Monday, April 11, 2011

makan kat luar

Semalam....tak tau nak ke mana..tak tau nak buat ape
En. Papa sajes gi PD...hahaha..dia ajak makan luar tu wok
makan luar tu maksud dia, bawak makanan dari rumah pastu makan anak beranak dalam kereta..kenapa??korang tak caya eh kiteorang makan dalam kereta tapi kat luar umah..hehehe
bukan waktu siang tau, tapi lepas maghrib kami ke PD..amacam..??? best tak idea kami..?? (angkat kening)....cuba korang buat..mesti best...Ini adalah kali kedua kami makan dalam kereta kat tepi pantai...hahaha...



gambar hero saya dulu...dia la paling xcited...dan dia la paling banyak kena kata2 peringatan dari Ibu dia. Korang bayangkan la..dia sengaja guling2 atas pasir.Dah macam kuch kuch ho ta hei la pulak. Buat2 la terguling la, terjatuh la, tak sengaja la...ada je...



Anak dengan bapak...



hehehe..bukan bermaksud nak mempoyo cuma nak bagitau yang Exora juga buleh dijadikan tempat berkelah.hehehe





Selera sungguh kami anak beranak makan malam tu. Dah makan nasik, makan sate pulak. Alah korang, sate Hj. Samuri je. Kat PD pun ada cawangan dia. Air satu tong besar tu untuk kegunaan basuh membasuh. Sesiapa yang lalu kat situ mesti pandang kami sekeluarga. Mungkin heran kot. Nak kata pantai Batu 4 tu kecik tak jugak tapi dalam kereta jugak kami pilih untuk berkelah.hehehe....kami kat situ pun bukannya lama mana pun. Sekadar nak menikmati makan malam dalam kereta dan ditemani angin laut selat melaka tu. Memang best. Lepas ni kalau agak2 boring ke PD la destinasi kami. Kalau ke soping mall mesti duit habis, so kalau buat aktiviti macam ni, duit pun tak banyak keluar. lagipun dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan...Akhir kata...SAYANGI LA KELUARGA ANDA... : )

3 comments:

Anonymous said...

meriahnye berkelah di tepi pantai...tak ajak pun..hehehe

pasni lau p tpt best2 jgn lupa ajak ain sekali ye..huhuh

ina's said...

aien-insyaallah..nnt join sekali yer

ietams said...

bestnya..

makcik bawang