Thursday, January 5, 2012

Iman dah start sekolah



Iman dengan kawan2 dia - qaseh dan Farisya
dorang sekelas dari tahun lepas lagi
syukur...syukur sangat sebab Iman dapat kelas Topaz kelas teacher Tina
alhamdulillah : )




Untuk 5 tahun ni ada 4 kelas semuanya dan masa ni semua murid dikumpulkan dalam satu bilik sementara parents ditaklimat oleh puan principal
arini saya mintak masuk lewat
tak koser nak mintak cuti sebab banyak sangat agenda untuk tahun ni
lagipun nak standby kot2 anak demam atau angin malas datang dengan tiba2...hikhik







korang pelik tak tiba2 ada gambar Iman kat umah..hehehe kes malas la ni

sebelum gi sekolah Iman kena bekpes dulu

kata semangat hari pertama persekolahan

cuba hari kedua,ketiga,keempat dan keseratus...maunya bekpes dengan air liur je




Selain roti saya bagi Iman coklat minda. Elok untuk otak dan sejak makan coklat ni, alhamdulillah la ada perubahan kat Iman. Tapi perubahan hangin satu badan dia tu tak dapat nak di ubah lagi. Biasa la budak2....





Hari ni saya jadi pegawai pemantau je. Semua benda Iman buat sendiri. Dan dia lulus dengan jayanya. Esok lusa tak berani nak janji sebab mood dia kejap ke barat kejap ke selatan. Tapi at least buleh la serba serbi sendiri.





Beg harus Ben 10 sebab beg adalah pakej dengan yuran dan buku sekolah. Makanya Iman tak buleh demand nak angry bird ka, spiderman ka.Jangan tak tau malam tadi sampai tengah malam saya dok membalut buku2 Iman.Pheewww...






Tadikan, masa taklimat puan principal ada bagitau yang tahun ni ada aktiviti bercucuk tanam,baking n cooking dan paling yang saya tunggu2 ialah kem solat. Bagus la TVC ni. tapi sekolah mana2 pun bagus jugak, kan. Yang penting pembawakan budak tu sendiri dan tak perlu dengar cakap orang

makcik bawang