Wednesday, November 25, 2009

lawatan sempena 5S

Korang pernah dengar 5S??
ala...yg sisih, susun entah apekebenda lagi tu la...
kat Jabatan saya ada buat kempen 5S ni
jadinya Bahagian saya ni pun nak try nasib jugak la..namer tau berkat sempena saya mengandung ni kan..
ewahhhhh.. perasan
dapat la sijil 5S tu...
maunya tak bangga saya selaku kakitangan kat Bahagian ni
pi cafe idung kembang...pi toilet idung kembang...pi mana-mana majlis anjuran Jabatan pun idung sentiasa kembang dan last-last tak buleh kuncup lak idung ni...
ah sudah...Papa Iman dah tak kenal lagi bini dia ni sebab idung dah berubah bentuk :p

Rehat tadi saya dan jugak wakil-wakil dari Bahagian ni pi buat lawatan sambil meniru
bukan sambil belajar yer sebab kami nak tiru sikit idea Bahagian Tribunal Rayuan Kastam (TRK) ni
depa dapat sijil pengiktirafan 5S
saya guna TRK jer la yer
lotih nak taip panjang-panjang

TRK ni kat bangunan MOF tu je
tapi pi naik kereta sebab kemalasan nak berjalan kaki
tapi serious wa cakap lu..... memang cantik kebabom la opis TRK ni
sampai kan bila kami sampai jer kat situ macam..... wahhhhhhh!!!!!
uiiiissshhhhhh!!!!!!
jakun seketika
tersusun, bersih,luas dan patut la depa dapat sijil tu
tabik toing...toing la....
staff pun peramah...i like....
yang pasti...dapat makan mee kari free lagi
huhuhu...itu agenda pertama :)





^
^
^
^
ni sudut 5S
^
^
^
^
makna 5S
selalunya saper pernah keje kilang Jepun tau la
eheh..acik kan pernah jadik minah karen kat kilang Jepun
so acik tau la sikit-sikit
^
^
^
^
VVIP tengah sign tu :D
Sila layan gambar-gambar saya dan kawan-kawan
patut ramai yang ikut rombongan ni tapi ada yang pi court la
pi meeting la
big boss takde sebab dia dah balik kampung nak sambut raya aji

^
^
^
^
saya kat dalam kandang saksi


No comments:

makcik bawang