Tuesday, April 27, 2010

driver teksi asbestos


Ni citer khamis lepas
tergendala sebab idea ilek
macam biasa la kan, kalau nak bawak anak klinik acik mesti half day *tapi pasni tak lagi
kebetulan pulak kat AG (akauntan negara) ada buat jualan puspanita
jadinya acik 'termenyinggah' pulak kat situ
ceh...ter konon
dok asyik milih itu ini, belek itu ini dan saya pun 'terbeli' la satu dua barang
maklum la kan hari gaji sedunia masa tu
nak naik bas metro terlepas pulak
jadinya terpaksa jugak la naik teksi
nasib baik jugak time tu purse saya kembung
ye la kan hari gaji sedunia katanya
time tu kan, ada 2 bijik teksi
satu waja dan satu lagi proton saga
jadi..... untuk save budget saya pun pilih la teksi jenis proton saga tu
kang naik teksi waja kena ketuk purse i jugak yang kempis
saya pun bgtau la uncle driver tu yang saya nak ke KTM Serdang
uncle tu kata RM15
uiiisshhhh tu la teksi paling murah yang saya pernah naik dari Putrajaya ke Serdang
selama ni RM20-RM25 tau
dalam hati ni punya la suka...tak sia-sia pilih teksi buruk
nak jadi citer kan, setiap traffic light uncle tu asyik tanya nak masuk kiri ke kanan
dalam hati ni terdetik gak...biar betul uncle ni
ada ke saya yg kena tunjuk jalan
takkan la dia tak biasa dengan jalan kat Putrajaya ni
lain la suh pi antar ke umah saya kat Seremban nun
Pastu kan uncle tu leh tanya saya nak kemana
saya gtau la sekali lagi yang saya nak ke Serdang
padahal sebelum naik tu punyala terang dan nyata saya sebut SERDANG
urat putus kot uncle tu
tetapiiiii....rupanya ada muslihat dia buleh buat-buat jadi BINGAI sebab dia nak 'ketuk' saya
buleh dia cakap yang dia ingat saya nak ke stesen ERL Putrajaya
kan jauh panggang dari api perkataan ERL dan SERDANG
pastu RM15 tu tambang ke Stesen ERL kalau nak ke Serdang kena bayar RM30
kepala hangguk uncle tu tau..saya jawab la balik yang selalu saya naik teksi tak pernah kena sampai RM30
last-last dia setuju nak RM25 je
huh....terpaksa la saya bayar jugak walau dalam hati ni tak ikhlas
macam la lawa sangat teksi dia
dah la sepanjang perjalanan bukak kaset lagu "amma..appa...ilek...tambi...podah...aaaaaaaa.....va va va..."
(tu hanya lagu rekaan je tau yg betul saya taktau) ; )
naik migrain kepala ni
biler turun saya langsung tak ucap terima kasih
yer la hangin satu badan ni sebab kena tipu
tu sebab terpaksa je
cait..baper banyak 'TER' la entry saya ni
takpe.... (sambil urut dada) lepas ni tade kena tipu dah
takde half day dah
sebab apa???
tunggu entry lagi satu

4 comments:

ietams said...

ish.. tak baik kan teksi tu..

ina's said...

tu la pasal....geram je

myazara said...

semalam saya naik teksi driver india, dia pun sama gak, tipu saya ikut jalan jauh...kena sampai rm25 last-last saya marah dia " u ni orang india nak pergi batu caves pun tak tahu, apa da". sebab saya nak ke jpn kat gombak...so last2 bayar rm20.bengang la jugak...kalau dia tak turunkan harga saya bambu betul2!marah ni...

ina's said...

inas:myazara-sabar2 dorang mmg suker amik kesempatan

makcik bawang