Monday, June 6, 2011

jumpa retis





Hadoiiii...naik ketaq lutut, kelu lidah bila dapat jumpa in person si idaman hati....hahahha..Itu sebab la saya tak mau lama2 kat kenduri. Nanti terlepas nak tengok pujaan hati. En.Papa??? hehehe..kesabaran la pakcik tu melayan saya tengah syok sendiri. Dia pun tau bini dia memang dari dulu agak over sikit bila jumpa retis ni ni. Nak pulak pujaan hati, harus la terhegeh-hegeh.


Dari 2 minggu lepas lagi saya dah set nak pi tengok Remy Ishak ni. "Menggelintin" saya bila bace kat bunting yang pihak Giant Senawang dok gantung tu. Siap cakap "walau apa terjadi, orang nak jugak gi tengok Remy Ishak"...huhuhu


Saya siap2 janji dengan Ain nak pi tengok sama2 : ) Dan dengan penuh kesabaran la dia melayan keoveran saya ni. Anak2 pun tak buat perangai seolah-olah memahami yang Ibu dia tengah over. Kalau saper2 pi Giant semalam kalau nampak ada sorang perempuan tolak troli laju2 tu sila maafkan dia.



Mereka yang memahami : )





Masa ni majlis penyampai hadiah berupa set barangan Dashing dan jugak tiket wayang filem Nur Kasih. Hahaha...Jangan tak percaya yang acik sorang ni menang tiket wayang tau. Tak percaya??? nak kena lepuk baru percaya????hahahaha......gini soklan tu yang buat saya tanpa segan silu angkat tangan....

Remy : bla..bla..bla... siapa pelakon yang pegang watak Ibu saya dalam filem Nur Kasih atau Nur Kasih da series???

saya : *angkat tangan dengan harapan Remy berpaling pandang ke arah saya sambil cakap dalam hati - pilih la saya wahai Remy...*wink

Remy : ha yer akak....

Isk...isk..muda cenggini ko panggil akak, Remy.....oooo nevermind...mak taksentappon

Saya : Liza Othman (sambil buat muka paling ayu)

Remy : betulll....

Tiket bertukar tangan dan saya tersengih-sengih tanda puas......hahaha



Sesi otograf dan bergambar dengan Remy. Saya malas nak beratur panjang sebab dah dapat tiket dan dapat tengok muka dia pun saya dah cukup puas hati. Lagipun Ammar dah bagi hint yang dia nak tido. Hehehe..balik tu terus urat rajin timbul dan menjadi tanda tanya En.Papa sebab selalunya mesti nak tido atau layan tv. Ini tak, terus tukar baju kemas rumah dan basuh bilik air. Ini semua penangan Adam A.K.A Remy Ishak...lalalala....lebiu...hikhikhik.



note : tengah berkira-kira nak ajak En.Papa dating tengok Nurk Kasih The Movie untuk kali kedua nya.... ;) Rasa macam nak ponteng je ; p

4 comments:

MayaYunus said...

aku leh bygkn muka ko yg menyengih² ala² malu tucen kat RI tu puan oiii,.,,,hek³

yaty minhad said...

hahah..mesti berbunga2 dlm ati kan sob dpt jumpe artis pujaan tuh!..aku bile la nak dpt 'face to face' ngan ANUAR ZAIN...hehhehehe

ina's said...

maya:tau xpe..berbunga hati ni

yaty:ooo ko minta AZ

ietams said...

woho!!
tahniah puan, dpt jumpa pojaan artis ko in person..

makcik bawang