Friday, February 22, 2013

dia sekarang dah 3 tahun



Salam Jumaat...arini saya tak masuk opis sebab petang sat ni saya jadi petugas BR1M
kali untuk kawasan Lobak
alang2 tinggal sorang ni saya update la blog
nak lelap tak buleh sebab dah terbiasa bangun awal
nak buat keje umah semua nya saya dah buat malam tadi
tiba2 angin rajin menjelma tu sebab semua dah saya settlekan malam tadi

Arini..22 Februari besday manja saya...Ammar Hazif
dah 3 tahun pun beliau
sekejap je
rasa baru je lagi saya lahirkan dia
hehehe..ayat biasa yang selalu para Ibu ungkapkan
memang...serius cakap sekejap sangat dia membesar
tahun depan dah nak sekolah
Ammar....Ammar

petang semalam masa dalam keta
saya dan En.Papa nanyi lagu 'hepi besday' untuk dia
kemain tersipu-sipu lagi
setakat pagi ni tak ada apa2 permintaan dari dia
cuma Iman je yang over

"bu,takde kek ke?"

amboiii dia pulak yang nanya
hihihi...

Ammar sekarang ni makin petah kadang2 geram je tengok mulut comel dia berkata-kata
kadang2 geli hati bila dengar setiap butir ayat dari mulut dia

"Amat nak tenok (tengok) je..tak ucik pon"

tu ayat dia masa dia kacau En.Papa buat keje
kadang2 dia yang mengajar kita balik
satu je yang Amat tak buleh buat
masih lagi gagal wee wee atau poo poo kat toilet
jenuh la tunggu..last2 takde
bila pakaikan diaper baru terkeluar semuanya
kena ada kesabaran kat situ



setiap petang je mesti Ammar nanges
nanges bukan sebab dia kena rotan atau dia gaduh dengan Iman
tapi nanges taknak balik umah
selalunya lepas En.Papa jemput saya dan Ammar, kami akan ke umah MIL nak jemput Iman pulak
bila kat umah MIL, ramai la sepupu2 dia - Adam, Una dan Yie
bila dorang dah jumpa macam biasa la, budak2
main kejar2 la, main masak2 la, main cikgu2 la
tengok syok2 main dah kena balik umah
macam biasa la...dah drama king kan...bersungguh-sungguh la dia nanges
tahap menanges dia tu bergantung kepada tahap kepuasan dia bermain
kalau kurang puas dia nanges sampai simpang highway LEKAS
dan bila kita pandai amik hati dia sekejap je
selang 2 bijik umah dari umah MIL dia dah senyap
yang  tak menahan tu pas nanges mintak susu
asal nanges susu..asal susu nanges
apa2 la Ammar..awak memang drama king tau
kihkihkih....

untuk Ammar Hazif..
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 3 tahun
besar dah manja Ibu ni
jadi anak yang soleh, bijak dan baik dengan semua orang
Ibu, Papa, Abang dan semua orang saya kat Amat
semoga dirahmati Allah S.W.T dan dilindungi selalu
sayang dia....mmmuuuahhh




dan tarikh 22 Februari adalah tarikh kembalinya Allahyarham Sudirman Hj. Arshad ke Rahmatullah
Al-Fatihah untuk arwah.....


nota : Amat adalah nama gelaran untuk Ammar..bukan kami yang bagi tapi dia yang iktiraf nama tu untuk diri sendiri : )

No comments:

makcik bawang