Wednesday, December 22, 2010

subuh di TBS



Ini adalah panorama subuh di TBS
apa itu TBS..hohoho..sudah pandai main shortform eh sekarang ni
TBS itu adalah Taman Bandar Senawang
yang tinggi itu adalah Gunung Angsi... tu kata En.Papa
kalau saya salah, maka salah info saya ini
kalau nak tau sampai ke situ la En.Papa dan kawan2 beliau main scrambler
tapi takde la sampai ke atas gunung tu.... setakat kat bawah tu je
ni bulan depan depa nak pegi Kenaboi pulak
huhuhuhu...tinggal lah hamba bersama anak2
akan tetapi ia tetap bersyarat...lepas dia berjimba ke Kenaboi, harus bawak anak bini berjalan
ke mana?? hehehe... tengah fikir ni...


Subuh2 jugak anak2 dah celik bijik mata
bagus2..praktis sebelum melangkah ke alam persekolahan
Ammar toksah cakap la...asal angkat je terus celik bijik mata dia
"papa..papa...da..da..da..." tu ayat dia ucap good morning kot
hehehe...Iman selalunya susah nak tengok dia bangun subuh2 tapi arini awal dari waktu biasa
bangun tido terus cakap nak mandi kolam
mandi kolam..??? hahaha..ada idea....
buleh bodek2 En.Papa pegi wonderland Melaka
saya ada tiket untuk ke sana...yesssssssssssss.... bagus la Iman...sayang Iman
saya bagitau kat Iman hanya waktu cuti saja dia dibenarkan untuk mandi di kolam kecik cinonit dia tu..waktu duduk dengan Uwan adalah dilarang sama sekali
kesian Uwan dia nak buat keje rumah lagi, nak pantau dia lagi



adik yang kerimasan sebab abang di terrrrlebih sudah nak peluk adik
walau keluar waktu gelap gelita, punch card tetap 7.58 pagi
biasalah menyinggah beli sarapan lagi..
tapi bukan la subuh2 alam macam masa keje kat Putrajaya dulu
dekat2 pukul 7 la..tu pun kalau tak tertido balik
kadang2 dah terang baru keluar dari TBS

No comments:

makcik bawang