Wednesday, September 29, 2010

raya di sana sini

Kali ni saya buat entry pasal saya pergi beraya dengan kawan2 di IPD yer
dulu masa kat Putrajaya rumah masing2 nun...kat Kolumpur (K.L),Selangor dan sewaktu dengannya nak pergi pun macam..ala....ish..... dalam kepala ni terpikir kot sesat kan haru
dek hanya nak makan kuih raya orang sesat sampai setengah hari
anak pun buat hal
omak eh otomatik bertukar menjadi HIJAUUUU : D
makanya...ewah..MAKA...tiada alasan kalau menolak jemputan ke rumah kawan2 di sekitar Seremban
harus kena maki kalau kat tak tau jalan
hehehe

untuk rujukan pihak kawan2...heeehhh
gambar2 kat bawah ni tak tersusun mengikut tarikh yer
sila bacer dengan tenang sambil meneliti gambar2 yang ditepek...



^
^
^
open house di rumah Bariah a.k.a Berrie
beliau adalah kawan yang satu bahagian dengan saya
saya mengenali beliau semasa kami sama2 amik PTK kat SUK tahun lepas
saya kan peramah lagi cute..so senang la dapat kawan ... (uwek..muntah ijau)
kat rumah Berrie ada nasik ayam,yong tau foo,koktail dan jugak menu biasa - kuih raya
sebelum ke rumah Berrie saya dan jugak Ain serta Lia (sila rujuk gambar di atas) -pergi kenduri merangkap majlis pertunangan anak opismate kami - Kak Ani (gambar di bawah)
kami berkonvoi 2 bijik kereta
sebenarnya sebelum ke rumah Berrie kami singgah umah Hana sebab nak kasi can Berrie siap2 segala dengan kata lain kami taknak tolong dia prepare untuk open house tu
hehehe..kami tau nak makan saja (ini adalah ayat ikhlas dari hati yang suci)
gambar kat umah Hana non ado yo sebab rancak berborak sampai lupa nak bergambaran



ok yang ni lak masa kat rumah Zurina
yang terliuk lentok tu Indah... yang pangku budak comel tu Hana dan tudung hijau tu Berrie
semua ni satu bahagian
Berrie adalah timbalan saya..... dan saya ofcoz la Pengerusi yang berwawasan (muntah ijau lagi)
hari open house kat umah Zurina ni adalah hari yang sama saya buat open house
bezanya Zurina buat tengahari saya pulak belah malam
sempat tu gi beraya padahal kat umah dah macam tongkang pecah
lupa lak nak cerita eh..open house saya tu bukan saya sorang je yang tungkus lumus
saya import Mama untuk tolong saya
hehehe....

yang ni pulak rumah Kak Emy
kami pi waktu rehat tengahari
masa tu akak Emy cuti..(jeles i)
ada bakso tau ...tu pun bibik beliau yang masakkan
nak dijadinya cerita yang macam dirancang, hari tu adalah hari bihun sedunia untuk saya
sebelum gi umah Kak Emy saya sarapan bihun pastu gi umah Kak Emy saya makan bihun bakso
malam tu pulak gi beraya pun tuan umah (tak ingat saper) jamu bihun goreng
makanya.... muka pun toya ala2 bihun


saya sangat selekeh ketika itu
tu tandanya saya boring dan malas nak pegi keje
isk..isk..saya cuti 2 hari je untuk raya tahun ni
dah tu je yang diluluskan
kalau kat Putrajaya sesuka je saya nak cuti...(nak tukar...)
ayat saya macam ayat surat menyurat pulak kan
ofcoz la masa taip blog ni saya baru lepas siapkan satu semboyan
apa itu semboyan?? ala..lebih kurang memo la tapi format polis ni lain sikit
dulu masa mula2 masuk saya macam tercengang-cengang sebab ni 1st time dengar ayat macam ni
tu je kot cerita pasal saya beraya di sana sini

2 comments:

ietams said...

best gak beraya sana sini mcm tu,
cume penat tu lebih la sikit kan

ina's said...

iyer la cik puan

makcik bawang