Wednesday, May 11, 2011

undang2 itu dan hadiah itu


Fuuuhhhh lega...exam KPSL dah selesai. Arini last paper untuk Undang-Undang Umum.Sememangnya memeningkan. Tapi demi nak capai cita2 dan nak upgradekan diri harus susah2 dulu senang2 kemudian. Baru la hidup lebih bermakna..yer tak...????

Eh??? ada apa kat atas buku tu??? ceh ...ceh... tu la...tu la hadiah dari Iman sempena hari ibu aritu. Kertas biru tu la kad hari ibu dari Iman. Dia sendiri yang create. Kreatif untuk budak yang baru berumur 3 tahun 5 bulan. Mula2 dia amik sticker bentuk love dari buku Upin Ipin. Pastu dia tindih2 jadi 3 dan dia tampal kat buku nota kecik yang saya bagi kat dia. Nak cantik lagi dia warnakan dengan warna biru.

Iman : Ibu, ni ...Iman bagi Ibu. Selamat Hari Ibu
Saya : wah cantik....tima kasih... (masa tu sayu je rasa)
Iman : Iman sambut hari ibu....yeh...yeh...Iman sambut hari ibu...
Saya : (peluk Iman sambil air mata menitis) bukan drama tapi kenyataan
Iman : Ibu, Iman buat kad macam Mei Mei (watak dalam Upin Ipin), Upin Ipin tu takde Ibu sebab Ibu dia meninggal. Iman ada Ibu. Kan Ibu


Iman terpengaruh dengan Upin Ipin. Pengaruh yang membawa ke arah positif. Gelang putih tu pulak saya tak pasti samada teacher buatkan atau dia sendiri yang buat dengan bantuan teacher dia. Tapi cara dia nak bagi saya gelang tu betul2 buat saya geli hati. Belum saya masuk pintu pagar umah MIL saya dia dah jerit nak bagi saya hadiah. Lepas tu suruh saya tutup mata dengan tangan. Konon2 nak surprisekan saya. hehehe...Iman..Iman...perangai dia macam Papa dia. Harap2 sampai ke besar la yer... Ammar masih belum tau apa2 lagi. Dia hanya tumpang sengih sambil tunjuk gigi Usop dia tu : D



Sayang Iman...sejak dah berhenti menyusu ni nampak matang pulak dia. Tiba2 je taknak menyusu. Puncanya saya tukarkan botol susu baru. Katanya puting tu tak sedap. Iman dah nak makan. Apa saja yang dia nak makan saya cuba tunaikan. Ibu sayang Iman : D

No comments:

makcik bawang