip laporan sepatah dua kata pastu taip blog
hehehe..bosan le kalau ngadap benda tu aje
pastu tuan punya laporan yang saya buat ni sikit punya sombong
macam la saya nak ngorat beliau..hehehehe
jangan bagitau dia eh..babab kang



sebelum taip panjang lebar saya bagi tunjuk gambar terkini saya
hihihi..bulat kan..tapi maintain jelita betol tak??
yer sila muntahkan segala yang korang makan time bekpes tadi
takde edit2 ataupun guna camera 360 ke haper
ini original ..... mak tak tipu


bersama2 sepupu sepapat, ipar, adik dan jugak makcik saya
eh...kenapa tiba2 gambar ni dulu
bukan main baik saya susun ikut turutan
hmmm lantak la labu


ini dia Lala..sepupu saya yang bertunang pada 16 Februari baru2 ni
nama sebenar dia Hashiela
tapid ari kecik lagi kami dah panggil dia Lala
ngan tunang dia saya tak pasti apa panggilan dia
yayang kot ataupun manja
hahaha....ampun Lala..gurau aje
saje nak sakat
orang berdarah manis mana elok marah2
nanti hilang seri ; p



ofcoz gambar saya dengan Lala
tema adalah peach dan pink
kira saya ni sikit2 ikut tema la
yang lain silap information sebab pakai kaler pepel
hahahha..gelakkan dorang


bakal MIL sarungkan cincin merisik


yang ni pulak baru cincin tunang


salam bakal MIL..ambik berkat
Lala bertunang dengan orang Keratong 3
rasanya la kalau telinga ni tak silap dengar
ala lagipun antara Keratong dengan Labis tak jauh mana pun
dua jam kot..... main kot2 pulak
heeeee...

adik beradik saya yang lain dah sampai malam sebelum tu lagi
saya, pagi tu baru gerak dari Seremban
lagipun kalau ikut highway baru sejam setengah

***************

argghhhh...idea ilang lepas jawab tipon
korang layan je la gambar2 ni
hehehe..rasa nak lempang je kan bila baca ayat tergantung



separuh pepel separuh peach...hahahha


gedik2 dengan hantaran



kiri - Lin (kakak), Lala, Aina (adik) dan Maklong saya


selamat bertunang Lala

note : blurrr di kala cuaca sejuk

Friday, February 15, 2013

cerita malam tadi

Salam jumaat...eceh

Nak stori pasal malam tadi ni
bukan nak stori pasal kisah malam jumaat ler..kisah kehanginan saya dengan mat2 rempit
kisah nyer gini.....
meh duduk rapat sikit baru nampak real lagi hebat cerita saya
hahahha
jap..makan tempeyek dulu....sedap..jemput makan...

****************

ok..
camni..lepas berbuka semalam, kami anak beranak keluar gi pekena burger bakar Abang Burn
biras saya si Pija belanja
saya kan alergik bila ada orang belanja
padahal kat umah dah sental 2 pinggan nasik
biarla perut dah ketat asal dapat makan burger bakar abang bakar (burn)
hehehehe
rezeki jangan ditolak yer dak??
pas coh ceh pot pet kami pun bersurai
tak buleh lama2 sebab sok (jumaat - arini) Iman nak sekolah
makanya berdesup la kami balik ke pangkal jalan
berdesup tu hanya rekaan yer ; p
sampainya kat jambatan taman kami tu punya la ramai budak2 bawah umur dok preng preng moto dorang
kami biarkan sebab jambatan tu jauh sikit dari umah kami
ok la..gasak ko la
masuk je umah saya settle kan budak2, halau dorang masuk tido dan saya sambung sidai kain baju yang saya tinggalkan tadi semata-mata nak makan burger abang bakar
En.Papa pulak dah cari helmet nak gi balai raya katanya
sementara nak tolak bakul yang penuh ngan kain baju tu saya dengar bunyik preng preng lagi
betul2 dekat umah saya
haisshhh budak ni...nak kena sumpah seranah ngan saya ni
kot sedap bunyik moto ni tak pe gak
ini bunyik serupa ekzos tersepit
saya rasa korang dapat bayangkan camne bunyik moto merempit ni
lepas tu siap mengilai-ngilai keseronokan
ikut hati nak je saya lempar bakul baju tu
tapi apakan daya...simpan je hasrat tu sambil nyumpah2 dorang
sebelum En.Papa ke balai raya saya sempat pesan kat En.Papa

"bang, gi sound budak2 tu..bagi warning sikit."

ceh...macam ketua gangster bagi arahan kat anak buah je
tapi otomatik terpikir keburukan dia
budak la ni berani dia lain macam
terus saya ubah arahan

