Tuesday, March 27, 2012

aktiviti semasa kursus part 1

Ni part 1 tau
saya update pagi2 ni sebab si Ammar belum bangun tido lagi
En. Papa dah gi keje dan Iman pun dah ke sekolah
segala keje umah saya dah siapkan makanya update blog la keje saya
best jugak kan kalau jadi suri rumah ni...hehehe


Dah nama kursus ni KURSUS TEAM BUILDING PEGAWAI AWAN NKRA
makanya segala aktiviti lebih kepada secara berkumpulan
ada tujuh kumpulan semuanya dan setiap kumpulan kena letak nama untuk kumpulan masing2, buat bendera kumpulan dan lagu kumpulan
nama kumpulan saya adalah kumpulan ceria
sebab ape nama ceria..?? sebab kami semua kaki gelak
memang best la kumpulan ni selain semua ahli kumpulan yang sporting dan happy go lucky



horeyyy kami berjaya!!!!
tugasan untuk kami adalah membina piramid paper cup tanpa menggunakan tangan
hanya tali dan getah digunakan
tak buleh pegang2 tau...pandai2 la korang satu kumpulan untuk bina sampai jadi macam tu
banyak kali jugak tak jadi tapi berkat usaha dan kerjasama akhirnya kami berjaya



lepas tu ada tugas untuk kami mencari tiga tarian tradisional dalam Malaysia dan tiga seni mempertahankan diri dalam Malaysia
international tak main arrr....
kami pilih joget melayu, tarian cina guna kipas kertas dan tarian sumazau
untuk seni pertahankan diri kami pilih silat dan..... ala lupe la tapi yang pasti seni pertahankan diri orang cina la...hehehe..faktor usia buat saya lupa ; p
macam2 ragam buleh tengok masa tu
dan tugas kumpulan saya hanyalah gelakkan orang
hehehe....gelak sampai lupe hal keje


masa untuk siapkan bendera kumpulan dan cipta lagu kumpulan
dek sebab nama kumpulan pun ceria makanya bendera pun mesti menggambarkan keceriaan kami..ada gambar pulau langkawi dan laut
lagu pulak kami ciplak dari lagu Alif Satar



korang buleh buat satu paku buleh pegang sepuluh batang paku??
hehehe...masa 'fasi' bagi tugasan ni saya macam ingat2 lupa sebab masa kat INTAN dulu pernah buat dan macam biasa lah korang...penyakit lupa
memang susah sebab kena bawak paku tu ke pihak A dan A akan bawak ke pihak B kendian bawak pulak ke 'fasi' masing2
sementara nak ke sana ke mari tu, baper kali la pulak jatuh
saya memang tak berani nak pegang paku tu sebab tangan ada gigil sikit
nak kata ada parkinson, takde la pulak
mungkin darah gemuruh kot ; p


paling tak buleh lupe kami belajar kawat subuh2 alam
best dan pengalaman baru untuk saya
gambar takde la korang sebab subuh2 dalam keadaan gelap dan mengantuk takde nafsu nak bergambar
banyak lagi kenangan dan aktiviti saya kat sana
saya nak masak dulu sebab bila masak awal2 senang nak lepak2
nak tido ke nak update blog ke
nanti bila saya free saya update lagi yer
semangat nak update tengah membara ni


hmmm..saya plan nak masak gulai ikan....ikan...tak tau nama ikan ; p
tapi yang pasti gulai ikan dengan terung peluru..ala terung bulat2 kecik tu
rindu nak makan gulai cili api sebab kat sana makan kari je
tata korang... : )

No comments:

makcik bawang