Wednesday, June 8, 2016

Salam Ramadhan 1437H

Salam Ramadhan..hai semua

hari ni dah 3 Ramadhan..kejap je ek. Tahun ni Ramadhan saya serba sederhana je. Lagipon Mama masih kurang sihat. tahun ni pon saya kurang amik tempahan popiah sebab partner saya pregnant.
kiranya tahun ni biasa-biasa je. Dan walau biasa-biasa, saya tetap bersyukur sebab masih mampu berpuasa. Setakat ni saya belum jengah ke PARAM lagi. Semua masak sendiri. Cuma beli roti bom je sebab roti bom ka PARAM Tmn Desa Dahlia memang sedap. Dua kali tau saya repeat beli : )


Untuk puasa pertama saya masak :- sambal udang dan sup sayur

Hari kedua pulak :- daging masak kicap dan bendi berlado


Gambar takde eh sebab entah kenapa tak boleh transfer dari phone saya ni. Maklumla..enpon murah je..hasil untung jual popiah ...hehehehhe


Hari ni saya plan nak masak tomyam putih, sotong goring kunyit dan ikan cencaru bakar. Gullppp telan ayaq liuq...sedap mehhh. Senang kan masak sendiri, sebab sahur tak payah nak keluntang keluntang masak semua....cuma panaskan je. kot nak tambah goreng telur je. Saya rasa seronok bila dapat masak juadah berbuka untuk family. Best sangat. Rasa macam mak-mak sangat...hihihi walau penat tapi seronok. Sapa yang seangkatan dengan saya mesti dapat rasa apa yang saya rasakan. Biar lah orang cakap kita ni mak-mak. Janji family kita kenyang dan puas hati.


ok lah..untuk semua..selamat berpuasa, berbuka puasa dan bersahur. Bersederhanalah dalam berbelanja ye. Sungguh skema ucapan penutup saya ; p

No comments:

makcik bawang