Wednesday, November 10, 2010

kenapa berat badan saya cepat naik


Saya adalah spesis badan cepat naik
dan jugak cepat turun
antara sebab2 badan saya cepat naik adalah seperti gambar di atas
saya ibu dan saya juga chef kepada keluarga kecil saya tu
bila masak mesti nak rasa
saya ni pulak kalau masak mesti ikut tekak sendiri dan kadang2 je ikut tekak En.Papa
makanya...semua yang saya masak tu adalah paberet saya
bila dah paberet jadilah makan berpinggan-pinggan... ; p


ada masa saya juga cikgu kepada anak2 saya dan jugak cikgu kepada bapak anak2 saya
tang bapak tu biasa la kan..orang2 dewasa ni kena ajar dengan lebih detail dan jugak sabar sesabar sabarnya...
bila penat mengajar atau tension mengajar - tu tang telinga masing2 tak berlubang la
saya jadi lapar..saya ni kalau tension nak makan je
kalau orang lain tak berselera bila tension tapi saya sebaliknya
so,jangan sakiti hatiku ini...ewahhhh


jugak referee kepada hero2 kat rumah
kalau adik amik barang abang (tak padan kecik) abang pulak kedekut nauzubillah lepas tu mula la terjadi kes lepuk melepuk makanya cepat2 la saya kena leraikan
dan pernah terjadi jugak bapak taknak mengalah dengan anak dan saya jugak la yang mengstopkan semua tu...huuuuu
untuk pujuk depa semua saya pun masak la macam2 dan alang2 dah masak mesti nak makan jugak kan takpun kalau tak masak kami makan kat luar la
camno tak naik???....
nurse tak bertauliah pun saya...takat minor tu buleh la kot yang major tu mau acik sekali pengsan ...hehehe
senang citer gi klinik
biler gi klinik nak tunggu proses tu bukan kejap mula la perut ni berkeriuk-keriuk
makanya..balik klinik mesti singgah kemana2 untuk mengisi perut ini
ceh..makan lagi..
hakim..majistret pun buleh
saya yang akan jadi hakim untuk membuat keputusan kat mana nak makan, nak makan apa arini tanpa bantahan dari mana2 pihak
segala surat menyurat tidak akan dilayan begitu juga dengan hujahan bertulis daripada Iman dan En.Papa..sama sekali akan ditolak kecuali saya moody
eheh...
hahaha..tak menahan alasan saya tu
dipendekkan cerita MAKAN adalah alasan utama
nak kata saya kuat tido tak jugak sebab tiap hari saya mesti tido lewat
kat opis jangan cakap la sejak pindah Seremban ni segalanya tak buleh
dulu yer la sekarang ni...sampai pening lalat tahan ngantuk pun mesti tak dapat
sebenarnya saya tertarik dengan iklan biskut jacob ke apekebendantah kat tv tu
iklan yang mak dia buleh jadi seseorang macam gambar2 kat atas tu
kejap tukar baju jadi chef kejap kang tukar jadi nurse
kagum giler la kan dengan kaum2 ibu ni
dalam satu masa macam2 buleh jadi
so, kaum bapak sila hargai isteri anda dengan membeli enbeg berjenama dan terlastest
hahaha.... nanges la kaum bapak
takkkk.... kami kaum ibu sangat ikhlas menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan
makanya..kalau rasa2 taknak beli enbeg pun tolong la isteri tu jaga anak ke, tolong jangan buat sepah ke...apa2 yang patut untuk ringankan beban isteri..jangan nak makan buah kat tepi sinki je ..hehehe..(puan zulie..ko jangan gelak lebih2)
haippp...jangan pulak serkap jarang kata saya ngata En.Papa tau.... saya ni tak payah ngata kat blog terus laser je...baru puas hati
anyway..i love my family... biarla gemuk janji hati senang..yer takkkk...???

1 comment:

ietams said...

muahahaha..
best la entry ni

makcik bawang