Wednesday, February 12, 2014

kem askar

Ape kena mengena kem askar ngan hidup saya?
takde kena mengena pon lagipon saya bukan minah terap
cuma kadang2 suka meniarap sambil berangan
dan lepas meniarap tak larat nak bangun sebab badan dah berat
T_T...sedih..tapi tak lawak..ok paham lawak tak berapa nak jadi


camni citer dia....biasa la kan bila balik umah otomatik keje2 umah memang dah menunggu
penat camne pon kat opis bila balik umah kena settle kan keje umah pulak
tanggungjawab.....
saya ni..sampai umah sinsing lengan sebab nak siapkan makan malam
anak2 kena makan awal sebab lepas maghrib je kena antar mengaji
lagipon kena masak cepat2 sebab saya ada date ngan Keith Foo
ensemnya beliau *motip
kadang2 tu sambil masak kejap2 lari tengok tv
rugi tak dapat tatap muka abam Keith Foo ; p


dan sambil masak tu jugak saya akan bagi arahan kat anak2 saya
contoh ayat.....

"tukar baju..kang nak gi ngaji"

"keluarkan bekas bekal tadi"

"ada homework ke tak"

"beg sekolah tu masuk dalam bilik"


bla..bla..bla..


so sebab arahan semua main pekik je makanya dah lama jugak En.Papa perati je saya
kalau jiran2 dengar nasib la... ado den kesah??
hahahaha
semalam la kemuncak pemerhatian beliau terhadap saya
ewah ayat...

"dah macam kem askar umah ni"

otomatik saya terdiam...gamak sound gitu
saya tanya balik...

Saya : pesal lak?
Papa : ye la...macam kat kem askar

????????

malas layan....baik tengok Ariana Rose






ada rupa saya tak?? hihihi

orang perempuan boleh jadi macam2
tak caya kan..cuba korang dok diam sambil pikir betol ke tak apa yang saya katakan ni
macam saya... kat opis..saya adalah Kerani terhormat
balik umah terus tukar profession
kadang jadi cikgu -  ajar anak buat homework
chef tu ofcoz la kan
pastu keje kedai dobi...membasuh, sidai,lipat dan jugak iron baju
misi/nurse - bila suami atau anak sakit
menteri dalam pelbagai bidang - menteri kewangan, menteri pelajaran, menteri pertahanan dan paling best menteri pelancongan
waima melancong ke Mydin : )
dan semalam dengan rasminya En.Papa iktiraf saya askar
takpe lah..askar pon askar la
nak buat camne


 

bayangkan yang celoreng tu saya
ish..ish...tak tercapai dek akal
walau suara memetir masa kat umah...tapi saya ni berhati tisu...sangat lembik
biar la En.Papa komplen macam kem askar pon..suara ni la yang dia rindu
kalau saya takde umah macam contoh bila saya kursus, bila saya demam tak bercakap *dasar lembik
bila saya merajuk takmo cakap dengan dia
dan paling penting.... dengan suara macam Sarjan Hassan ni la semuanya bereh (beres)
kan Papa kan..kan..


apa2 pon..saya ikhlas dengan apa yang saya buat
ni bukan rungutan ini sekadar kongsi cerita
bukan senang dalam satu masa kita buleh jadi semua
itu sebab kaum wanita ni istimewa
hidup wanita..takbirrrr
*tetiba

No comments:

makcik bawang