Friday, July 20, 2012

penat part 2

Alhamdulillah...syukur sangat2 bila dapat siapkan entri ni
cewah..macam dapat siapkan assigment penting je
banyak sungguh dugaan la

Part 1 saya stori yang saya gerak balik lepas jadi pacat, kan
kami gerak lebih kurang kul 2 atau 3
lebih kurang macam tu la
masa balik pun kami ikut jalan kampung
senang dan tak de la nak sesat bagai

Sampai Bagan Serai lepas 2 jam dan duduk sekejap sebab nak tunggu makcik ngan Su siap2
dan petang tu jugak kami bertolak ke Sg. Petani
dari situ kepenat berkali ganda
memang saya tak drive tapi penat asik dok dalam keta aje
kat Sg. petani kami disambut dengan hujan yang lebat
ceh..macam ayat novel pulak....hahahah

tak ke mana2 pun malam tu sebab anak2 saya dah mengantuk lagipun time hujan tak sesuai nak berjalan
takat gi mall ape barang
kat Seremban pun ada
so segala aktiviti akan dibawak keesokkan harinya




Kalau dah bawak Mama confirm tempat utama yang dia pilih adalah Tanjung Dawai
nak memborong ikan masin la, ikan bilis la
kami ikutkan aje
En.Papa dah siap2 beli bekas polistren sebab taknak keta berbau ikan masin
tapi sebelum nak memborong perut anak2 saya harusi dulu sebab ape2 nanti senang
bukan perut anak je tapi perut saya pun harus diisi : )


Alang2 dah sampai Kedah, laksa Kedah adalah satu kemestian
tak lengkap kalau  datang ke sesuatu negeri tak rasa makanan negeri tu
rugi dan itu cara saya la
kalau ke Penang kena rasa laksa Penang atau nasik kandar, kalau ke Kelantan nasik kerabu
dan begitu la seterusnya



Nasi ayam ni pun sedap..nasi dia lembut aje
anak2 saya pun suka



Sambil makan buleh tengok pemandangan laut dan Pantai Merdeka kat seberangnya tu
buleh naik bot kalau nak ke sana
sebelum ni pernah gak ke sini tapi kali ni tak payah la naik bot
kita ikut jalan darat
kira memusing sikit perjalanan nak ke Pantai Merdeka
amik masa setengah jam


kedai no 31 ni murah sikit banding kedai2 yang lain
nak mintak kurang pun buleh
pakcik tu siap cakap kat saya

"nanti crita la kat kawan" (guna loghat kedah)

siap dia bagi free asam jawa yang letak gula lagi tau
saya beli ikan bilis, kopok,satay ikan,beras pulut (untuk MIL) dan jugak ikan pekasam
dapat la sorang sikit
hmmm..cerita pasal ikan pekasam ni..bestnya kalau makan time berbuka nanti
potong bawang besar atau kecik dan cili api
nyummm sedap nye...terliur saya
nasib belum start puasa lagi



masa OTW ke Pantai Merdeka, kami singgah makan buah
nak rasa musang king pulak kali ni sambil makan kat tepi jalan
saya macam biasa..durian tolak ke tepi
saya beli buah dokong yang super manis
(gambar takde)



Mak yong sorang ni tengah peknen
ujung tahun ni due date dia
seronok jugak sekali sekala macam ni
: )

haiiii...tenang nya jiwa dapat tengok laut yang terbentang luas
masa kami sampai keadaan laut bergelora sebab angin tengah kuat
patut hari tu ramai yang berniaga tapi mengikut kata sorang peniaga kopok lekor kat situ
sebelum kami sampai tadi ada ribut sikit tu yang depa pakat tak mau berniaga


dalam hati ni berkata-kata jugak.."janganlah ada tsunami"
hehehe..entah ape2 la



Sebelum balik kami pekena ABC special *mata ke atas
special la sangat
takat tinggi macam gunung Jerai pastu ada ada eskem di panggil special
isi entah ke mana...hurmmm



Bihun sup utara yang ..... ok la...
mungkin kat kedai lain lagi ok kot



untuk pengetahuan korang, ni kali pertama saya jejak kaki kat sini
dulu pun naik bot dari Tg.Dawai tapi tak turun jejak tanah pun
ingatkan macam PD dapat tengok laut sepanjang jalan
rupanya kena lalu kampung dan baru la sampai ke Pantai Merdeka ni
best jugak sebab dapat tengok rumah2 kampung
dan paling best dapat singgah solat asar kat masjid Dato' Siti Nurhaliza ngan Datuk K
pasal masjid nanti dulu yer..

No comments:

makcik bawang