Tuesday, April 5, 2011

dah ada perkembangan



Sekarang ni dah nampak sikit2 perkembangan Iman sejak dia bersekolah kat Vista Ceria
Iman dah rajin buat homework yang teacher bagi setiap cuti wiken...dan dia bersemangat nak siapkan homework tu. Paling best Iman akan bahagi dua separuh Uwan ajar dan separuh lagi Ibu ajar...hahahaha


Iman dah kenal huruf ABCD dan setakat ni dia baru belajar menulis huruf G (homework minggu lepas). Bila tengok tv atau belek2 majalah, Iman dah tau tu huruf apa dan huruf tu untuk apa. Contohnya..F untuk FOTO, E untuk EMAK...Iman pun dah lancar ABCDE sampai Z walaupun kadang2 dia tertinggal huruf. 123 versi BM atau BI pun dah ok cuma hak yang belas2 je dia lompat2.


Saya rasa bangga bila dia bawak balik sesuatu yang dia belajar kat sekolah. Antaranya macam cop jari jadi gambar semut, tampal bulu ayam dan macam2 lagi la. Kami dah sepakat nak buat satu ruang untuk gantung segala kerja2 kreatif Iman masa kat sekolah. Nak jadikan kenangan untuk dia.hehehe..nanti saya tepek kat sini ye...tengah bangga ni..hnnssssss (sound efek lubang idung kembang) hikhik.


En.Papa selalu cerita bila masuk kereta je, mesti dia bercerita pasal hal sekolah. Dari hal apa yang dia makan hari tu sampai la saper kawan2 dia nanges dalam kelas. En.Papa ada jumpa teacher dia tanyakan perkembangan Iman dalam kelas. Dan teacher dia kata, Iman :-

~ pendiam (macam tak caya)

~ bijak dan cepat tangkap apa yang teacher ajar (teacher yang cakap bukan saya)

~ ikut mood atau angin dia..hehehe tu memang saya akui..kalau angin dia ok...dia buatla apa yang teacher suruh dan kalau angin tak ok dia takkan buat.


Bab angin tu memang setuju 100%. Macam tu jugak la kat rumah. Kalau angin rajin memang lepas main dia kemas mainan dia. Cuba angin lintang, hmmmmm jangan harap. Buat sakit tekak je suruh atau cakap dengan dia.




Masa ni Iman ada water play. So, saya siap2 pakaikan baju swimming tu dulu then bila kat sekolah takde la kelam kabut. Kadang2 bila dia selsema atau baru lepas elok demam memang saya tak bagi dia join. Dan nasib baik Iman faham. Ini la satu2 nya baju swimming dia. Tak silap masa tu kami beli kat PD sebab terbayang kat PD je murah. Kalau kat Jasko atau Parkson memang tau punya rege dia padahal jenis kain pun dari material yang sama. Kalau kat PD buleh mintak kurang...hehehe.PD tu Port Dickson la..kang jenuh korang cari kedai nama PD.


Teacher pun pandai amik hati budak2. Kadang2 ada je goodies yang Iman bawak balik dan betapa kedekutnya dia sampai adik nak pegang pun tak buleh. 24/7 dok usung goodies tu. Kalau Uwan belum tengok dia akan pastikan goodies tu takkan dibukak selagi tak tunjuk kat Uwan. Bila Uwan dah puji melambung atau dah tengok baru buleh makan. Ceh...!!!!


Paling syok kan bila Iman nyanyi lagu "2 harimau". Siap dengan gaya lagi..hehehe...comel je.


"2 harimau..2 harimau..berlari...berlari..."
"1 takde mata...1 takde telinga"
"macamana..macamana.."


tu Iman yang nyanyi la..kalau salah ampun. Dah tontu anak den pelat. Tapi satu je...dia suka tahan kencing waktu kat sekolah. Puas saya bagitau tak elok kalau tahan kencing sebab nanti sakit perut pastu perut kena belah. Tapi tak jalan jugak. Bila sampai je umah Uwan dia, terus mencicit lari nak kencing..hehehe...bila tanya kenapa taknak kencing kat sekolah senang je dia jawab...

"Iman taknak kencing la"

atau

"Iman tak rasa nak kencing"


Mustahil kan..kalau tak..takkan la mencicit lari ke bilik air. Hmmmm...apap2 pun saya puas hati sebab Iman dah ada perkembangan yang positif. Takpe walau tak seratus peratus sekurang-kurangnya dah nampak perbezaan sebelum bersekolah dan selepas disekolahkan...uiksss...ayat apakah???? sayang Iman..jadi budak baik yer...

No comments:

makcik bawang