Monday, May 16, 2011

selamat hari guru


Harini 16 Mei adalah hari guru. Selamat hari Guru untuk semua guru termasuk guru2 yang mengajar anak saya, Iman (kot dia baca la). Goodies kat atas tu saya siapkan untuk sambutan hari guru kat tadika Iman. Teacher dia dah bagi memo kata arini ada sambutan hari guru dan minta parents sumbangkan sedikit makanan. Saya ni jenuh la mikir nak bagi apa. Kot nak masak mee goreng sekuali besar idak ler reti. Nak pulak nak bagi budak2 makan. Mana la saya tau tekak budak2 umur 4-6 tahun tu. Last2 decide nak bagi goodies ni je. Itupun siap bermuncung dengan En. Papa sebab Jumaat tu saya dah siap2 pesan dan sms mintak dia tanyakan teacher Iman baper orang murid. Senang la nak bajet baper..nak bagi ape.Last2 dia bagi alasan tak perasan ada sms. Hangin je. Masa gi beli barang2 tu muncung saya toksah cakap la...buleh sangkut hanger tau.....


Malam tadi saya dah pesan kat Iman bila sampai sekolah wish kat teacher kata "happy teacher's day". Tapi dia kata ayat tu panjang sangat, so saya tukar kan ke "Selamat Hari Guru". Buleh pulak Iman cakap gini....

"ari Ibu la, ari Papa la, ari guru la. Ari Iman bila pulak?"

hehehe

"ari Iman masa besday Iman la"

"tak...tu besday cakap besday to you bukan ari Iman"

hahaha...Iman...Iman...tak tau saya nak jawab ape. Bagi saya tiap2 hari adalah hari Iman sebab ada je keletah Iman yang buat saya tersenyum. Apa2 pun mesti banyak cerita bila saya balik keje nanti. Mesti bersemangat dia nak cerita pasal sambutan hari guru kat tadika dia.

No comments:

makcik bawang