Monday, April 4, 2011

penangan usop wheelcha

(takde gambor sebab pakai line ofis) Hahahahha........adeh..sakit perut sebab saki baki ketawa terbahak saya dengan Ain tadi tak abis lagi. Adoi la....usop..usop...Ni pasal malam tadi la ni. Masa pengumuman Bintang Paling Popular 2010, tak sangka Usop Wheelcha dengan Abi Hurairah muncul pada saat2 akhir. Saya dengan En.Papa bantai ketawa tak hengat. Sampai pagi tadi pun tak habis lagi dengan kisah ABPBH 2010 tu. Kalau korang nak tau, dah 5 kali saya dok tengok dvd Hantu Kak Limah Balik rumah tu. Iman pun suka sangat dengan filem arahan Mamat Khalid tu. Hikhikhik....memang best..lawak ori dan tak tiru sesiapa. Watak utama Kak Limah tu walau tak banyak dialog tapi memang best. Setakat buat muka inesen, lepas tu nyanyi lagu Enjit-Enjit semut pun dah bikin kami ketawa terbahak2 sampai keluor ayor mate ni. Paling tak buleh blah bila Kak Limah Lempang dukun jawa tu...hahahha...lagi ape yer...hah!!!...bab Abi Hurairah makan megi nyanyi lagu soley soley dengan Usop Wheelcha..adoi la..... (sambil taip sambil gelak sorang2). Scene yang dorang dok lepak 3 orang kat umah Husin pun best. ~ cushion = key chain ~ wheelcha & weshare = wheelchair nak bagitau betapa bengapnya Husin dalam English Education...hikhikhik..adoi la...(gelak sorang2 lagi). Dan ayat yang menjadi sebutan paling femes setakat ni adalah CER CITER..CER CITER...mana2 pun orang guna ayat tu...kreatif sungguh Mamat Khalid. Selain hantu Kak Limah Balik Rumah, saya suka jugak dengan filem Man Laksa, Zombie Kampung Pisang dan filem Rock yang sememangnya banyak kali saya dok ulang tengok. Ala filem tu kisah budak kampung nak jadi rock star. Ada Que haidar, Hasnol Rahmat dan lain2 tu saya kurang kenal. tapi memang la..semua filem Mamat Khalid mesti pelakon dia suka buat muke inesen tak buleh blah. Hari ni kat opis, semua orang saya panggil dengan nama Wheelcha. Contohnya ~ Ain Wheelcha, Bery Wheelcha, Indah Wheelcha..hikhikhik...penangan Usop Wheelcha la katakan..... note : tolong betolkan ejaan WHEELCHA tu kalau salah yer... setakat ini penulis masih lagi ketawa dan cuba untuk habiskan sisa2 ketawa itu....

4 comments:

husna amira said...

mamat khalid cuba ketengahkan bahasa perak. salute mamat khalid :)

ce = cuba

:: Cik Aien :: said...

ate..kite bako aje...hahahahaha...

fyna ahmad said...

hehehe...saket pewot ngn diorg tue.
adddoooii..






jom singgah n follow belog fyna..
http://inibelogfyna.blogspot.com/

ina's said...

inas:husna-kan..best

inas:cik aien-bako..bako

inas:fyna-tu la..akak asik dok layan youtube

makcik bawang