Wednesday, June 10, 2009

masalah besar saya

boring kan asik citer kat Terengganu tak pun Kelantan
rehat kan minda dulu yer
adakah korang dalam kategori ni jugak???
tepuk perut tanya akal
hehehehe...peribahasa baru

Perut Buncit

:: Punca

Bahagian perut ialah bahagian yang paling mudah mengumpul lemak dan juga merupakan petunjuk pertama kepada pertambahan berat badan.
Sesetengah orang mungkin mempunyai berat ideal tetapi pengabaian menyebabkan mereka menghadapi masalah perut buncit. Ini berlaku terutamanya jika anda tidak bergerak selepas makan atau mempunyai tabiat untuk makan dengan banyak sekali gus. Ini boleh menyebabkan sel lemak berkumpul dan bertumpu pada satu bahagian. Perut akan kelihatan besar dan buncit.
Jika toksin dalam usus tidak disingkirkan pada masa yang sepatutnya, sembelit akan dihadapi. Rawatan yang sesuai akan dapat menyingkirkan masalah perut buncit dan sembelit.

:: Ciri-ciri

Kurang senaman, postur yang tidak betul atau pengambilan makanan yang tidak sesuai dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan perut menjadi kendur dan buncit. Perut akan kelihatan besar.
Tabiat pemakanan yang tidak betul lama-kelamaan boleh menyebabkan perut buncit yang diakibatkan oleh sel lemak yang terkumpul.

:: Kesan

Sembelit akan kerap dihadapi jika kotoran dan toksin tersimpan dalam usus dan tidak disingkirkan secara tetap. Rawatan yang sesuai sahaja akan membolehkan anda mengatasi masalah perut buncit dan mengelakkan sembelit.
Bayangkan pelampung yang berlapis-lapis pada badan anda sepanjang masa! Ini pasti menjejaskan penampilan anda. Hanya baju yang longgar boleh muat sahaja!
Biasanya, wanita dalam umur 20an akan mula nampak tanda-tanda perut buncit. Jika anda cepat bertindak, anda akan mempunyai peluang 100% untuk mengatasi masalah ini.
Apabila usia semakin meningkat, kadar metabolisme badan juga menjadi lambat. Apabila kita mencapai usia 40, lemak degil akan terkumpul dengan banyaknya sehingga perut menonjol keluar. Jika keadaan perut sudah sebegitu, anda hanya mempunyai peluang sebanyak 80% untuk kembali langsing.

note: masalah besar saya dari dulu sampai sekarang...huh!!!

3 comments:

Unknown said...

haiyooooooooooooh, nape amik gambar pewut akak tak mintak izin wei, sila bayar royalti lepas ni, ha ha ha

ina's said...

inas:shibam-wahhhh...glems eh pewut akak hahahaha

ietams said...

muahahaha,
perasan lak akak ni

makcik bawang