Tuesday, October 27, 2009

jumpa si kecik Maya

Rehat semalam pi Alamanda sekejap sebab nak beli barang-barang pantry yang dah abis
dipendekkan cerita, lepas beli barang pantry pi la 'soping-soping tingkap' jap
masa lalu kat kedai baju budak-budak (nama kedai tak ingat)
saya terpandang la gaun budak perempuan
cantik... comel je... sambil tu berangan jugak kalau la dapat 'gul' kali ni
harus la rembat sehelai
tapi itu hanya berangan yer
ia tidak membahayakan kesihatan dan juga bayi dalam kandungan
dan jugak bukan mengharap... hanya angan-angan
free ma.... polis tak tangkap pun kalau berangan
ok..dah melalut
saya dan As pun masuk la kedai tu......
dan disebalik celah-celah gaun yang tergantung tu nampak la si kecik sorang ni......





yer... Maya...
rupanya dia cuti aritu
kalau saya tak masuk kedai tu.. 'kompom' tak nampak si kecik ni
*abis la Maya marah i..." : p
borak-borak sikit, snap-snap pastu blah sebab mau masuk keja

oh yer.. sebelum tu saya jumpa ngan kawan lama saya jugak, si Parek kat Parkson
tapi tak amik gambar sebab aura nak bergambar tak mari la
dengan Maya harus la sebab sama-sama blogger
hiks...


note : "Maya... sila masak sedap-sedap biler aku datang umah ko... laki ko dah jemput aku..."



ni la gaun yang saya dok berangan tu
saya dah cakap awal-awal kat Maya
kalau dapat 'gul' dia HARUS hadiahkan gaun ni
di ulangi... HARUS : D
ingat tu Maya....

No comments:

makcik bawang