"abang jangan gi sorang, ajak orang balai raya.kalau buleh panggil polis"

sayang laki....kot diapa-apakan laki aku tak ke naya
masa tu penuh bangga saya lepaskan En.Papa ke balai raya
dapat bayangkan dia datang dengan kawan2 dari balai raya pastu sound budak2 bengong tu
bangga nya...*sambil kelip2 mata
macam Pak Jabit dengan penduduk kampung pisang gi terjah umah Kak Limah
tapi kali ni gi terjah budak2 rempit tak sedar dek untung


makanya saya pon teruskan menyidai kain baju tu
siap semua saya pi gosok baju keje pulak
takut terlewat esoknya tu prepare awal2
sambil gosok saya dihidangkan bunyik preng preng yang taktau kesudahannya tu
dalam hati ni terpikir gak..pegi ke idak En.Papa ni
ke dia lupa arahan saya sebab dah jumpa kawan2
ishhh..semua la ni
time tu terbayang kalau saya ni berani la mau saya gi halang jalan tu pastu belasah sorang2
geram betol tau


tak lama tu En.Papa pon sampai
aik kejap pulak..tapi bunyik preng preng tu dah takde
hmmm dah kena la ni
dengan penuh tak sabarnya saya bukakkan pintu untuk hero kesayangan saya
*eceh..hahaha
terus tanya

"camne?" sambil buat muke tak sabar
"takde orang kat balai raya.tu yang balik terus"

hek eleh orang tanye pasal budak2 rempit tu buleh pulak dia citer kawan dia takde

"budak2 tu dah balik ke? senyap je tu"

"a'ah..abang sound dorang tadi.ada ke sorang pompuan yang lain semua laki.10 orang kot dok bawak dia kat tanah lapang ada zink tu."

"hoh...takde lain la tu...nak %$)$_# la tu.pastu hegeh2 gi repot kat balai konon2 kena rogol.datang IPD buat muke suci.padahal dia yang gedik.mana la mak pak dorang..ishhh..bla..bla..bla..."

malas nak taip ...heeeee
tapi ayat macam tu la
En.Papa senyum je
pastu dia sambung balik

"abang kata...ko tak tengok jam je? nak memekak gi kat tempat lain.dah gi balik"

"abes tu dorang balik tak"

"balik"

"melawan tak"

"tak..diam je"

"guard ada tak?"

"ada..dok tengok je"

"bla..bla..bla..pot pet pot pet" *bebel

bagus jugak laki saya ni...berkesan jugak walau cara dia tego tu ala2 berhemah gitu
tenang sikit rasa

lepas siap iron saya pun cuci2 muka
dalam dok cuci muka sekali lagi bunyik preng preng
dasar brengset betol budak2 ni tau
dorang saje nak cabar tu
nasib baik saya ni kerani untuk polis je
kalau la saya ni pegawai polis memang kena la
check in lokap 3 ari 3 malam la ko
hahaha..gila kuasa tu pasal tak jadi pegawai polis
tapi preng preng tu untuk seround je
mungkin la dia nak cabar kat orang yang sound dia tadi
tapi makian memang dah sebakul saya hadiahkan kat depa sempena malam jumaat yang mulia tu
dengar ke tak belakang kira
janji hati puas

fuhyoooo...panjang lebar betol entri saya ni
hmmmm..layan


nota : jauhi merempit....sayangi nyawa anda dan sayangi dara anda..ada paham

Thursday, February 14, 2013

pabila waktu rehat

Pabila waktu rehat...tarakuca..ca...ca
hihihi...
oh ok..memang tak lawak
korang kalau rehat sejam selalunya nyer gi maner??
soping?lepak kantin?balik umah?jemput anak balik sekolah??
ape2 la janji waktu yang sejam tu dimanfaatkan
yer dak??

saya..??
kadang2 tido..kadang perabih duit kat soping kompleks..kadang2 gi makan kat luar dan kadang2 dating ngan En.Papa
bergantung pada keadaan la
macam arini, saya puasa lagi makanya berjalan2 ke blog orang la
kalau ada tunjuk gambar makanan telan air liur pastu scroll laju2
sebab takut terliur berlebih lebihan.. hehehehe
kalau yang kelakar tu senyum sorang2
kecuali ari Jumaat..ofcoz la rehat panjang
macam2 buleh buat
meh kita intai ape kawan2 sebilik saya buat...



Mek Aida tengah amik mood nak tido


Kak Ala nampak macam dah tido nyenyak tapi rupa2nya dia tido2 ayam
dia pon sama2 ganti puasa dengan saya
dia taktau pon saya curik2 amik gambar dia
hihihi..jangan bagitau dia eh


empunya blog cuba nak lelapkan mata tapi tak buleh
so...sementara nak pukul 2 ni mari lah ke terjah ke blog orang lain
auuummmm.... *tiba2