Monday, March 11, 2013

sementara nak besar


Kesian manja...arini demam dia dah kebah
dapat la saya datang keje
tadi called kak Saba (pengasuh), dia kata Ammar ok cuma dia makan sikit je
dari membulat jadi kurus budak sorang ni
dan menjaga Ammar masa dia demam adalah menguji kesabaran
kali ni bukan demam biasa2 tapi demam plus sakit kaki tangan dan mulut sekali
pakej yang lengkap
oh ada lagi...dapat asma jugak
kesian..merengek aje
start Khamis tu lagi saya dah amik emergency
pastu sambung pulak Jumaat tu
direct sampai Ahad
bunyik macam nikmat aje bila cuti panjang
tapi cuti hanya untuk jaga anak


Jumaat pagi dalam pukul 1 lebih gitu bergegas kami anak beranak bawak Ammar amik neb
masa sampai kat klinik tu hanya kami je so idak ler nak tungu giliran
tapi bila masuk je bilik doktor kena pulak ngadap doktor yang blur
blur sebab dia pisat2 baru bangun tido
sabar aje la...
cek ala kadar dia suh amik ubat je
saya dan En.Papa terpinga-pinga tengok muka doktor tu
kami tetap tak berganjak sebab nak tunggu doktor tu buat keputusan
bila tengok kami tak berganjak barulah doktor tu buat keputusan nak bagi neb kat Ammar
kalau setakat bagi ubat je kat umah pon ada, kannnnn
agaknya serba salah doktor tu
satu lagi mungkin dia masih mamai tu susah nak buat keputusan
hihihi...nasib ko la doktor

siang tu keadaan dia masih macam tu jugak
taknak makan, taknak minum dan taknak menyusu
risau pulak saya
asik merengek je
yang Iman pulak bila geng regu dia tak sihat masa tu dia amik kesempatan menyakat adik
kejap2 dia tiup telinga kawan tu
bila kena marah dia buat hal dia
pastu sambung balik tiup muka kawan tu
Ammar pulak jadi sensitif
tak buleh diusik langsung


bila tengok keadaan Ammar tak elok jugak kami bawak jumpa doktor Liu
doktor pakar kanak2
memang doktor ni bagus dan anak2 saya serasi dengan doktor ni
dalam dok serasi tu ratusan jugak melayang
takpe...demimu anak..ku relakan aje
eceh
petang tu saya tengok Ammar dah gigil2
mungkin sebab satu ape pon tak masuk dalam perut dia
gigil lapar mungkin
called Su tanya pendapat dia
sms Cik Puan dan Mek mintak pendapat
semua suruh bawak pi hospital
petang tu jugak gi Hospital Mawar
kebetulan Su laki bini keje situ
so tak payah la amik nombor

masa doktor cek Ammar saya tunggu kat luar
dalam pada dok tunggu tu ketaq lutut gak la
antara nak nanges dengan tidak
tak sampai hati bila tengok anak kena cucuk sana sini
dan alhamdulillah Ammar tak masuk wad sebab badan dia cukup air
syukur sangat2....

tu la kan sementara nak tunggu anak2 besar macam2 dugaan
duit tu untuk kecemasan bila anak sakit
kalau mampu amik insurans
samada insurans tuk perlindungan ataupun pendidikan
dan semua tu saya dah siapkan untuk anak2 saya
saya nak yang terbaik untuk anak2 saya
berhabis untuk anak tak salah, kan

makcik bawang