Wednesday, March 4, 2009

untuk saya dan semua



4 Golongan Isteri Ahli Syurga

Rasullullah S.A.W bersabda:4 perempuan berada disyurga dan 4 perempuan berada di neraka dan baginda menyebutnya dia antara 4 perempuan yg berada di syurga ialah

1. Perempuan yg menjaga dirinya dari berbuat haram lagi berbakti kpd Allah dan suaminya.

2. Perempuan yg byk keturunannya lagi penyabar serta menerima dgn senang hati keadaan yg serba kurang dlm kehidupannya bersama suami.

3. Perempuan yg bersifat pemalu dan jika suaminya pergi, maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang maka ia menutup mulutnya dari perkataan yg tidak layak kepadanya.

4. Perempuan yg ditinggal mati suaminya dan ia mempunyai anak2 yg masih kecil, lalu ia menguruskan anak2 dan mendidik menjaga mereka serta memperlakukannya dgn baik kpd mereka dan tidak bersedia berkahwin kerana khuatir hidup anak2nya akan sia2.


Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda " "Dan adapun 4 perempuan yg berada di neraka ialah"

1. Perempuan yg kotor mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya dtg maka ia mencacinya.

2. Perempuan yg memaksa suaminya memberi apa yg tidak mampu.

3. Perempuan yg tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dgn menampakkan perhiasan dan dan memperlihatkan kecantikannya utk menarik perhatian kaum lelaki.

4. Perempuan yg tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kpd Rasulnya dan tidak senang berbakti kpd suaminya.

renung-renungkan..selamat beramal...

1 comment:

makcik bawang