Wednesday, June 10, 2009

entry panjang kat Kelantan

Idea macam ilek
otak blur jer
mungkin mood cuti tu masih ada lagi
kali ni saya buat entry panjang pasal rombongan cik kiah saya ke Kelantan
malas nak buat sikit-sikit
alang-alang dah dekat ngan Kelantan, so singgah la ke Kelantan walau satu malam
kami ke sana hanya 2 kereta jer
family saya dan jugak family Khairi
nak tau saper Khairi, sila tengok entry masa hari nikah yer
tak banyak sangat gambor yang saya sempat snap
pertama; sebabnya kamera meragam
kedua; nak pantau bujang sorang tu
ketiga; suko ati den la



kenapa kami hanya berdua di depan?
di manakah bujang sorang tu??


dia menggedik nak dok sorang-sorang kat belakang
tu...tengah termenung panjang
entah apa yang dia pikir
hanya dia jer tau

Destinasi pertama kami adalah ke Rantau Panjang
kami sampai sana dalam pukul 11+++
tu kalau tak silap saya la
kalau silap pun korang bukan tau pun
hahahaha : p







saya takde la soping gila-gila
beli apa yang berkenan dan jugak yang penting jer
orang memang ramai sebab sekarang ni kan musim cuti sekolah
ada yang datang ngan family tapi paling banyak bas-bas rombongan
sakan depa menyoping
tapi, awal-awal lagi Papa Iman dah warning
NO TOTO, NO PERIUK BELANGA
acik sikit pun tak heran sebab takde napsu langsung dengan semua tu
baju untuk diri sendiri pun saya tak shoping
tak minat baju-baju Thailand ni
cehhhh ayat berlagak
pangggggg....lempang kasik sedar
taklah..bukan berlagak tapi.... entah la... takde napsu..tu jer yang buleh saya cakap
yang pasti saya beli bantal LOVE yang besar gedabak
murah maa....


dah penat tawaf dan melawat semua kedai
kami singgah 'isi minyak' dulu
kat restoran Aini ni la
nampak tak ada signature tu
tu signature pelakon Zul Huzaimy
kat situ ada tulis "lu bikin gua panas"


abaikan muka saya yang berlengas dan berminyak
goreng pun sodap...



hanya gambar air sahaja yang sempat saya snap
yang lain tak sempat sebab Iman 'uk..uk'
nasib la toilet kat restoran ni ala-ala selesa
tak la selesa sepenuhnya
buleh la....
tank penuh kami sambung balik agenda kami
lenguh kaki toksah cakap
macam dah nak tercabut kepala lutut ni
belum kira panas berbahang lagi
yang kelakar tu buleh pulak dok kat tepi jalan sambil ingat balik dah masuk ke belum

"bang, kita dah masuk sini ker?"
"belum"
"ok start sini pastu masuk sana keluar balik sini pastu baru gi sana"

dah macam treasure hunt la pulak

kami keluar dari Rantau Panjang dalam kul 4++ gitu
mau cari hotel
takkan nak tido dalam keta pulak
tapi tu la...dah nama musin cuti sekolah
semua hotel, motel,hostel dan seangkatan dengannya penuh
habis satu bandar Kota Bharu kami pusing
nak pulak hujan
tu macam leceh tu
jadinya ke Kelantan kali ni saya tak ke Pasar Siti Khatijah
tak best ar.... : (


sampai jer hotel kemas apa patut terus mandi
apa tak nyer badan dah berlengas tak hengat
sementara tunggu nak pi sapedek sempat jugak kami tido
kata orang nak hilang pening.....
takat tido-tido ayam
oh yer..kami nginap kat hotel Destiny
betul-betul ngadap sungai
entah apa nama sungai tu saya tak sempat nak selidik
kalau korang nak tau hotel ni dekat ngan Kastam Kota Bharu
try la... saya selaku duta terhormat hotel Destiny nak promote ni
ok la..selesa la keadaan bilik walaupun non ado almari
yang penting bilik ayor harus bersih

malam tu sapedek kat kedai tom yam kat bandar Kota Bharu
acik lupa nama kedai tu
kali ni pun Iman buat bekal
dia 'uk..uk' lagi
:-D
lepas sapedek terus pi pasar malam wakaf che yeh
ini adalah kali kedua saya gi Kelantan
pertama kali datang masa ngandung kan Iman
tak silap saya ngandung 4 bulan kot
tengah mabuk-mabuk manja gitu
itupun ikut rombongan sebab saya berkursus kat INTAN Kemaman
kat Wakaf Che Yeh ni tak menyoping pun cuma beli tudung untuk mama
kami kat situ sekejapan je
yer la kan semua penat
bantal dah memanggil
note : panjang menjela entry kali ni....lenguh jari jemari i tau

2 comments:

amizah said...

besntyerrrr gi rantau panjang...masa akak gi kelantan ari tu ada gak hasrat nak ke rantau panjang..tapi hubby tak nak gi sebab kawan dia ckp jem gilerr kat sana...kan cuti sekolah + hari minggu...mcm tu la jadinyerr..

ina's said...

inas:amizah-len kali leh gi. tapi masa saya gi tu x berapa jem

makcik bawang