Wednesday, December 21, 2011

kawan baru tempat baru

Rasanya saya tak pernah kenalkan kawan2 baru kat J ni kan
J tu makna dia..JENAYAH
yer ...... sekarang saya kat Unit D1, bahagian Jenayah
keje jaga IP a.k.a kertas siasatan
cuma turun satu tingkat dari tempat lama yang memberi seribu kenangan samada pahit atau manis...
Saya akui yang saya memang enjoy keje kat sini
walau kadang2 naik hangin jugak dengan perangai mereka2 yang memeningkan tu
tapi it's better than kat atas nunnnnnnnnnnnn ; p (wah akak gomez speaking london)




Kak Gomez...??? hahaha..tu nanti kita citer yer
sekarang ni citer pasal kawan2 kat Jenayah





Oligoooo...eheh 8 )
Saya dengan Maria..opismate saya kat bahagian Kewangan
beliau sedang membuyung untuk 3rd baby
Februari rasanya due dia
best kawan dengan dia.....dan best jugak untuk bergosip



Ni pulak sebahagian daripada kakitangan dan jugak anggota kat D1
Masa ni ada farewell untuk Aiza (yang pegang kotak hadiah)
tu sebab masing2 dengan baju "keparat" kecuali saya sebab saya ketinggalan info


Nak kata saya terrrrrrlalu enjoy dan seronok kat sini takde la cuma tekanan tu kurang daripada kat tempat lama
bak kata pepatah yang saya cipta sendiri....macamana best pun tetap tak best jugak...
nak tau tak ape yang best tu...??



1. boss yang baik dan saya tak pernah tengok dia marah. Dan sebab dia tak pernah marah la ramai yang buat perangai yang boleh bikin saya hangin. Over kan..?? bos tak hangin saya pulak yang hangin.



2. kat sini kan pegawai ensem2.....hahaha...tak la..ensem lagi En.Papa saya...takat sedap mata memandang je.....gatal ko nyah ; p


3. keje sentiasa ada dan kadang2 je saya dapat termenung sambil berangan. Dalam erti kata lain ada je keje selagi orang jahat tak isi borang opsyen pencen


4. Kat sini minda saya terbukak. Banyak benda saya dapat belajar dan tahu.Saya kan kepochi. Contoh macam ni la..kat surat khabar tulis lain tapi hakikatnya gini..gini citer nyer..hebat tak saya...???tapi tu rahsia....syyyyyyyyyyyy


5. hah satu lagi duit tak banyak sangat mengalir sebab bos dan pegawai sudi sponsor. Bukan rasuah eh..kang SPRM kejar saya..maksudnyer tu dorang belanja la. Kerani macam i ni kan gaji sikit.Tapi demi Allah saya tak pernah pau suruh dorang belanja sebab nanti kan bila kita pau je mesti dorang suruh buat keje lebih. Tak nak la...


Hmmmm..takat tu je la kebest'an' kat Jenayah ni
Tapi kalau dibagi peluang,saya nak keluar dari sini jugak
*JPA..sila alert..huhuhu

No comments:

makcik bawang