Pages

Friday, January 27, 2012

buah yang hujung-hujung

Entry basi untuk tatapan semua...
dah berzaman dok kat draf, last2 baru arini nak publish
pemalas dan sibuk telah disatukan makanya terciptalah entry macam ni
nak buat macamana, kan....redha dalam paksa : )







kiranya once upon a time la...dalam tahun ni pada bulan Januari yang lepas
hahaha..lama kan
kami semua pi balik kampung uwan En.Papa untuk mengutip hasil buah yang ada kat kampung
kira ni buah yang hujung2..sebelum encik2 monyet sekampung makan baik kita habiskan
tak rugi berbudi dengan tanah ni cuma nak ngan taknak je
nak makan taknak tanam..buleh gitu..??
hihihi



En.Papa dengan lagak seorang pemanjat tersohornya
saya cuma duduk kat bawak pokok je


uishhh...rendah je kan pokok langsat tu
tak payah susah2 nak panjat
petik dan ngap aje
saya cuma merasa je sebab masa tu tengah diserang batuk yang amat dasyat *macam dasyat je

dan bila balik ke Seremban buah itu di agih2 kepada jiran, opismate dan juga adik beradik saya
rasa macam bodoh je entry ni sebab idea saya dah hanyut
maaf yer..asal entry melalut je mintak maaf...macamana la follower nak ramai...

status : sedar diri

Wednesday, January 25, 2012

dia dalam kenangan

Semalam 24.1.2012 pukul 3.15 (lebih kurang) Pn.Norhayati telah kembali ke Rahmatullah
Dia adalah CC kat Bahagian Pengurusan
Walaupun saya tak sempat nak pegi lawat jenazah dia, tapi saya takde la rasa ralat sangat sebab masa dia sakit saya sempat lawat dia kat PPUM


Saya tak pasti apa penyakit sebenar dia
kang pandai2 kata dia ngidap penyakit A marah pulak waris dia padahal dia sakit B




arwah yang mencangkung kat tepi sekali

Kenapa saya buat entry khas untuk dia???
sebab kebaikan yang pernah dia buat kat saya
sampai bila2 saya akan kenang
saya ni jenis kalau orang baik dengan saya, saya akan kenang orang tu
macam tu jugak kalau orang tu buat jahat dengan saya
tapi saya tak berdendam sampai nak sumpah seranah orang tu atau nak menyihir


Dulu masa saya kena demam panas arwah la yang antar saya sampai depan rumah
masa tu En.Papa kat luar negeri (luar N.Sembilan)makanya tak dapat nak jemput saya
arwah jugak tak kedekut dari segi duit ringgit dan jugak rajin masak untuk anak2 buah kat Bahagian Pengurusan ni
kawan2 saya panggil dia dengan panggilan bonda tapi saya je yang panggil dia CC
saya ni jenis tak reti nak panggil seseorang itu dengan panggilan yang saya sendiri tak buleh nak sebut...korang paham kan..??
Iman cukup suka kalau nak pegi beraya ke rumah arwah sampaikan bila lalu je kat kawasan rumah arwah mesti ajak singgah
mungkin jugak Iman antara budak yang bertuah sebab tak silap saya dia sorang je yang dapat duit raya lebih dari sekali dari arwah
biasa la dari kecik lagi ibu dia dah ajar jadi mata duitan...hehehehe



arwah bagi saya tudung ni : (





kenangan masa sama2 buka puasa




kenangan saya dengan arwah masa aktiviti riadah dengan Bahagian Pengurusan




Arwah jugak sempat tengok anak perempuan dia kawen


semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman....terima kasih cc jasamu itu saya kenang walau kita dah terpisah dibumi ini...

Al-Fatihah....

Saturday, January 21, 2012

arini besday yang tersayang


Arini 21.1 besday En.Papa yang ke double 3..cewahhh double 3
takde majlis besar2 untuk beliau tapi tak tau la esok lusa
tengok dulu la....


sempena besday beliau, saya doakan kesejahteraan beliau
semoga tahun ni tahun untuk kita sekeluarga....dan En.papa dilindungi dan dirahmati Allah
dilindungi maksud saya dilindungi dari perkara2 mungkar dan juga dari jumpa dengan parasit
semoga En.Papa murah rezeki..biar rezeki yang datang dari usaha kita, dari sumber halal
biar berdikit-dikit asal tak menyusahkan orang
sesungguhnya saya dan anak2 sayang kat En.Papa
dia adalah suami yang terbaik untuk saya dan saya bersyukur ditemukan jodoh dengan dia
(sebak...*dasar pelakon air mata)
En.Papa juga papa yang baik untuk anak2 saya
walau dia garang dengan anak2 tapi dia jugak kawan untuk anak2 saya bergurau dan jugak kawan menyepah ; )


abang...biar orang buat kita jangan kita buat orang....
abaikan parasit itu
kerana...esok masih ada...


