Friday, May 20, 2016

tanpa tajuk


Assalamualaikum..salam Jumaat

Dah Jumaat ...esok cuti..yeayyy
tak boleh nak yeayyy ... yeayyy sangat sebab banyak benda saya kena buat
sekarang ni mama kat HTJ lagi..keadaan dia dah ok dari minggu lepas
nanti-nanti la ye saya cerita apa sakit mama... sebab buat masa ni saya belum bersedia untuk cerita kat semua orang. Kat pejabat pon tak semua orang tahu Mama sakit cuma orang-orang penting je saya bagi tau. Paling utama my bos la sebab apa-apa saya mesti mintak izin dia. Dan saya bersyukur sangat dapat bos yang memahami. Kadang-kadang tu dia siap offer sambung cuti lagi..terima kasih bos.. (macam la bos baca : D ) saya ni tak suka nak cerita pasal hal atau masalah saya kat semua orang sebab saya tak suka nak cerita ulang-ulang lepas tu saya tak suka dengan "doktor jadian" atau "ustaz/ustazah jadian". Merimaskan..itu je ayat yang mampu saya describe untuk mereka-mereka yang acah-acah professional. Macam pelik ke perumpamaan tu?? tapi itu la hakikat nya. So dari saya sendiri sakit hati atau timbul perasaan nak gigit telinga orang baik saya tak payah cerita apa-apa. Just cerita yang basic je dengan harapan dorang faham. titik


Lately ni, saya perasan yang saya jadi cepat marah cepat melenting. Taktau la sebab apa? Faktor usiakah?? Faktor persekitarankah?? atau Faktor GST?? ; p hehehhee dan yang pasti bukan faktor nak menopause sebab I masih muda lagi tau... (muda ke) hahahaha...tapi saya nak menyalahkan faktor orang di sekeliling saya. Boleh??? korang bayangkan la dalam sehari tu kita banyak menghabiskan masa kat pejabat dan kalau kawan-kawan pejabat tu menyenangkan takpe ini... alahaiiii sabar lah wahai hati. tak semua ye..maksud saya ada individu-individu yang kadang saya rasa patut di terminate perkhidmatan dorang. Seriously... kalau la saya bos memang abes la dorang. kadang tu saya berangan nak jadi bos.. baru padan dengan muka dorang. Nampak tak kat situ.. ada ciri-ciri gila kuasa..hahahah...dalam sakit hati sempat lagi berangan. Kau mampu ; p
Tak semua dorang ni teruk sangat perangai..ada tu senasib saya jugak. Ibarat kata pepatah.."wakenabeb" atau pas aku.. akuuuuuuu jugak (baca dengan gaya mulut muncung ke depan)


Tapi, takpelah saya sentiasa berpegang pada prinsip yang saya ubah sendiri.."arini aku susah..orang kenakan aku..esok2 aku senang dan kau tunggu la nasib kau". Bukan niat balas dendam tapi ia lebih kepada pujuk hati sendiri. Time kat opis je pujuk hati balik rumah kang pot pet pot pet meluah perasaan kat En.Papa..dia layankan aje. Lepas penat pot pet pot pet rasa lega dan teruskan kehidupan macam biasa. : D


Dah baper perenggan entry ni sampai sekarang still tak dapat tajuk yang sesuai. Sila jangan kecam ye sebab I ni blogger sendu je..eheh... Saya memang suka menulis dan saya jugak bukan penulis professional walau minat terhadap penulisan tu ada.  Dulu masa sekolah rendah saya dah ada diari sendiri. Saya akan cerita apa yang berlaku hari tu dan ianya kekal sampai saya menginjak dewasa..pergghhhh ayat..rasa nak tampar diri sendiri..hahhaha..so, bila saya tau pasal dunia blog saya beralih ke sini pulak tapi tu la...kejap ada kejap takde. Ha yang ni boleh salahkan faktor usia sebab makin tua makin malas nak mencoret. Dulu..masa tingkatan berapa saya pon tak ingat.. saya pernah tulis cerpen dan saya pernah tunjuk cerpen saya tu kat cikgu BM saya (nama lupa). Cikgu tu kata saya ada bakat menulis tapi kena asah lagi bakat tu sampai jadi pandai. Tulis merapu bahasa pasar boleh la cikgu oiii... nak bersastera memang kena amik masa la. Dan sekarang..my big bigger bos asyik dok tala saya  buat teks ucapan untuk perhimpunan atau apa-apa event pejabat. Ye kadang tu idea saya memang melimpah ruah dan ada masa tu otak saya jadi tepu..langsung tak boleh nak create ayat-ayat power. So..... penyelesaiannya adalaaaahhhh...kita tanya pakcik google. Nasib la kan. Ingat senang ke nak cipta ayat-ayat manis sampai orang terkesima dengan apa yang kita tulis.


Itu je untuk entry kali ini..sekian terima kasih : )


nota kaki :

> big bos - ketua bahagian

> big bigger bos - bos kepada ketua bahagian

No comments:

makcik bawang