apa kejadahnya kejap taip kejap delete
hah..korang bacer la ringkasan kes ni
Tarikh kejadian : minggu lepas (tarikh luper)
Tempat kejadian : Jalan Forest Height selepas Carrefour sebelum Econsave (hahahaha..bukan orang Seremban mesti pening)
Waktu : lepas waktu pejabat dengan kata lain selepas pukul 5
Mangsa : seorang apek yang tak berapa nak tua (dalam gambar pakai helmet merah)
Saksi utama : En.Papa (hanya untuk kes ini saja bukan untuk kes A - bukan nama sebenar)
Nampak tak tu superhero kita..boboiboyyyyy
Ramai yang tolong...tolong tengok je
saya hanya tolong amik gambar dan tipon ambulan
nak turun gi tengok tak berani sebab saya takut
mana tau dah Innalillah ke mau seminggu tak tido malam
silap hari bulan kena batu karang sebab tahan kencing *kes takut gi toilet
tapi masa En.Papa tarik apek tu ke atas dia masih ok lagi cuma kepala dan mulut je berdarah. Nasib baik la dia pakai dan ikat helmet kalau tak..bersepai kepala
uiissshhh dalam tau longkang tu..cer tengok gambar
bila dapat tau ambulan dah otw baru la kami balik rumah dengan bangganya
bangga sebab dapat tolong orang dan jadi orang pertama nampak kejadian
:8) <<< lubang idung kembang)
note : semoga apek itu selamat
pesanan : ikat jangan tak ikat dan pandu cermat jiwa selamat..ingat yang tersayang
2 comments:
nasib bkn den
hihihi
Post a Comment