Friday, August 31, 2012

cerita malam menjelang raya

Salam Merdeka semua..

Bestkan arini cuti..dapat rehat2...mesti ada yang gi sambut tengok bunga api.Saya tak sambut kat mana2 pun sebab saya ada buat open house untuk kawan2 rapat dan jiran tetangga. Pasal open house tu nanti dulu la saya cerita. Ni nak cerita pasal aktiviti saya dengan family belah En. Papa malam menjelang raya.


Sebelum puasa lagi kami dah bincang2 nak buat bbq. 2 tahun sebelum ni kami buat kat kampung tapi disebabkan kami beraya kat Pancor dulu makanya semua aktiviti kat sini. Kami buat antara  adik beradik je. Takde jemput saper2 cuma kami bagi asap je kat jiran2 MIL..hehehe...


Sementara nak siap2 kan segala keperluan untuk bbq budak2 main bunga api dulu.Nampak macam budak2 yang main tapi bapak budak pun over jugak.


semua dah ready...... yeayyy..
ada ayam...


daging burger, sosej dan bebola....



Yang lelaki tugas dorang adalah membakar
yang perempuan makan, buat air dan kemas


Udang auumm..auumm.. *udang harimau



Air kiwi...ni kontrak Pija



Cucu2 MIL saya kecuali Ayip sebab dia dah tido
ape lah Ayip malam raya tido awal
cer tengok abang2 dan kakak2 awak ni...selagi tak suruh tido dorang cergas semacam



Daging bek..bek...*kambing pun ada
Kalau korang nak tau, ni 1st time saya perap daging kambing
Pija, Angah dan En.Papa yang bagi resepi perap
dah hasilnya memuaskan walaupun tak lama kami perap
mungkin akan lebih sedap kalau diperap lagi lama
takpe lain kali buleh try...
malam tu tekak saya tak buleh terima daging kambing
tak tau kenapa... mungkin saya kekenyangan kot
atau memang tekak ni belum buleh terima daging kambing lagi kecuali kat Restoran Raudhah
hehehe...dasar...
kami tak bakar ikan atau seafood lain kecuali udang harimau tu
takut tak habis sebab masa bukak puasa dah macam2 kami sumbat


hmmm.. sekali sekala ber bbq ni memang best
nak pulak kalau ramai
rasa macam nak buat lagi je


korang perasan tak ayat saya tunggang langgang...??
tu tandanya idea saya ke laut..selamat membaca...tata

No comments:

makcik bawang