Thursday, December 2, 2010

saya yang cemas



Mula2 Abang dia demam
lepas tu pas kat adik pulak
kelam kabut jugak saya sebab demam dorang secara serentak atau senang cakap secara berduet
huhuhu.....tak tentu arah saya dibuatnya

macamana eh nak mulakan cerita cemas saya ni
bagi saya ia sangat mencemaskan sebab sememangnya saya seorang yang cemas
hmmmm..jap bagi saya berfikir .......



hmmm..macam ni...tapi sebelum tu sori eh sebab kot2 entry ni macam karangan budak2
saya pun tak tau kenapa dengan diri saya hari ni
En.Papa pun hairan tengok saya
ok..ok saya mulakan cerita saya
Jumaat lepas bersamaan 3.12.2010 saya sepatutnya kena pergi pameran PDRM kat hotel Royal Bintang akan tetapi saya terpaksa "fonteng" sebab Ammar kena demam panas secara tiba2
mulanya subuh khamis tu dah ada tanda2 nak demam tapi saya cepat2 bagi ubat
petang tu sejam sebelum balik (pukul 4) Su called bagitau yang Ammar makin panas walaupun dia dah bagi makan ubat
saya ni mula la risau tak tentu arah...
nak balik lagi sejam je nak pukul 5 jadi saya suruh su basahkan kepala Ammar biar turun sikit panasnya tu
balik je terus pegi klinik kanak2 kat Dataran Senawang tu
sebelum pegi klinik En.Papa dah bermandikan muntah Ammar
dekat klinik turn saya pulak
bukan main2 lagi demam dia ni
rasanya ni first time kot dia muntah2
doktor Liu tu masukkan ubat dekat bontot dia
balik umah kejap sebab nak tukar baju
masa tu belum jemput Iman lagi
dah siap2 tukar baju, kami pun gi amik Iman kat umah MIL
lepas maghrib gitu Ammar elok je main2 dengan Iman
siap gelak2 lagi berpeluh pun ye..so saya suka la sebab demam dia dah kebah


pssstttt.... korang entry ni macam karangan UPSR la..korang layan tak???
layan jer la eh...


doktor ada pesan.... bagi ubat balik lepas 6 jam kalau tak panas
so kira punya kira saya agak2 la dalam pukul 1 gitu iaitu waktu dia bangun nak menyusu
dalam pkul 1.30 gitu Ammar merengek-rengek
saya cepat ambik ubat sambil tu bancuh jugak susu untuk dia
saya ni pulak punya "cerdik" bagi dia ubat dalam buaian je
yer..Ammar sangat susah untuk dibagi makan ubat
makanya saya yang ala2 cemas ni bagi je dari dalam buaian
sekali dia macam tercekik dan ala2 tak bernafas
saya punya la cuak da bebeh tak tentu arah
terus angkat tonggengkan dia biar dia muntahkan semula ubat tu
tapi mulut Ammar dah menggigil lepas tu dah pucat
jari kaki ngan tangan dia sejuk campur dengan biru pucat
huhuhu....lagi la saya bertambah-tambah cemas
kalau jadi apa2 seumur hidup salahkan diri :=(
dalam pada tu sempat lagi bertekak dengan En.Papa
"abang, tengok la ni.."
"cerdik sangat.... bagi makan ubat kat buaian" (kena smash tepat kat muka)
"cepat la banggg.... bawak gi spital ke..klinik ke..." (dah nak nanges)
buleh En.Papa pandang je muka saya
time tu rasa nak tumbuk pun ada...heeeee buleh dia selamba je
kita ni nak kata menari tango pun tak jugak nak kata bukak pencak silat pun tak juga
tapi masa tu Allah je tau betapa kelam kabutnya campur cemas nya saya
patut la saya tak jadi doktor
kalau tak..lintang pukang hospital hahahaha....
dengan muka tak basuh tukar seluar je sarung tudung terus bawak pergi klinik 24 jam
nasib baik ada klinik 24 jam kalau tak kena pergi hospital jugak
dalam fikiran saya masa tu tak kisah la pergi hospital KPJ ke...Colombia ke..tak pe..dah tentu salah saya .... kena bergolok bergadai pun acik tak kisah janji anak selamat
kat klinik pulak lain cerita dia...buleh pulak pihak klinik buat selamba je
saya dah hangen terus sound pembantu klinik tu


"dik...patient ramai sangat ke???"
"tak la...takde patient pun..sekejap eh cari doktor"


heiiiiii...menguji kesabaran betul la
masuk2 bilik doktor terus sejuk hati ni sebab doktor hensem
hahahaha..... gila babas..tak la...saya ni kan cepat sejuk hati so takde makna kemarahan saya sebelum tu.. ; p
bla..bal..bla..pot..pet..pot...pet kat doktor
dan keputusan doktor adalah :-

"anak puan ni demam dia terlalu panas tu dia jadi macam tu"
"bukan tercekik ubat??"
"tak..dia hampir2 kena sawan panas"
first time acik dengar sawan panas, ok
"tu dia macam susah nafas??"
"paru2 dia ok"
"bukan la..saya ni ada asma kot2 dia kena asma"
"tak..panas dia terlalu tinggi tu jadi gitu..lepas ni kalau jadi lagi terus bawak ke spital dan basahkan kepala dia ye.."
"ha ok...
bla..bla..bla


fuuuuuhhhhhhhhhhhhh lega ko...lega sangat..masa tu baru la tegur En.Papa kalau tak...diam seribu bahasa...makanya... bukan salah den..hahaha...lega hati ni
tapi belum lega sepenuhnya sebab Ammar belum baik dari demam lagi
setakat ni (hari ni) cuma tinggal selsema dengan batuk saja
dalam kelam kabut tu sempat sms agen insurans tanya Ammar punya dah approve ke belum sebab Ammar punya baru apply dan agen tu kata dah..hah...sediakan payung sebelum hujan kata orang...bukan mintak tak elok tapi bersiap sedia...


panjangkan entry saya...macam karangan pun ada
korang paham kan???
moral of the story adalah..jangan bagi ubat dalam buaian..dan jangan cemas tak tentu pasal
kesian anak Ibu...

No comments:

makcik bawang