hepi besday to u and luv u sooooooooooooooo muchhhhhhhhhhhhhhh

Wednesday, January 18, 2012

Saturday, January 14, 2012

Selamat pagi sabtu

Selamat pagi korang...best kan arini cuti. Hero2 saya tu belum bangun lagi.Sementara tunggu untuk sarapan, saya jenguk2 dulu blog ni. Arini saya bekpes burger...hehehe....ala2 western
Tak plan untuk aktiviti arini sebab big bos belum bagitau ape agenda arini.



Gambar malam tadi ; )
Iman dok bising2 ajak gi stadium so kami ikutkan aje
tak tau pun ada game
saya ni mana la nak ikut perkembangan hal2 bola sepak ni. Kalau tau pun dengar orang dok heboh pasal final je.Lain2 tak amik tau.




Malam tadi USM FC lawan PDRM. Tak ramai mana pun penonton yang datang tengok
Kami dapat masuk pun sebab En.Polis tu bagi masuk free : )
agaknya polis tu kesian tengok Iman yang beria-ia nak tengok bola
tima kasih la En.Polis...


Kami tak tengok sampai habis pun sebab budak dua orang tu dah mengantuk
setakat yang saya tau, PDRM - 2 dan USM FC - 0


haiii... la...tercabar betol saya dengan bau burger depan mata saya ni
tapi tak buleh pentingkan diri sendiri sebab kena tunggu hero2 tu bangun dulu
iskkk..lapar..... ; p

Wednesday, January 11, 2012

Tuesday, January 10, 2012

saksi utama

(kes malas taip)
apa kejadahnya kejap taip kejap delete
hah..korang bacer la ringkasan kes ni


Tarikh kejadian : minggu lepas (tarikh luper)
Tempat kejadian : Jalan Forest Height selepas Carrefour sebelum Econsave (hahahaha..bukan orang Seremban mesti pening)
Waktu : lepas waktu pejabat dengan kata lain selepas pukul 5
Mangsa : seorang apek yang tak berapa nak tua (dalam gambar pakai helmet merah)
Saksi utama : En.Papa (hanya untuk kes ini saja bukan untuk kes A - bukan nama sebenar)

Nampak tak tu superhero kita..boboiboyyyyy




Ramai yang tolong...tolong tengok je
saya hanya tolong amik gambar dan tipon ambulan
nak turun gi tengok tak berani sebab saya takut
mana tau dah Innalillah ke mau seminggu tak tido malam
silap hari bulan kena batu karang sebab tahan kencing *kes takut gi toilet
tapi masa En.Papa tarik apek tu ke atas dia masih ok lagi cuma kepala dan mulut je berdarah. Nasib baik la dia pakai dan ikat helmet kalau tak..bersepai kepala
uiissshhh dalam tau longkang tu..cer tengok gambar


bila dapat tau ambulan dah otw baru la kami balik rumah dengan bangganya
bangga sebab dapat tolong orang dan jadi orang pertama nampak kejadian
:8) <<< lubang idung kembang)

note : semoga apek itu selamat

pesanan : ikat jangan tak ikat dan pandu cermat jiwa selamat..ingat yang tersayang

Iman yang over

Pagi tadi masa otw ke opis

Iman : ibu, tutup la tingkap tu, abis runtuh rambut Iman ni
Saya : yer la..yer la...




over eh...abis stylo la tu..??
hehehehehe

Thursday, January 5, 2012

kau menangis aku pun menangis

(Gambar adalah ihsan google)


3 filem atau drama kat bawah antara yang menarik perhatian saya dan bikin air mata ni meleleh-leleh macam orang baru kena tinggal dengan boifren hehehe



Nur kasih...huhuhu...dari drama bawak ke filem saya memang pengikut setia
sanggup la tinggalkan anak2 suruh En.Papa jaga demi nak tengok filem ni



Ombak rindu pun macam tu jugak. Bacer novel pun saya buleh nangis inikan tengok filem
kali ni tengok dengan suami tercinta.Menangis jugak cuma tak tersedu sedan je
malu la kalau orang lain tengok



hmmmm Tentang Dhia ni mula2 tu tak berapa nak layan tapi lama2 best pulak
episod yang akhir tu yang buat saya tersedu sedan
gila babas punyer sedih la ending dia
saya menangis sambil sorok2 muker dalam baju. hihihi....over pompuan ni tau


ibaratkan...kau menangis (pelakon) aku pun menangis dan kau dapat duit aku dapat mata bengkak..huhu

