Saya memang betul2 menghargai keje saya sekarang ni. Saya jugak sayang dengan keje saya. Walaupun hati saya tak sepenuhnya buleh terima tempat sekarang tapi saya kena jaga periuk nasi saya.
Mungkin orang2 yang buat keje sambil lewa atau main2 tu senang kot perjalanan hidup dorang dan sebab itu jugak buleh buat apa saja mengikut kata hati. Saya...???? perjalanan hidup saya tak sesenang mana pun. Nasib saya tak sebaik orang lain yang dapat melangkah kaki ke Universiti atau paling koman ke Politeknik. Saya hanya dapa belajar di kolej swasta je. Itupun duit register saya guna dengan duit hasil keje kilang. Walaupun saya tak dapat melangkah kaki ke menara gading tapi alhamdulillah hasil keje saya macam orang ada degree. Bukan nak membangga diri tapi cuma nak mempoyo..hak hak hak... Cuma satu je saya terapkan dalam diri ni - YAKIN dan BUAT2 BERANI walaupun hakikatnya saya ni penakut. Kadang2 tu bercakap sorang2 "ahhhh...bukan masuk lokap pun kalau ..."
Habis belajar macam2 keje yang saya apply. Kalau dengan gomen ni toksah cakap la. Penat photostat sana sini, letih panjat tangga kat situ kat sini semata nak pegi interview. Alhamdulillah rezeki untuk dapat keje tetap dan menjadi idaman saya selama ni telah ada dalam genggaman. Mungkin rezeki lepas kawin. Interview lepas tunang dan lapor diri lepas kawin. Macam senang je bunyik dia tapi hanya Allah je tau betapa susahnya saya nak hadapi semua tu. Dan kerana kesusahan itu la saya jaga betul2 dengan apa yang ada depan saya. Bior duit gaji tinggal sikit hanya untuk simpanan masa akan datang, bior saya tak bergaya macam orang lain asalkan duit gaji tu tak sia2 dan bior orang kata saya lurus dan bodoh sebab terlalu ikut peraturan. Masuk keje pukul 8 rehat minum pagi secepat yang mungkin dan balik bila lagu kat mesin punch card berbunyik. Saya hanya akan mc bila saya sakit, saya akan EL bila anak2 saya sakit atau ada hal peribadi dan kadang2 aje EL bila rasa malas dan sakit hati dengan segelintir umat kat sekeliling saya. Saya amik half day bila ada appointment klinik atau urusan dan itupun pagi2 sapie lagi gi jumpa mereka2 yang lebih senior dari saya. Luruskah saya???? atau Bodohkah saya??? dan secara jujurnya saya tak pandai bermain kata2 semata-mata nak bodek bos untuk dapat markah terbaik dalam SKT atau nak tutup keburukan saya semasa menjalankan tugas2 kat pejabat.
uikssss....macam skema je ayat saya kan..?? hahahaha.....dah lama tak mencoret macam ni. Saya bukan ape korang, saya macam hairan bila ada orang yang tak menghargai keje. Sesuka hati nak keluar, rasa nak balik awal balik la. Pedulik apa dengan bos. Buleh eh macam tu??? ishhh saya tak berani sebab saya berpegang kepada KEBERKATAN. Dan saya tak sampai hati nak ambik peluang kat orang yang ala2 lurus bila bekerja. Tak baik, kan. Akan datang anak2 kita pun akan bekerja jugak. Mana tau jumpa pulak dengan kita yang masa tu mungkin tunggu masa untuk pencen. Insyaallah kalau umur panjang la....Sekarang ni Allah bagi cash je.
Kesiannya kat big bos yang percaya dengan mereka2 yang pura2 baik depan bos dan bila bos takde dia pun turut sama takde. Nasib ko la bos. Saper suruh jadi bos kan kena tipu..hahahaha... (gelak setan). Panjang lebar dah membebel, tapi sesungguhnya saya nak bagitau...JUJUR la dengan diri sendiri dan sayangi dengan apa yang kita miliki. Akhir kata...jangan ada skandal diantara kita....opppssssssssssssss...hahaha..kurus puasa saya harini.
note : hari pertama puasa dah dihidangkan dengan cerita hangat tentang skandal..ish...biorla janji saya jaga umah tangga saya. Ya Allah.....peliharalah hati hambamu ini....cinta dan kasih saya hanya untuk insan bernama ABDUL HADI BIN ABDUL RAHMAN
lagi note untuk semua : tak tuju kat sesiapa sebab situasi macam ni kat mana2 ada...kang ada pulak yang sentap : )
No comments:
Post a Comment