Friday, October 19, 2012

katakan TIDAK pada kolestrol


Minggu lepas saya buat pemeriksaan kesihatan tau
sekali cek ..... HAMBEK.... kolestrol tinggi
jangan ingat badan langsing takde kolestrol *langsing ke??
saya tanya la Sarjan kat tempat saya ni
badan dia adalah dalam size XL gitu
bila dia cek....langsung takde kolestrol
maknanya....kolestrol tak kira kurus ke gemuk ke
Encik yang buat pemeriksaan tu nasihatkan saya minum susu Omega Plus
dari keluaran NESTLE
dia kata susu tu memang elok untuk turunkan kolestrol
sekarang ni dah seminggu saya minum susu ni
sehari saya amik 2 mug
mula2 tu rasa macam t***k lembu
tapi bila dah lama2 rasa sedap pulak
sebelum ni saya minum susu Everyday
sedap jugak tapi better amik Omega plus yang ada gambar pompuan jogging
lepas habis satu peket ni saya nak gi cek balik tahap kolestrol saya


berikut adalah kebaikan susu Omega Plus ;-

1.Ianya mengandungi sterol dari tumbuhan yang membantu mengurangkan kolesterol. Apa itu sterol? Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.


2.Ianya tinggi dengan kalsium yang sememangnya kita tahu bagus untuk tulang.

3.Ianya mengandungi 60% kurang lemak berbanding susu penuh krim. 

4.Susu ini mengandungi Omega 3 dan Omega 6, iaitu sejenis asid lemak yang kita perlukan, tetapi tidak dihasilkan oleh badan dan harus diambil daripada makanan harian. Sumber baik Omega 3 dan 6 ialah minyak jagung dan minyak biji sesawi.

5.Susu ini boleh membantu mengekalkan tahap karotenoid kepada orang-orang yang mengamalkan diet buah-buahan dan sayur-sayuran. Apa itu karotenoid? Karotenoid itu ialah sejenis pigmen yang selalunya terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna dari warna kuning hingga merah (seperti lobak, tomato, betik). Karotenoid membantu membekalkan vitamin A, antioksidan, dan juga meningkatkan fungsi sistem imun badan kita. Malah membantu sistem pembiakan kita agar berfungsi dengan lebih baik.


selain tu, nak 'uk uk' pun senang
lawas sangat2...
korang pun tau kan kolestrol ni tak elok untuk jantung
sekarang ni penyakit jantung adalah antara penyakit yang merbahaya
dia serang tak ikut umur, jantina, bangsa ataupun pangkat
tengah main bola pon buleh kena serangan jantung tau
so..lebih baik mencegah daripada mengubati
sayangi jantung anda and say NO to cholesterol


1 comment:

my heart said...

samaler sub..aku pun minum susu nie..tkt umur dah meningkat nie mcm2 penyakit akn singgah

makcik bawang