Tuesday, May 3, 2011

ulangtahun ke setahun

(entry tanpa gambar sebab pakai tenet opis)


Sebelum saya meluah, membebel, mencarut atau whatever yang sewaktu dengannya saya nak ucapkan selamat hari pekerja. Moga korang hepi dengan kerja korang dan jugak amanah dengan tugas masing2.


Harini, 3 Mei genap la setahun saya blah dari Kastam dan join dengan PDRM. Ape itu PDRM...?? ceh..ceh...lagi mau tanya. Semua orang tau la. POLIS DIRAJA MALAYSIA. hmmmm.... dulu tak pernah mimpi atau merancang untuk keje dengan pasukan ni. Mungkin dah tertulis saya akan berkhidmat dengan mereka2 ini. SELAMAT ULANGTAHUN YANG PERTAMA untuk diri sendiri. Semoga bahagia dengan tugas sekarang. buweeeekkkk bahagiakah saya sepanjang setahun saya kat sini..??? kalau saya tau yang saya akan merana takkan saya jejak kaki ke sini. Seriously cakap..memang TAK AKAN... saya bukan saja luahkan kemenyesalan saya ini kat blog ni aja tapi dekat pegawai kaunseling IPK tu yang saya menyesal. Selama saya idup ...31 tahun ni, ini lah pertama kali saya dikaunseling. Wahhh Sabrina kena kaunseling. Huhuhu..kenapa?? tak percaya?? Nampak sangat jiwa kacau : (

Depan Pegawai Kaunselor tu saya menangis... meluahkan apa yang saya rasa.Niat sebenar taknak cerita sebab bagi saya semua orang tak buleh dipercaya kecuali diri sendiri. Tapi macam ditarik-tarik untuk cerita semua tu.Memang tak rancang nak nanges. Bukan lakonan yer!!! Saya hanya berlakon bila nak bodek sesuatu kat En.Papa je..hehehe... ; p
Saya bukan cerewet dengan kemudahan fasiliti kat sini. Memang tak buleh nak compare dengan Putrajaya. Serba serbi mewah. Saya dah sedia maklum kalau balik keje kat state memang ini lah benda yang saya kena hadap - serba kekurangan. Taukah korang, bilik yang saya duduk ni takde air-cond?? hahaha..selama kat Putrajaya bersejuk siap pakai stokin tapi kat sini rasa nak nak berkembang je masa sepanjang kat opis. Bila ujan, saya la orang paling gembira. Tapi bila musim panas, saya la paling sengsara. Nak melaram pun kena pikir : (
untung ada kipas kecik ni. kalau tak... bersauna sepanjang masa.

Lupa kan dulu hal kemudahan atau kemewahan. Tu kena redha yer...jangan banyak songeh.

---------------------------************************ ------------------------

Macamana eh saya nak explain pasal ketidak hepian saya tu??? Serba salah pulak. Takpe la taknak citer biar menjadi misteri kat korang..eceh...hahaha..jangan marah yer. Kat sini saya tak jumpa lagi kawan sama2 nangis...sama2 ketawa..sama2 perabih duit.... yang macam As. Ada yang rapat dan buleh simpan rahsia ...dia adalah Ain. Setakat ni kami buleh berkongsi cerita cuma hubungan kami tak macam antara saya dengan As. Mungkin masih baru lagi.

-------------------------- ************************ ------------------------

Entry terpaksa saya stop dulu sebab saya baru dapat tau cuti saya dibatalkan. Saya nak cuti on 13th ni sebab nak gi jalan2 dengan my darling, As. Hampeh je..ikut rasa..nak je carut2 kat sini tapi saya ada tatasusila lagi. Ada ke patut suruh saya batalkan exam. Apekehei le pulok.. Dah tentu saya nak exam. Sesuka bagi arahan. Otomatik mood ilang. Ta caya sok, hari exam bertalu telefon berdering dan sms masuk. Macam la saya pegawai.Dah macam takde orang lain selain saya. Kalau orang lain cuti, ada saya kacau??? sebuleh-buleh saya settle sendiri keje tu kecuali orang atasan memang nak orang yang sedang bercuti tu. Korang, ini la antara penyeksaan yang saya alami selama setahun. Tak tenteram langsung. Kalau ada orang lain pun, harap je gaji besor, tapi keje macam hampeh.PAR pun tau buat keje tau. Haha..kata nak rahsia kan dah terbukak. Manusia ni, bila amarah dah menguasai diri terus terbukak semua yang nak dirahsiakan. Huhhh... Ya Allah bagilah kesabaran kat hambamu ini T_T

3 comments:

Anonymous said...

ADUH....menyayat hati luahan ni...sabar jela...tuhan maha kaya...dia akan sentiasa lindungi kita dan sentiasa menguji kita...banyak2 berdoa semoga pertukaran di permudahkan...

:: Cik Aien :: said...

sokong ngan kate2 'Aien' banykkn berdoa kak..insyaallah..doa orng teraniaya ni tuhan makbulkan...x pelah xde datin kat ofis dr tgk datin sengsara menahan rase..=) smp mse, PA datin pun cau dr PDRM nie...

ina's said...

aien: T_T

cik Aien : T_T

makcik bawang