Friday, December 30, 2011

bila saya cuti

Semalam lagi saya dah start cuti
dan biasalah korang kalau tak gi cuti2 Malaysia ada je benda2 nak dibuat
selain dok settle yuran dan buku sekolah Iman saya gi settlekan duit2 raya dorang untuk tahun ni..hahaha...dah nak masuk tahun 2012 baru sekarang nak gi nyimpan
kalau la si maling2 (pencuri) tau takkan dorang lepaskan peluang
uiihhhh simpang..mintak dijauhkan
pegi la umah orang lain yang jauh lebih kaya dari saya, umah yang bertingkat-tingkat tu
keta dok menjalar tu...fuhhh..jauhkan


Sekarang ni dah selamat la duit raya budak2 ni
saya bahagikan untuk simpan di bank,tabung haji dan bukak akaun SSPN
demi masa depan
duit untuk belajar bukan nak menjoli
amaran ni..amaran...




Settle semua gi Tesco pulak beli barang dapur
Ingatkan bila pegi time semua orang bekerja takde la ramai orang
rupanya sama je....dorang pun amik cuti kot



Nak manfaatkan cuti supaya tak abis macam tu je saya bawak la anak2 ke city park
macam biasa la kalau ke city park mesti la aktiviti nak menggemukkan ikan2 tu
yang herannya tu, tak kenyang2 eh ikan2 tu
bayangkan kalau ada 50 orang dok lempar roti atau makanan ikan
uiiihhhh mau 10 hari tak payah makan
tapi ikan2 tu tetap nganga je..dasar makan tak baca bismillah



Walau pun saya cuti tak bermakna saya nak rajinkan diri untuk kemas satu umah
yang penting bagi saya tak bersepah dan tak berlendir
entah kenapa malas betol nak menyapu atau mop lantai
doa2 jangan la ada orang nak menyinggah, kan
kiranya bila cuti segala-galanya la cuti termasuk masak
eh tapi arini saya rajin sikit
ada jugak la masak untuk bekpes dan lunch
kalau semalam hanya menapau je


dek semangat yang berkobar-kobar untuk menyelimkan badan
petang tadi saya ajak En.Papa gi jogging
biar gasaklah dia nak gelakkan saya
janji saya kena buktikan yang saya buleh selim melim macam Selena Gomez
kah kah kah...harapan tinggi melangit tu ; p
hah jangan tak tau dah 3 malam saya nak dinner tau
harap2 berjaya la sebab saya ni semuanya separuh jalan
bila ada orang kata saya ok bile berisi mula la luper diri
dan bila ada orang tanya soalan kejam mula la tanam azam
last2 hampeh.....


hmmmm ...esok tak plan nak buat apa lagi
yang pasti saya tak bercuti kemana-mana pun
takat berjalan sekitar Seremban je
tapi En.Papa dah janji, tahun depan dia nak bawak ke satu tempat
hehehehe....i like...nak kumpul duit sendiri sebab buleh membeli sambil membelah
ok..saper nak facial atau urut meh datang umah meh..akak nak kumpul duit ni
nak gi jalan2 ni : )

No comments:

makcik bawang