Ari terakhir sebelum tahun 2014..cakap melayu sudah
tak payah nak taip last day bagai ; p
arini jugak hari pendaftaran Iman masuk darjah 1
besar dah anak saya..kejap je
bila anak dah besar maknanya saya dah tua
cepat je kan masa berlalu
ini gambarmasa pagi tadi
sebelum pegi daftar kat sekolah
Iman nampak excited macam tu jugak saya
tapi saya masih under control
semalam la...macam2 pesan saya bagi kat Iman
nanti gi kantin gini... cikgu cakap dengar.... jangan macam ni..jangan macam tu
ni bukan tadika lagi..ni sekolah betol2
ada ramai cikgu..paham tak??
dia angguk je konon paham
harap meresap masuk dalam kepala dia
Masa ontheway nak antar Amat gi umah Ibu
hari terakhir Amat kat umah Ibu
lepas ni dok umah Mama Ita pulak
tak sampai hati nak pisahkan Amat ngan Ibu dia
Kak Saba (Ibu) memang bagus dia jaga Amat
tak pernah ada masalah tapi tu la... bila dah Amat dah sekolah kenalah pegi tempat lain pulak
takkan nak hantar dari Tmn Bandar Senawang ke Seremban 2
baper pulak duit van...ada ke van nak ke sana
Iman pon tak ke umah uwan lagi..sama2 dok umah pengasuh dengan Amat
senang sehala je sebab tak jauh mana umah Kak Ita tu
buat masa ni Iman kat kelas 1 USM
kat SK Lavender Heights ni nama kelas semua dari nama universiti
kelas Iman kat tingkat satu
rasanya lepas minggu orientasi ni ada ujian lepas tu baru tau kelas sebenar
zaman sekarang tak macam zaman saya sekolah dulu
semua kena cepat..kiranya masuk darjah 1 dah tau 3M - membaca,mengira,menulis
ke terbalik susunan tu
takpe la..asal 3M udah..harap pihak kementerian tak marah ngan saya
ehehehe...
Iman dan Marsha... kawan dia masa tadika
saya peratikan la takde pon budak2 menanges
lagi sakan jumpa kawan2 ada la
mungkin sebab dah biasa sekolah lepas tu dapat jumpa dengan kawan2 lama
En.Papa yang snap gambar
saya beratur untuk settlekan dokumen dan yuran sekolah
seperti yang dijangka....
settle segala urusan termasuk lawatan ke kantin sekolah dalam pukul 10 lebih
tapi uniform sekolah Iman dah tak serupa uniform
mujur la sekolah tak besar mana
kalau tak maunya dia buat 'site visit'
sabar aje lah
taktau la kalau sekolah sampai pukul 2 nanti
saja nak suruh ibu keje lebih masa untuk sental baju sekolah
sobs..sobs..sobs... T_T
kalau lengan saya kurus korang paham2 la ye
No comments:
Post a Comment