Sambung balik pasal aktiviti kat Melaka
biasala saya kan suka buat entry berepisod
korang taknak bacer korang punya pasal.....
Malam tu ujan renyai2 je
nak tak nak redah je
payung kan ada
dalam hati doa biarlah ujan ni berhenti
dah lama dah ngidam nak naik cruise ni
tak silap saya la kan...jeti cruise ni kat Taman Rempah
kalau silap maaf yer..orang Melaka tolong betolkan kalau saya silap
akhirnya tercapai gak impian saya ni
Berempat....best rasanya..lengkap jer hidup ni
kembang kempis hidung saya biler dapat naik cruise ni
kalau korang nak tau..gambar2 ni semua dari kamera Pakngah Iman
korang tau kan kamera saya tu tunggu masa je
jadi..takde rasa ralat sebab takde bukti atau gambar kenangan saya kat Cruise ni
kalau takkk......huwaaaaaa...tak lengkap rasanya percutian saya ni
heheheh..banyak citer lak kan
ni je yang saya dapat tepek
malas nak upload banyak2
tapi saya memang bagi pujian setinggi Gunung Everest la
memang cantik pemandangan malam tu
dengan suasana bangunan lama yang dihias dengan lampu yang colorful
pastu penerangan lengkap melalui CD yang pakcik 'drebar' cruise tu pasang
ada 2 versi lagi..Ahmad Termimi untuk versi Bahasa Melayu dan
ntah saper2 ntah untuk versi Bahasa Inggeris
siap ada lagu dondang sayang lagi
saya buleh abaikan bau air sungai tu sebab leka tengok pemandangan kat situ
huhuhuhu........ kalau siang acik tak tau la pulak camner pemandangan kat situ
cantik jugak kot
bagus la orang yang bagi idea kreatif macam ni
tepuk...tepuk...untuk dia
macam nak pegi lagi la
tak puas
hehehe.... "banggggggg..... jom pi lagi jom..." (ayat menggoda paling manis sambil pintal rambut)
korang pegi la...siok la...tatik...tertarik ko memang da bom
perjalanan dia ada la dalam 40 minit kot
sekali lagi kalau salah sila bagitau jangan kutuk belakang eh
acik ni orang biasa je kot tersalah info tu mahap kan ler
agak2 la saya dok promot Melaka ni..... dapat pingat tak??
hhihihi.. Puan Sri wanabe
No comments:
Post a Comment