Dia adalah CC kat Bahagian Pengurusan
Walaupun saya tak sempat nak pegi lawat jenazah dia, tapi saya takde la rasa ralat sangat sebab masa dia sakit saya sempat lawat dia kat PPUM
Saya tak pasti apa penyakit sebenar dia
kang pandai2 kata dia ngidap penyakit A marah pulak waris dia padahal dia sakit B
arwah yang mencangkung kat tepi sekali
Kenapa saya buat entry khas untuk dia???
sebab kebaikan yang pernah dia buat kat saya
sampai bila2 saya akan kenang
saya ni jenis kalau orang baik dengan saya, saya akan kenang orang tu
macam tu jugak kalau orang tu buat jahat dengan saya
tapi saya tak berdendam sampai nak sumpah seranah orang tu atau nak menyihir
Dulu masa saya kena demam panas arwah la yang antar saya sampai depan rumah
masa tu En.Papa kat luar negeri (luar N.Sembilan)makanya tak dapat nak jemput saya
arwah jugak tak kedekut dari segi duit ringgit dan jugak rajin masak untuk anak2 buah kat Bahagian Pengurusan ni
kawan2 saya panggil dia dengan panggilan bonda tapi saya je yang panggil dia CC
saya ni jenis tak reti nak panggil seseorang itu dengan panggilan yang saya sendiri tak buleh nak sebut...korang paham kan..??
Iman cukup suka kalau nak pegi beraya ke rumah arwah sampaikan bila lalu je kat kawasan rumah arwah mesti ajak singgah
mungkin jugak Iman antara budak yang bertuah sebab tak silap saya dia sorang je yang dapat duit raya lebih dari sekali dari arwah
biasa la dari kecik lagi ibu dia dah ajar jadi mata duitan...hehehehe
arwah bagi saya tudung ni : (
kenangan saya dengan arwah masa aktiviti riadah dengan Bahagian Pengurusan
semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman....terima kasih cc jasamu itu saya kenang walau kita dah terpisah dibumi ini...
Al-Fatihah....
2 comments:
Al-Fatihah..:-(
*Jue singgah n follow
innalillahiwainnalillahirrojiuun
Post a Comment