Tuesday, April 9, 2013

air panas...ayaq hangat


Ehhh...kaki sape ni??
eceh...buat2 tanya pulak
ok..nak stori pasal minggu lepas kami pi mandi air panas
bukan air panas kat Pedas tu tapi ni depan sikit je dari Pedas
kat Chengkau, Rembau - Rembau most wanted..yawww
hihihi - cubaan buat lawak bodoh


Air memang panas semulajadi
mula2 tu korang akan rasa panas sampai tak sanggup nak masuk kaki
tapi lama2 rasa panas tu akan hilang
bukan tak panas langsung tapi akan rasa suam2 gitu
FYI... air panas Chengkau ni tak sefemes air panas kat tempat2 lain
rasanya pemiliknya memang tak komersialkan tempat ni
hanya penduduk tempatan je tau tempat ni


kalau nak ke sini, korang akan jumpa Sekolah kebangsaan Chengkau
dan bila sampai je sekolah tu sila perlahan kenderaan korang sebab simpang nak ke air panas ni tak jauh dari sekolah
kalau dari Seremban simpang dia belah kiri dan kalau dari Tampin simpang dia belah kanan
maknanya sebelum sekolah
jarak dari Seremban lebih kurang 35km kot
tak jauh mana pon
harap korang paham dengan penerangan saya ni



Iman memang berani sebab dia siap berenang dan menyelam lagi
kalau buleh tiap2 minggu dia nak mandi kat sini
korang tengok la...siap bukak baju lagi
saya yang tua bangka ni pun tak tahan panas
mandi sikit2 sudah
janji basah
hehehe.....

masa kiteorang pegi tu, ramai jugak yang datang
ada yang datang dari Seremban
kebanyakkan yang datang semua ada masalah sakit2 badan, sakit2 sendi
nanti kat bawah saya share kebaikan mandi air panas semulajadi ni eh
korang kena baca sampai bawah
tak baca korang rugi
heeeeee : D



Ammar penakut
tapi Iman yang suka sakat adik selamba je dia siram



jangan risau sebab tempat tukar baju pon disediakan
cuma idak ler secantik mana pon
ala2 kampung gitu
berbumbungkan langit yang membiru
kalau ada burung terbang time tu jadi rezeki burung tu la
hahahaha...



untuk sesiapa yang berminat..sila guna nama jalan ni
kalau tak jumpa jugak...tanya la orang kampung
malu bertanya sesat jalan


ok...ni antara kebaikan mandi air panas semulajadi :

hasil google katanya....

** ia dapat mengubati penyakit kulit

** menghilangkan lenguh2 badan - maklumla 24/7 kita dengan aircond aje

** melancarkan pengaliran darah

** mengeringkan kesan luka akibat kemalangan

** untuk kesegaran badan

** untuk pesakit gout

** menghilangkan sakit2 lutut dan sakit tumit

selain google pakcik yang menjaga kolam air panas tu pun ada bagitau kebaikan dia

** elok untuk budak yang selalu demam dan selsema

** tidur pon lena - ini memang saya akui sebab balik tu kami 4 beranak membungkang sampai lewat petang

kepada yang berminat..selamat mencuba
pegi la mana2 kolam air panas semulajadi
janji SEMULAJADI
terima kasih sebab baca sampai abes

2 comments:

ramizan said...

esok nak cari tempat ni. tengs!

Anonymous said...

kampung den ni.

makcik bawang