hehehe..dasat sungguh tahap kemalasan dan kebizian saya ni
Korang tau kan hobi En.Papa cayang mucuk saya ni adalah melayan motorcross
makanya hobi tu otomatik terpalit kat saya dan anak2
cewahh ayat terpalit tu tak menahan...hihihi
cuma hobi saya je belum terpalit kat dia lagi ; p
saya dah lupa la bila kami pi join family day geng2 scrambler En.Papa ni
yang pasti tahun lepas iaitu tahun 2011
mahap...mahap sebab lupo tarikh
faktor umur sebenarnya..hehehe
Lokasi pilihan kali ni adalah di Kemensah
saya pun 1st time dengar nama tempat ni dan rupanya Kemensah ni terletak nuuuuuuuuuunnn kat Zoo Negara
kalau saper2 dah biasa pegi Zoo Negara mesti tau kat maner Kemensah ni
memang lalu la depan pintu gate Zoo Negara
Pihak yang menganjur dah booked chalet Celi dan saya amat berpuas hati dengan keadaan kat sini ....tenang..nyaman..murah
jangan ditanya harga untuk sewa chalet, tapak atau segalanya berkenaan chalet ni
faktor usia melebihi segalanya ; p
usia jugak disalahkan hehehe
macam ni la, kami sewa satu kawasan chalet dan collect sorang sikit termasuk bekpes, lunch dan makan malam..kenyang sehingga perut membuncit..hehehe
Kami dari Seremban lepas Subuh dan dek sebab jalan lengang giler makanya awal la kami sampai...
ingatkan kami la antara yang terawal rupe nya ada yang lagi awal dan ofcoz la cip program sampai dulu sebab nak pastikan semuanya ok
Dipendekkan cerita, lepas pilih chalet masing2, sesi berkenalan dan bekpes para peserta bersiap sedia untuk acara meredah hutan .......errr...hutan.....*again...lupo
yang pasti dorang masuk dari hutan Kemensah dan akan keluar kat UIA
tempoh penjelajahan memakan masa satu hari itu pun kalau takde masalah macam motor rosak atau hujan kalau tak....malam baru keluar
itu pasal la dorang masuk awal pagi
weng...weng...weng...*bunyik motor yang ditokok tambah
Makanya tinggal la para isteri dan anak masing2 dengan doa dan harapan semoga para suami dilindungi serta selamat pegi dan balik
Iman dan Ammar yang tak sabar nak mandi jeram
dan jeram yang dipilih adalah paras buku lali saya dan paras lutut untuk dorang
air dia....sejuk sangat
hmmm korang..selain mandi manda aktiviti makan jangan dilupe sebab dah dibayar awal2..
rugi wo....
lepas makan mandi lagi..lepas tu makan lagi kiranya makan..mandi..makan..mandi
sambil makan saya berkenalan dengan isteri2 kawan En.Papa
takut nanti dikatakan sombong pulak
dan dorang sangat best sebab sporting dan tak sombong
bila dah penat masuk chalet dan zzzzzzzzzzzzzzz (tido)
bila dah penat masuk chalet dan zzzzzzzzzzzzzzz (tido)
memang asyik la tido kat sini
siap mimpi2 lagi
bbq adalah bapak segala aktiviti
jangan dilupa aktiviti ni sebab ia berkaitan dengan MAKAN ; )
gambar tunggang langgang
dan inilah dia chalet tempat kami menginap
Keesokkan harinya tu sebelum balik harus menyinggah zoo
kalau tak menyinggah Iman dan Ammar akan meroyan
best gila naik benda ni sebab ni 1st time cuba
nak bawak sendiri takut makanya jadi pembonceng la
rupanya kalau masuk ke dalam lagi banyak chalet2 termasuk la chalet jinbara
ala kumpulan jinbara la yang nyanyi lagi kasihnya laila tu
tapi Chalet Celi jugak yang terbaik sebab lokasi memang cantik selain bersih
pekerja chalet akan datang kutip sampah pagi dan petang
hmmm...air kat toilet pun dorang guna air jeram tau
bayangkan kalau tengah tido malam2 tiba2 rasa nak terkucil
sejukkkkkk....trrrrrrr *sound efek sejuk menggigil
rasa macam nak pegi lagi je
lagi best kalau pegi dengan kawan2 yang sekepala
ada jugak plan nak pegi dengan adik beradik tapi taktau bila
masing2 membizi
kalau nak no.phone chalet ni korang tengok kat gambar yang pertama tu
kot tak nampak cer google
ada kot ....
No comments:
Post a Comment