Saturday, April 14, 2012

resepi hari ini

Tajuk resepi takde yer... saya cuba resepi ni sebab kawan saya, Kak Nani bawak bekal gi opis
rasa sedap sampai saya tak sabar2 nak cuba kat rumah
kalau Kak Nani letak sotong tapi saya letak udang
letak ayam pun best..hhmmm tak sabar nak makan ni



Bahan2 untuk resepi mainbelasahtaktaunama ; p

~ udang (dibuang kulit dan kepala - makan kepala udang nanti bodoh)
~ kacang panjang (dipotong serong)
~ cili merah (hiris)
~ daun limau purut (hiris)
~ garam
~ minyak masak
~ kuali (hehehe ; p)

Bahan2 kisar

~ cili api (ikut suka kalau nak pedas letak lebih sikit)
~ bawang merah (agak2 dalam 3-4 ulas)
~ bawang putih (seulas sebab nanti badan berbau)
~ halia (pun agak2)
~ kunyit hidup
~ serai 2 batang


Cara2 masak

Tumis bahan kisar sampai pecah minyak. Masukkan udang dan bila udang dah tukar kaler masukkan pulak kacang panjang. Jangan lupa letak garam nanti lauk tak sedap. Akhir sekali bila semua tu dah masak sebelum angkat letak daun limau purut dan cili merah....Sedia dimakan dengan nasi panas....


sekian resepi hari ini...selamat mencuba dan selamat menjamu selera...jemput makan..



note : kalau cara masak saya tak sama dengan korang, mahap la yer...lain orang lain cara...

No comments:

makcik bawang