Tuesday, May 3, 2011

ke presint 18



Cer teka...cer teka...anak saper yang jadi butterfly tu??? hehehe..poyo kan..main teka teki pulak. Sabtu lepas saya ke Presint 18, Putrajaya. Huh....siap alamat tu. Saya ke umah As sebab nak amik barang. Macam biasa la korang....amik CCPP la. Padahal kat Seremban ada je jual menda alah tu. Saja drama nak jumpa As..syyyyy..jangan bagitau En.Papa yer sebab saya bagitau dia kat Seremban susah nak cari lagipun mahal.Hahaha....bukan bohong sebab dia tau tu alasan je.



Rindu giler dengan As. Dapat jumpa sekejap pun dah ok. Kami tak dapat nak lama2 kat umah As sebab asben dia keje. Tak siok pulak En.Papa takde geng. Dia nak bawak gi lepas rindu dendam pun dah ok. Iman toksah cakap la keeksitedan (ayat ape??) dia bila saya bagitau nak gi umah As. Kemain semangat lagi. Semangat nak berkawan..biasa la korang..Mana nak tumpah kuah kalau bukan ke nasik : )

Cer korang tengok umah As. Cantik dan kemas je. Tak macam umah ada anak kecik. Suka je saya tengok. Ingat lagi masa sama2 keje bawah satu bumbung dulu, sama2 mentelaah buku impiana. Sama2 cari barang hiasan. Sekarang dah tak macam tu lagi. Terus semangat tu hilang. Saya pun dah stop dengan hobi mentelaah buku impiana dan cari barang perhiasan rumah : (
Dan sekarang semangat tu dah datang sebab cemburu tengok umah As yang cantik tu. Cemburu secara sihat la.....


Lepas lepak2 dan bergosip-gosipan, saya ajak En.Papa ke sini (Atas)..... dari dulu dok perati je. Akhir nya sampai jugak. Hehehe...ketinggalan kan. Jenuh jugak nak baca peristiwa2 yang terjadi kat Malaysia ni sampai ke tahun 2000. Saya cuma baca sikit2 je. Kalau korang tanya sekarang kompom hilang ingatan. Dah dimamah usia la katakan ; p



Haip!!!! Jangan pandang perut muncit saya tu.



Agak kebosanan kat situ kami ke Dataran Putra pulak. Saja nak tinjau2 expo ntahapekebendantah. Pandang2 sekali lalu je. Takde nafsu nak membeli sebab cuaca terlalu panas. Sampaikan nak makan pun susah nak pikir. Last2 kami turun kat bawah masjid tu je. Saya makan nasik ayam dan En.Papa makan nasik goreng seafood. Budak2 awal2 lagi saya dah bagi makan masa kat monument tu.Saya bawak bekal sup ikan untuk anak2 tercinta tu. Bangun awal tu wok. Semangat punya pasal. Dalam pukul 3 lebih kot kami gerak ke Seremban dan pada petang yang sama jugak kami terus ke Kuala Pilah, kampung En.Papa bersama-sama MIL. Esok tu ada kenduri. Gitu la aktiviti kami sempena cuti 3 hari cuma hari Isnin je dok kat umah untuk operasi kemas rumah. Semangat mengemas tu datang semula lepas balik dari rumah As ; p

No comments:

makcik bawang