Iman dah start sekolah



Iman dengan kawan2 dia - qaseh dan Farisya
dorang sekelas dari tahun lepas lagi
syukur...syukur sangat sebab Iman dapat kelas Topaz kelas teacher Tina
alhamdulillah : )




Untuk 5 tahun ni ada 4 kelas semuanya dan masa ni semua murid dikumpulkan dalam satu bilik sementara parents ditaklimat oleh puan principal
arini saya mintak masuk lewat
tak koser nak mintak cuti sebab banyak sangat agenda untuk tahun ni
lagipun nak standby kot2 anak demam atau angin malas datang dengan tiba2...hikhik







korang pelik tak tiba2 ada gambar Iman kat umah..hehehe kes malas la ni

sebelum gi sekolah Iman kena bekpes dulu

kata semangat hari pertama persekolahan

cuba hari kedua,ketiga,keempat dan keseratus...maunya bekpes dengan air liur je




Selain roti saya bagi Iman coklat minda. Elok untuk otak dan sejak makan coklat ni, alhamdulillah la ada perubahan kat Iman. Tapi perubahan hangin satu badan dia tu tak dapat nak di ubah lagi. Biasa la budak2....





Hari ni saya jadi pegawai pemantau je. Semua benda Iman buat sendiri. Dan dia lulus dengan jayanya. Esok lusa tak berani nak janji sebab mood dia kejap ke barat kejap ke selatan. Tapi at least buleh la serba serbi sendiri.





Beg harus Ben 10 sebab beg adalah pakej dengan yuran dan buku sekolah. Makanya Iman tak buleh demand nak angry bird ka, spiderman ka.Jangan tak tau malam tadi sampai tengah malam saya dok membalut buku2 Iman.Pheewww...






Tadikan, masa taklimat puan principal ada bagitau yang tahun ni ada aktiviti bercucuk tanam,baking n cooking dan paling yang saya tunggu2 ialah kem solat. Bagus la TVC ni. tapi sekolah mana2 pun bagus jugak, kan. Yang penting pembawakan budak tu sendiri dan tak perlu dengar cakap orang

Tuesday, January 3, 2012

checklist untuk persiapan Iman

gambar lama


Khamis ni Iman dah start sekolah
hmmm..dah nak masuk 5 tahun bujang sulung saya tu
cepat je dia membesar
lepas tu masuk sekolah rendah, abis sekolah rendah ke menengah
makin jauh la sebab dia kan lelaki, mesti nak rasa berdikari
isk...isk....sian Ibu *over


saya nak buat checklist untuk persiapan hari khamis ni

> bayar yuran ~ dah

> beli buku ~ dah

> balut buku ~ belum sebab ibu malas

> uniform ~ dah siap basuh tinggal nak pakai aje

> kasut ~ pakai yang lama sebab beli masa nak konsert aritu

> stationery ~ dah (teacher bagi)

kira semua dah la cuma balut buku je belum
tengok la kalau rajin malam ni kalau tak......TIADA LAGI

Iman tetap bersekolah kat Vista Ceria
malas nak tukar2 sebab dia dah ramai kawan kat situ
lagipun ada peningkatan dalam diri dia
sekarang ni tengah bincang2 dengan En.Papa untuk naikkan van sekolah
tapi kena tengok keadaan jugak


Hmmm...saya half day kot khamis ni malas nak cuti2
kata nak simpan cuti
: )

Sunday, January 1, 2012

2012 datang

Hepi new year....(dari kami sekeluarga)


Selamat datang tahun 2012 dan bye bye 2011
semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun lepas
dan tahun 2012 adalah tahun untuk buat duit
hehehe...kat mata ada $$$$ RM..RM je


Tiap2 hari ada azam baru dan tak payah nak tunggu tahun baru
saya nak jadi lebih matang, tak mau sikit2 nangis..sikit2 nangis
kena marah ngan polis2 tu pun nangis
saya nak jadi lebih kuat semangat dan kentalkan hati ni
kadang2 saya jadi benci dengan sifat yang ada dalam diri ni
terlalu sensitif...huh..lepas ni kan, saya nak jadi keras hati sikit
kalau polis2 tu marah saya, saya nak lawan balik
ni azam ni..azam...


lain2 tu..macam korang2 jugak la
semoga hidup diberkati dan dilindungi
dannnn............... semoga Malaysia aman,damai dan jauh dari malapetaka
Aminnnnnnnnnnn....................