Friday, March 9, 2012

Buang ibu di hotel bajet

ihsan - mymetro

KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya.






KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.
Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya






~ sampai hati anak dia...kita pun tak tau macamana nasib kita nanti .... moga2 takde la jadi macam ni...~

2 comments:

my heart said...

ini anak yg tidak ader hati perut&otak..esk2 dah tua barulah dia tahu nasib dia...

Unknown said...

As salam Kak Ina,

MAr pun sedih dgr berita ni... Sampai hati anak dia kan... Tapi kite pun tak tahu ape masalah ank dia, doa yg baik2 je... Semoga Allah buka pintu hati dia untuk berubah & jemput ibu die balik... Alangkah ruginya anak die tu... Doa ibu sangat dahsyat umpama doa nabi...

makcik bawang