Tuesday, March 31, 2009

makan-makan kat kenduri

Wiken (Ahad) saya mcm malas nak masak
kejap bukak peti ais,kejap katup
pastu menung
tengah dok menung pikir nak masak aper Mama call

"Long, ko nak ikut gi kenduri cik Angah x?"
cik Angah ni jiran Mama iaitu omak kepada pengantin pompuan
"nak..Mama jemput orang eh"
"ha,kul 12.15 ko dah siap tau, xmau baru hegeh2 baru nak mandi la...bla..bla.bla.."
"yer lah"

zup zap zup zap dah siap
tapi Mama mai kul 12.30
penat jer acik siap awal2 sampai berpeluh nunggu
ohh....kosan eh ada kawan Mama (nama x ingat) mau tumpang jugak
lupa lak nak bgtau, Ahad lepas tu kira bertandang ke umah lelaki la
lagipun umah lelaki dekat area Senawang jugak, nun kat Taman Kemuning
umah cik Angah ni kenduri dia minggu lepas



pelamin dia cantik dan simple



pengantin nak bersantap
akcelikan pengantin pompuan ni kawan saya masa kecik2 dulu
kawan-kawan sama ngaji
x silap saya umur dia sebaya ngan Maksu Iman, 24 tahun




depa guna khidmat katering
ok la lauk dia



lepas kenduri ni saya pi kenduri kat Taman Tasik pulak
kiranya sehari tu sampai 2 kenduri kami pi
kira Ahad lepas adalah hari gantung periuk belanga
sebab malam tu pi makan kat kedai pulak

No comments:

makcik bawang