Friday, June 6, 2008

3 hari kat kampung

1 Jun 2008 - Memula gi kenduri kat depan umah Atok. Ada 2 psg pengantin. Hmmm... meriah jugak kenduri kat kampung. Siap makan hidang lagi.Xde buffet mcm kat bandar atau hotel. Yang best nyer siap hidang dalam talam lagi. 1 talam utk 4 org. Lauk2 dia ok not bad. Tapi kan saat2 yg paling kelakar ialah bila pengantin di 'dera'. Memula tu pengantin sanding kat halaman umah kiranyer dorang bentang tikar pastu letak kerusi plastik. Salah sorang kawan si pengantin ataupun sesape geng rewang akan bagi pengantin minum air tongkat ali power root (utk pengantin lelaki) pengantin ppuan lak minum air kacip fatimah. Haaa amik ko... merah padam muker pengantin. Tahan malu.Riuh rendah time tu. Pastu tu upacara bukak hadiah lak. Kotak punyer la besar pastu balut ngan kertas surat khabar. Bila bukak ada 1 balang gula2. Time ni x kira mak orang ker bapak orang ker semua berebut nak kan gula2 yg pengantin lempar tu. He he he saya terkecuali tau. Malu la.... Dah settle g menyibuk kat umah kenduri depan umah Atok saya gi la kenduri kat umah mak sedara kat Bagan Serai. X jauh cuma 15 minit je kalu naik keta. Kiteorg saje pilih umah mak sedara ni last sekali sebab buleh dok lame2 ye lah umah sedara kan.. Kenduri nyer simple je sebab anak lelaki. Petang nyer x de ape2 aktiviti cumer my husband gi mancing ngan adik lelaki saya. Huh berseri-seri muker my husband sebab dapat lepas gian. Ye lah dah dekat setahun dia x gi mancing sebab saya mengandungkan si Iman. Hasilnyer dapat ikan sepat ngan puyu. Sedap tau kalu goreng garing2.


Ni la hasil tangkapan dorang.

2 Jun 2008 - Pas Zohor kiteorg bertolak gi Penang. Kali ni pun bukan tujuan nak gi mkn angin tapi gi umah mak sedara my husband. Kiteorg panggil dia INDUK.Umah dia kat kuarters TUDM Butterworth. Jamu laksa penang lagi.Fuhhh ini sudah bagus. Sedap tu

Tgk la ni betapa kusyuk nyer dorang menikmati laksa
Lepas borak2 perut pun kenyang kiteorg pun apa lagi blah la. Memula tu nak balik je tapi disebabkan saya teringin sgt nak mkn nasi kandar so kiteorg pun gi ke Pulau Pinang. Nak ke Pulau ni kiteorg pilih naik feri jek. Saje nak bawak Iman merasa naik feri. Huih kemain lagi dia bila tgk ombak. Sempat jugak possing atas feri sebagai bukti. Kalu citer jek x best. Yang x syok nyer tu hujan pulak. Hmm.. dok dlm kereta je pi mai pi mai tang tu jek. Tapi nasi kandar "MESTI". Huhhh sedap tu... kiteorg pilih Restoran Nasi Kandar Subaidah. Lebih kurang kul 9 lebih kiteorg pun balik semula ke umah Atok. Kali ni ikut jambatan pulak.





Nyam nyam... nasi kandaq Penang mari

1 comment:

ietams said...

ala.. sob, terliur la aku tengok makanan yang ko tepek ni... lapo rasa .. sedappp nye..

makcik bawang