Thursday, May 7, 2009

kuang ajaq sungguh

MOHD Zani Awang menatap jenazah isterinya, Saripah yang maut diragut di Kampung Padang Raja Melor, Kota Bharu, semalam.
Warga emas, ibu hamil mati dalam dua kejadian



KOTA BHARU: Seorang wanita mengandung tiga bulan terkorban di jalan raya, manakala nenek berusia 86 tahun maut di rumahnya, masing-masing angkara peragut bermotosikal, dalam dua kejadian di sini dan Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Ini adalah kes ketiga membabitkan kematian selepas seorang ibu, Jamilah Selamat, 31, yang juga mengandung dua bulan, meninggal dunia kelmarin setelah koma tiga hari akibat terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut di Air Hitam, Johor, Ahad lalu.


Dalam kejadian di Padang Raja, Melor di sini kira-kira jam 10.50 pagi semalam, Saripah Mohd Noor, 33, yang hamil, tercampak dari motosikal apabila beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal sebelum dirempuh sebuah kereta.


Ibu lima anak itu, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Jel, Repek dekat Bachok, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu dikatakan menghimpit motosikal Saripah sebelum meragut beg tangan yang disandangnya.

Saripah yang menunggang bersendirian dari rumah ibunya di Kampung Tok Bedolah, Tumpat, tercampak ke tengah jalan dan ketika itu, sebuah kereta dari arah bertentangan tidak sempat mengelak, lalu merempuhnya. Dua lelaki berkenaan melarikan diri.

Zahruddin meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu, menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Di TASEK GELUGOR, Tom Salleh, 86, meninggal dunia selepas kepalanya terhantuk ke dinding akibat ditumbuk seorang lelaki yang meragut rantai emas anaknya di rumah mereka di Kampung Besar, kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin. Beliau yang ditumbuk di mata kanannya, dikejarkan ke Hospital Kepala Batas tetapi meninggal dunia pada jam 10.40 malam.


ORANG ramai melihat anggota polis mengangkat mayat Saripah yang maut akibat dirempuh kereta selepas terjatuh di atas jalan raya akibat diragut dekat Padang Raja, Kota Bharu, pagi semalam.

Anak mangsa, Siti Minah Idris, 58, berkata lelaki terbabit serta rakannya yang menaiki motosikal Yamaha RXZ berhenti di depan rumah mereka dan berpura-pura hendak mencari anak lelakinya yang didakwa berhutang RM2,000 dengan along.

"Saya sedang menjemur pakaian di depan rumah manakala ibu berehat di atas sofa di dalam rumah. Saya menyangka mereka rakan anak saya, Mohd Shukri Mohd Saad, tetapi berasa pelik apabila lelaki itu menyebut nama Din sedangkan saya tiada anak bernama Din," katanya.

Siti Minah berkata, dia terus berlari ke dalam rumah tanpa sempat mengunci pintu apabila lelaki berkenaan mengugut untuk membunuhnya jika tidak memberi wang.

"Mereka mengejar dan menarik kain saya sehingga berlaku pergelutan di ruang tamu dan seorang daripada lelaki itu meragut rantai emas saya. Ketika itu ibu cuba membantu tetapi dia ditumbuk sebelum mereka lari menghala pekan Tasek Gelugor," katanya.

Mohd Shukri pula berkata, dua lelaki itu dipercayai orang yang sama meragut seorang wanita menunggu bas di kampung itu, beberapa hari lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tuanku Said, berkata kes itu disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

note : berhati-hati yer kawan2..pesanan ni juga untuk diri saya sendiri...mintak dijauhkan
Balik ni nak tanggal gelang sebab takut kena ragut. Bior nampak miskin jangan kena ragut yang buleh meragut nyawa sendiri....kot terus 'jalan' xpe kalau koma berbulan-bulan? x pun patah riuk?? huuuu....haru : (

3 comments:

ietams said...

kan,

min minna said...

aku dah malas nak baca berita2 cenggini. wat sakit ati. geram. sedih. takziah tuk keluarga arwah. tuk pencopet2 tu..x balas di dunia di akhirat kelak korang tggu jerk.

ina's said...

inas:ietams-sian kan

inas:minna-rasain la pencopet tu

makcik bawang