Monday, December 24, 2012

untuk kita aje

Dah seminggu pon besday Iman baru arini dapat publish
banyak sangat dugaan..cobaan
lagipon besday party ni bukanlah besar-besaran
hanya tertutup untuk adik beradik, sepupu sepapat,pak sedara dan jiran sebelah pintu
jiran depan pintu, jiran belakang dapur, jiran langkau sepintu memang saya tak jemput
besday party Iman ni dibuat secara terkejut..mengejut..tetanjat
ni pon atas permintaan tuan punya besday
amboiii..baru 5 tahun permintaan kemain lagi
tapi nasib baik dia tak mintak buat kat mekdi atau mana2 tempat fast food
kalau kat tempat2 macam tu mana buleh time tu ko nak time tu jugak ko gi booking
buatnya dah ada orang lain yang booking??
kan ke haru biru


dek sebab majlis pon sangat la simple dan tertutup makanya menunya pon sangat la simple
saya hanya siapkan mee hailam dan naget aje
kuih muih semua disponser oleh Mama dan Kak Teh
untungkan ada family dok dekat2 ni
lain kali buleh la buat majlis terkejut mengejut ni


Kebetulan bulan Disember adalah bulan besday untuk Adam (baju hijau), Iman, Kak Teh dan MIL



ni bukti majlis untuk kita aje
semua yang datang dikalangan sedara sedarat
tak ada kawan2 rapat
selalunya Cik Puan la tetamu saya tapi kali ni saya tak jemput dia
sori sangat2 kat kawan2 yang lain jugak sebab majlis kali sangat2 la simple dan tertutup
jiran2 pon takat lalu dan amik bau aje
hehehe...
lain kali eh kalau ada rezeki

No comments:

makcik bawang